Masjid Setia Alam-2.0

Masjid Setia Alam-2.0 MASJID SETIA ALAM SEKSYEN U13 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA. Nazir)

- YM TENGKU A. Masjid berkonsep terbuka untuk semua.

Waktu Kaunter Pejabat
Isnin - Jumaat: 9:30 pagi - 12:30 tgh hari dan 3:30 petang - 6:00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup SUMBANGAN MELALUI :
NO AKAUN : 860-526-6339
(CIMB ISLAMIC SETIA ALAM)
"MASJID SETIA ALAM"

ACCOUNT DETAILS : Dikemaskini 9:56 am 06/01/2026)

Senarai Pegawai & Biro-biro :

- TUAN HAJI MAZNIZAM MANSOR (Nazir)

- YM TENGKU IBRAHIM TENGKU A SAMAD SHAH AL-HAJ (Tim. SYAZWAN TE

NGKU IBRAHIM (Pentadbir-Setiausaha)

- DR SYAMSUL AZUAR BIN ARSHAD (Pen. Setiausaha)

- EN AZHAR AHMAD ZAINAR (Bendahari)

- EN YUZA AZRIEL MD YUSOFF (Pen. Bendahari)

- USTAZ MUHAMMAD HAFIZ NORIZAN (Imam I)

- HAJI ABDUL RANI LAZIM (Imam II)

- USTAZ MOHD FAIZAL HAMAT (Bilal I)

- USTAZ MUHAMMAD UTBAH IBRAHIM (Bilal II)

- EN. AZHAR YAACOB (Siak I)

- USTAZ MUHAMMAD FAISOL MUNJIR (Siak II)

- PN NORHAYATI BINTI ABDUL HAMID (Pengurus Jenazah Wanita)

- EN KAMARZAMAN MOHAMED (Pemeriksa Kira-kira I)

- PN KHAIRUNNISA MOHD FISOL (Pemeriksa Kira-kira II)

(Biro Keselamatan & Amal Maaruf Nahi Mungkar)
- HAJI BADRUL HISHAM BIN RAMLI

(Biro Penyelengaraan)
- EN MUKRIM ABD RASHID

(Biro Pembangunan)
- EN NURUL ARIF AZMAN

(Biro Dakwah & Pendidikan)
- UST HAFIZ NORIZAN (Imam I)

(Biro Ekonomi & Harta Wakaf)
- DR SYAMSUL AZUAR ARSHAD

(Biro Kebajikan & Kemasyarakatan)
- PN ROSMAH ISMAIL

(Biro Hal Ehwal Muslimat)
- USTAZAH ADAWIYYAH MOHD ZAHIB

(Biro Pemuda)
- EN HASIROL AZUAN HAMID

(Biro Komunikasi & Media)
- UST MOHD FAIZAL HAMAT

(Biro Badan Khairat Kematian & Tanah Perkuburan)
- EN YUZA AZRIEL MD YUSOFF

(Biro Keceriaan & Jamuan)
- PN HAJAH AZIZAH MD YATIM

(Biro Nasihat & Kaunseling)
- HAJI ABDUL RANI LAZIM

(Imam Rawatib)
- USTAZ MUHAMMAD SHABRI MOHD KHALIL (Imam Rawatib I)
- USTAZ MUHAMMAD FARIS BIN JALALOL SAYUTI (Imam Rawatib II)

(Bilal Rawatib)
- YM TENGKU AHMAD SYAZWAN TENGKU IBRAHIM (Bilal Rawatib I)

Masjid boleh memuatkan 3000 jemaah pada satu-satu masa. Pintu pagar dibuka jam 05:30 pagi-10:00 malam. Kuliah Mingguan, Kuliah Subuh (Setiap Ahad), Kuliah Muslimah (Setiap pagi Sabtu 9:00 pagi-10:00 pagi), Kelas pengajian Al-Quran kanak-kanak percuma (Setiap pagi Sabtu 10:00 pagi-12:00 tgh hari), Skuad Nahi Mungkar, Kaunter Zakat Fitrah, Urusan Pengesahan Cop Nazir, Urusan Pengesahan Borang Nikah/Mahkamah Syariah, Skim Khairat Kematian, Bantuan Asnaf, Gerobok Rezeki, Tempat permainan kanak-kanak, Bacaan doa selamat & tahlil, Tahnik bayi dan Pengurusan Jenazah. Urusan Pejabat : Jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang (Isnin hingga Jumaat)
Waktu Rehat 2:05 petang hingga 3:05 petang
Tutup : Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

29/05/2026

NOTA JUMAAT: DIRGAHAYU TUANKU: AMANAH RAJA, TANGGUNJAWAB RAKYAT.

Pengajaran khutbah jumaat untuk kita ambil sebagai pedoman seharian;

1. Umat Islam hendaklah melaksanakan kewajipan dengan menzahirkan ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin selagimana tidak bercanggah dengan syariat, kerana daripadanya lahir kestabilan dan kesejahteraan negara.

2. Umat Islam hendaklah memperkukuh kesatuan, saling mempercayai dan berganding bahu, kerana kekuatan negara tidak terletak pada individu semata-mata, tetapi pada kebersamaan seluruh rakyatnya.

