PCS in Shah Alam

PCS in Shah Alam The Protestant Church in Sabah cawangan Shah Alam. Untuk golongan Kristian Sahaja. Jesus Bless us!!

19/05/2026

๐ŸŽฌโœจ Happy Teacherโ€™s Day PCS Shah Alam 2026 โœจ๐ŸŽฌ

Setiap ajaran yang diberikan,โ€จsetiap doa yang dipanjatkan,โ€จdan setiap pengorbanan yang dilakukanโ€จmenjadi berkat buat generasi masa depan gereja.

Terima kasih kepada semua guru PCS Shah Alam kerana terus setia melayani dengan kasih๐Ÿ™

Shalom dan Salam Kasih dalam Tuhan โœจHappy Teacherโ€™s Day!๐ŸŽ‰ diucapkan kepada semua guru-guru di Sekolah Minggu PCS Shah Al...
19/05/2026

Shalom dan Salam Kasih dalam Tuhan โœจ

Happy Teacherโ€™s Day!๐ŸŽ‰ diucapkan kepada semua guru-guru di Sekolah Minggu PCS Shah Alam.
โ€จTerima kasih atas setiap pengorbanan, kesabaran, kasih, dan komitmen dalam mendidik serta membimbing anak-anak mengenal Tuhan sejak kecil. Pelayanan yang dilakukan bukan sahaja mengajar, tetapi juga menanam benih iman, kasih, dan pengharapan dalam kehidupan generasi masa depan gereja.

Kiranya Tuhan terus menguatkan, memberkati, dan memenuhi setiap guru dengan hikmat serta sukacita dalam melayani. Setiap usaha dan jerih lelah yang dicurahkan tidak pernah sia-sia di hadapan Tuhan.

๐Ÿ“– โ€œDidiklah orang muda menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanya pun ia tidak akan menyimpang dari jalan itu.โ€ โ€” Amsal 22:6

Selamat Hari Guru PCS Shah Alam 2026 ๐ŸŒทโ€จโ€œTangan yang mengajar adalah tangan yang membentuk masa depan.โ€

12/05/2026

๐ŸŽฌโœจ Di Sebalik Tabir Hari Kesyukuran Parokhi Malaysia Barat 2026 โœจ๐ŸŽฌ

Segala yang berlangsung dengan indah pada hari kesyukuran ini tidak akan tercapai tanpa usaha, kerjasama dan pengorbanan ramai pihak di belakang tabir. Dari persiapan tempat, latihan, dekorasi, muzik, multimedia, jamuan sehinggalah pelayanan setiap AJK dan jemaat. Semuanya dilakukan dengan penuh kasih dan semangat melayani Tuhan.

Terima kasih kepada seluruh jemaat dan AJK Pelaksana yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Setiap tenaga, masa dan usaha yang dicurahkan menjadi satu berkat dan kenangan yang sangat bermakna buat kita semua.๐Ÿ™

Shalom dan salam sejahtera dalam kasih Tuhan ๐Ÿ™Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jemaat ...
12/05/2026

Shalom dan salam sejahtera dalam kasih Tuhan ๐Ÿ™

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jemaat PCS Parokhi Malaysia Barat serta AJK Pelaksana atas komitmen, kerjasama dan pelayanan yang telah diberikan dalam menjayakan Hari Kesyukuran Parokhi Malaysia Barat 2026 dengan lancar dan penuh berkat. Segala usaha, pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan amat dihargai dan menjadi satu kesaksian indah dalam kesatuan pelayanan bersama.

Ucapan penghargaan yang istimewa juga ditujukan kepada Pdt. Parasin Bin Oinung atas kesudian beliau hadir dari jauh untuk bersama-sama memeriahkan serta melayani dalam program peringkat parokhi ini. Kehadiran dan pelayanan beliau amat bermakna dalam menyempurnakan acara ini dengan jayanya.

Semoga Tuhan terus memberkati setiap pelayanan dan membalas segala kebaikan yang telah diberikan. Kiranya semangat kebersamaan ini terus diperkukuhkan demi kemuliaan nama Tuhan. ๐Ÿ™โœจ

FAMILY DAY PCS SHAH ALAM 2027 1 May 2026
01/05/2026

FAMILY DAY PCS SHAH ALAM 2027
1 May 2026

Shalom jemaat PCS Parokhi Malaysia Barat yang dikasihi Tuhan ๐Ÿ™. Dengan penuh sukacita, kami menjemput seluruh jemaat unt...
18/04/2026

Shalom jemaat PCS Parokhi Malaysia Barat yang dikasihi Tuhan ๐Ÿ™. Dengan penuh sukacita, kami menjemput seluruh jemaat untuk menghadiri:

๐ŸŒพโœจ Hari Kesyukuran Parokhi Malaysia Barat 2026 โœจ๐ŸŒพ

๐Ÿ“– Tema: Tuhan Sumber Segala Berkat | Yakobus 1:17
๐ŸŽ™ Pengkhotbah: Pdt. Parasin Bin Oinung

๐Ÿ“… Tarikh: 10 Mei 2026 (Ahad)
๐Ÿ•™ Masa: 10.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Gereja PCS Shah Alam
๐Ÿ‘— Tema Pakaian: Tradisi Moden

