Pendakwah Muda

Pendakwah Muda Assalamualaikum, saya seorang hamba Allah dan umat Rasulullah SAW ingin berdakwah untuk saham akhirat. InshaAllah.

20/10/2021

Kelebihan mengamalkan Surah al-Mulk :
1. Bebas dari azab kubur
Penerangan - Apabila malaikat hendak menyeksa di bahagian tangan Surah ini akan pergi ke tangan dan apabila malaikat hendak menyeksa di kaki maka Surah ini akan pergi ke bahagian kaki untuk melindungi tuannya.

2. Membantu masuk syurga
Penerangan - Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

3. Pembaca akan dikeluarkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
Penerangan - Rasulullah SAW bersabda:

” Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”

16/10/2021

1. Baca Surah Al-Mulk setiap malam.
2. Baca Surah Al-Kahfi sama ada:
a) Baca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir setiap hari.
b) Baca 110 ayat setiap hari Jumaat.
3. Baca Sayyidul Istighfar 3 kali selepas Subuh dan 3 kali selepas Maghrib:
اللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّيْ لَا اِلٰهَ اِلّاَ اَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَ اَنَا عَبْدُكَ وَ اَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَاْ اْسْتَطَعْتُ اَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ اَبُـوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَاَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاْغْفِرْلِيْ فَاِنَّهُ لَا يَغْفِرُ اْلذُّنُوْبَ اِلَّا اَنْتَ.
4. Baca 4 kali pada waktu pagi dan 4 kali pada waktu petang: اللَّهُمَّ إِنِّي أَصْبَحْتُ (امْسَيتُ) أُشْهِدُكَ وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ وَمَلَائِكَتَكَ وَجَمِيعَ خَلْقِكَ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ
أَصْبَحْتُ : Pagi
امْسَيتُ : Petang
5. Amalkan baca doa penghapus dosa syirik kecil dan besar:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ.
6. Baca 7 kali selepas Subuh dan 7 kali selepas Maghrib:
اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ.
dan tambah ayat ini hanya selepas Maghrib:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ.
atau
اللَّهُمَّ اِنِّي اَسْئَلُكَ الجَنَّةَالْفِردَوْس.
7. Baca doa ini selepas Tahiyat Akhir sebelum memberi salam setiap solat:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
8. Baca doa ini selepas i'tidal sebelum sujud dalam solat:
حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ.
9. Amalkan Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali kerana ia menyamakan kita telah khatamkan Al-Quran.

Assalamualaikum. Disinilah bermulanya perjalananku. Seorang insan yang ingin mencari sedikit sebanyak pahala untuk menda...
16/10/2021

Assalamualaikum. Disinilah bermulanya perjalananku. Seorang insan yang ingin mencari sedikit sebanyak pahala untuk mendapat keredhaan dan ganjaran Allah SWT

Address

Shah Alam
40120

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pendakwah Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share