3. Umat Islam hendaklah bertanggungjawab memelihara akhlak, disiplin dan keharmonian masyarakat, kerana sesungguhnya kerosakan itu sering bermula daripada kelalaian manusia sendiri, sedangkan kebaikan p**a lahir daripada kesedaran dan tanggungjawab bersama.

“laitu orang (lslam) yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat makruf dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar. Dan ingatlah kepada Allah jua kembali segala urusan.”. (Surah al-Haj: 41).

Sumber: Teks Khutbah JAIS-JAKIM

29/05/2026
Lensa Eiduladha MSASekitar solat hari raya dan program ibadah korban Masjid Setia Alam 1447/2026. Sebanyak 12 ekor lembu...
28/05/2026

Lensa Eiduladha MSA

Sekitar solat hari raya dan program ibadah korban Masjid Setia Alam 1447/2026. Sebanyak 12 ekor lembu dan seekor kambing telah selamat dikorbankan semalam.

Agihan daging korban bermula selepas zohor hingga jam 4 petang telah diserahkan kepada 800 orang kariah, 140 orang sukarelawan dan 180 orang asnaf berkupon.

Terima kasih kepada peserta, para sukarelawan dan petugas KDEB atas penyertaan ibadah korban tahun ini, moga Allah SWT meredhai sumbangan kalian.

27/05/2026

NOTA KHUTBAH EIDULADHA: EIDULADHA, IMAN DAN PENGORBANAN.

Pengajaran khutbah Eiduladha untuk kita ambil sebagai pedoman;

1. Umat Islam hendaklah yakin bahawa Eiduladha bukan sekadar perayaan dan sembelihan korban semata-mata, tetapi ia juga memberi mesej bahawa setiap kejayaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT, memerlukan kepada usaha dan pengorbanan yang berterusan daripada seorang hamba.

2. Umat Islam hendaklah menghayati Kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam dan Nabi Ismail Alaihissalam yang mengajar erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang mampu melahirkan insan yang bertakwa serta bersatu hati dalam mentaati perintah Allah SWT.

3. Umat Islam hendaklah melaksanakan setiap ibadah dengan ikhlas kerana Allah SWT agar dapat meraih rahmat dan kurnia-Nya, serta memperoleh kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Kedatangan al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayang-Nya, maka dengan isi kandungan al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa-apa yang dihimpunkan oleh mereka (daripada segala benda dan perkara yang tidak kekal).” Surah Yunus ayat 58
Sumber: Teks Khutbah JAIS

27/05/2026

Assalamualaikum WBT

INFO KEMATIAN KARIAH SETIA ALAM


‎إنا لله وإنا اليه راجعون..
‎اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها.

Dukacita dimaklumkan bahawa *Puan Nuridah binti Sudar (67 tahun)* ahli kariah Setia Wawasan telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.01 pagi tadi di rumah beliau.

Jenazah akan diuruskan di Masjid Setia Alam oleh Pengurusan Jenazah Muslimah MSA dan akan disolatkan di Masjid Setia Alam sekitar jam 12.00 tengahari sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Meru untuk dikebumikan selepas solat jenazah.

Masjid Setia Alam dan Pengurusan Badan Khairat Kematian Bandar Setia Alam merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga allahyarhamah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

26/05/2026

Eiduladha, Iman dan Pengorbanan.

(Waktu Solat Jam 8 pagi)
(Waktu Ibadah Korban Jam 9:30 pagi)
(Waktu Edaran Daging Jam 2:00 petang)

26/05/2026

Pelaksanaan Solat Hari Raya Iduladha dan Ibadah Korban 1447 Surau/Musolla di Setia Alam;

Solat Raya IdulAdha & Ibadah Korban Raya Pertama;

1. Surau Al-Ihsan, Alam Nusantara.
2. Surau As-Salam, Setia Damai.
3. Surau De Kiara, Apt De Kiara.
4. Surau Al-Muhsineen, Setia Wawasan. _(Ibadah Korban Raya Kedua)_.
5. Surau Luqman Al-Hakim, Setia Impian 2,3,4&5.
6. Surau At-Taqwa, Setia Permai.
7. ⁠Surau An Nur Eco Park. Solat sunat Aidil Adha (Khutbah in English).

Ibadah Korban Sahaja;

1. Surau Al-Mukhlisin, Apt Semarak.(Raya Pertama).
2. Surau Ar-Raihan, Impian 7 (Raya Pertama).
3. Musolla Ad-Deen, Apt Cendana.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026Takbir bergema, hati kembali kepada-Nya. Aidiladha bukan sekadar tentang korban, t...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026

Takbir bergema, hati kembali kepada-Nya. Aidiladha bukan sekadar tentang korban, tetapi tentang keikhlasan. Semoga Aidiladha kali ini mendekatkan hati kita kepada Allah dan mengeratkan ukhwah sesama kita. Maaf zahir dan batin daripada Nazir serta Ahli Jawatankuasa Masjid Setia Alam.

untuk makluman - Solat Sunat Aidiladha akan diadakan pada jam 8.00 pagi.

Address

NO 2 Jalan SETIA PRIMA U13/T SETIA ALAM SEKSYEN U13
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:00
Tuesday 09:30 - 18:00
Wednesday 09:30 - 18:00
Thursday 09:30 - 18:00
Friday 09:30 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Setia Alam-2.0 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Setia Alam-2.0:

Share