Pelbagai acara menarik akan diadakan:
๐Ÿ’ซ Persembahan pembukaan
๐Ÿ’ซ Sambutan Hari Ibu
๐Ÿ’ซ Pertandingan koir dari setiap jemaat
๐Ÿ’ซ Best Dress
๐Ÿ’ซ Teka biji kacang
๐Ÿ’ซ Penyampaian sijil AJKP
๐Ÿ’ซ Cabutan tiket hadiah

๐ŸŽ Hadiah Utama Cabutan Tiket: RM500
๐ŸŽŸ Harga tiket: RM2/sekeping

Mari kita datang dengan hati yang penuh syukur atas kebaikan dan penyertaan Tuhan. Dalam Hari Kesyukuran ini, kita berkumpul untuk memuliakan-Nya dan mengeratkan kasih sebagai satu keluarga dalam Kristus. Kehadiran jemaat menjadikan persekutuan ini lebih bermakna dan penuh berkat. โœจ

Jumpa anda di sana. Tuhan memberkati ๐Ÿค

โ€œHe Is Risen!โ€ Yesus Kristus telah bangkit, membawa pengharapan baru bagi kita semua! โœจShalom jemaat yang dikasihi Tuhan...
04/04/2026

โ€œHe Is Risen!โ€ Yesus Kristus telah bangkit, membawa pengharapan baru bagi kita semua! โœจ

Shalom jemaat yang dikasihi Tuhan ๐Ÿ™

Dengan penuh sukacita, kami menjemput saudara-saudari untuk bersama-sama merayakan kebangkitan Tuhan dalam Ibadah Hari Paskah 2026.

๐Ÿ“… Tarikh: 5 April 2026
โฐ Masa: 10.30 AM
๐Ÿ“ Tempat: Gereja PCS Shah Alam
๐Ÿ‘— Tema Pakaian: Putih / Cerah

Kehadiran setiap jemaat menjadikan persekutuan ini lebih bermakna, penuh sukacita, dan dipenuhi berkat. ๐Ÿค

Mari kita rayakan kebangkitan-Nya dengan penuh sukacita! ๐Ÿ™Œโœจ

Shalom jemaat yang dikasihi Tuhan,Kita akan memasuki Minggu Suci, satu masa yang penuh makna untuk kita mengingati kasih...
20/03/2026

Shalom jemaat yang dikasihi Tuhan,

Kita akan memasuki Minggu Suci, satu masa yang penuh makna untuk kita mengingati kasih, penderitaan, pengorbanan, serta kemenangan Tuhan Yesus Kristus melalui kebangkitan-Nya pada Hari Paskah.

Dengan itu, semua jemaat dijemput untuk bersama dalam Kebaktian Minggu Paskah yang akan diadakan setiap hari:

๐Ÿ•ฃ Waktu: 8:30 PM
โ›ช Tempat: Gereja PCS Shah Alam

๐Ÿ“– Isnin Suci
๐Ÿ“– Selasa Suci
๐Ÿ“– Rabu Suci
๐Ÿž Khamis Putih
โœ๏ธ Jumat Agung
๐Ÿ•ฏ๏ธ Sabtu Sunyi
๐ŸŒ… Minggu Paskah

Marilah kita meluangkan waktu untuk beribadah, berdoa, dan merenungkan kasih Tuhan bagi kita. Kehadiran jemaat akan menjadikan persekutuan ini lebih bermakna sebagai satu keluarga di dalam Kristus. ๐Ÿค

Kiranya melalui Minggu Suci ini, iman kita dikuatkan dan hubungan kita dengan Tuhan semakin diperdalam. ๐Ÿ™

Tuhan Yesus memberkati kita semua. โœจ

โœจ IBADAH AMBANG TAHUN BARU 2026 PCS SHAH ALAM โœจShalom saudara-saudari dalam Kristus! ๐Ÿ‘‹Kita akhiri tahun 2025 dengan penu...
27/12/2025

โœจ IBADAH AMBANG TAHUN BARU 2026 PCS SHAH ALAM โœจ

Shalom saudara-saudari dalam Kristus! ๐Ÿ‘‹

Kita akhiri tahun 2025 dengan penuh kesyukuran dan melangkah ke tahun 2026 dengan semangat yang baru dalam Ibadah Ambang Tahun Baru PCS Shah Alam!

๐Ÿ“ Tempat: Gereja PCS Shah Alam
๐Ÿ—“ Tarikh: Rabu, 31 Disember 2025
๐Ÿ•— Masa: 8:00 Malam

Antara pengisian yang diadakan:
๐Ÿ“ฝ Tayangan Video Aktiviti Gereja 2025
โœ๏ธ Kuiz Alkitab
๐Ÿ“ Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Pelayan
๐Ÿ“ Menulis Berkat/Recap/Perasaan Sepanjang Tahun 2025
๐Ÿ“ฆ Siapa Yang Bertuah?
โœ‰๏ธ Menulis & Hantar Ucapan Tahun Baru Kepada 5 Orang
๐Ÿ›๏ธTukar-tukar Hadiah (RM10 keatas)

Jumpa anda di sana! โ›ช๏ธ๐Ÿ™Œ

Address

No. 2, Tingkat 2, Jalan Saksama25/39, Taman Sri Muda
Shah Alam
40400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PCS in Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to PCS in Shah Alam:

Share

Category