Surau Ar Rahman Seri Baiduri

Surau Ar Rahman Seri Baiduri Surau Ar Rahman Seri Baiduri Setia Alam

Assalamualaikum,Ramadan kian mendekat, niat memberi kembali bergetar.Hasrat kami sederhana: menyediakan iftar untuk jema...
09/02/2026

Assalamualaikum,

Ramadan kian mendekat, niat memberi kembali bergetar.
Hasrat kami sederhana: menyediakan iftar untuk jemaah, hari demi hari.
Buat masa ini, sumbangan yang diterima masih terhad.
Kami membuka ruang infaq agar kebaikan ini dapat diteruskan bersama.

Setiap ringgit adalah doa,
setiap sumbangan adalah kasih,
dan setiap iftar yang terhidang
mudah-mudahan menjadi saksi kebaikan kita bersama.

Kami membuka ruang infaq agar semua dapat turut serta, mengikut pilihan berikut:
1. Satu slot RM 30.00
2. Slot harian RM 600.00
3. Sumbangan Ikhlas (Tiada Amaun Yang Ditetapkan )

Sila imbas kod QR pada poster khusus untuk sumbangan Infaq Iftar, rujukan Infaq Iftar akan dilampir secara automatik bagi memudahkan pihak bendahari membuat rekod. Bagi sumbangan melalui pindahan akaun bank, mohon sertakan rujukan Infaq Iftar pada ruangan Reference.

Jazakumullahu khairan atas keprihatinan dan sokongan tuan/puan.
Semoga Allah melapangkan rezeki, menenangkan hati, dan memberkati setiap niat yang ikhlas.

Assalamualaikum, kemaskini terkini sumbangan Infaq Iftar pada 26 Jan/ 7 Sya'aban adalah seperti dalam poster. Sila imbas...
26/01/2026

Assalamualaikum, kemaskini terkini sumbangan Infaq Iftar pada 26 Jan/ 7 Sya'aban adalah seperti dalam poster. Sila imbas kod QR pada poster mengikut tujuan infaq (Iftar / Imam), kerana setiap QR telah ditetapkan dengan rujukan yang berbeza bagi memudahkan pihak bendahari membuat rekod. Bagi sumbangan melalui pindahan akaun bank, mohon sertakan rujukan “Infaq Iftar” pada ruangan Reference. Terima kasih atas sumbangan tuan/puan.

23 January/ 4 Sya'abanAssalamualaikum, kemaskini terkini sumbangan Infaq Iftar setakat hari ini adalah seperti dalam pos...
23/01/2026

23 January/ 4 Sya'aban

Assalamualaikum, kemaskini terkini sumbangan Infaq Iftar setakat hari ini adalah seperti dalam poster. Sila imbas kod QR pada poster mengikut tujuan infaq (Iftar / Imam), kerana setiap QR telah ditetapkan dengan rujukan yang berbeza bagi memudahkan pihak bendahari membuat rekod. Bagi sumbangan melalui pindahan akaun bank, mohon sertakan rujukan “Infaq Iftar” pada ruangan Reference. Terima kasih atas sumbangan tuan/puan.

Assalamualaikum wbt.Dimaklumkan Infaq untuk  persediaan Ramadhan telah ditutup.Pihak Surau Ar Rahman mengucapkan terima ...
20/01/2026

Assalamualaikum wbt.
Dimaklumkan Infaq untuk persediaan Ramadhan telah ditutup.

Pihak Surau Ar Rahman mengucapkan terima kasih atas infaq & sokongan yang diberi untuk memastikan program surau berjalan lancar.

Seterusnya Infaq untuk Iftar kini dibuka & Infaq Imam dibuka esok. Pihak surau memberi ruang untuk semua jemaah merebut peluang pahala yang berlipat ganda. Semoga kita semua peroleh rahmat & keampunan di sisi Allah.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Saudara Azlee 011-59591056
Saudari Ema 013-6352942

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia, pihak Musolla Ar Rahman ingin mem...
15/01/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia, pihak Musolla Ar Rahman ingin memastikan para jemaah dapat beribadah dalam suasana yang selesa dan tenang.

Sehubungan itu, kami membuka ruang untuk sumbangan ikhlas bagi tujuan persediaan dan penyelenggaraan surau.

Infaq boleh disalurkan melalui QR Code Musolla Ar Rahman, sila rujuk poster yang disediakan.

Semoga infaq yang diberikan diterima sebagai amal soleh. Jazakumullahu khairan atas sokongan semua.

Address

Shah Alam
40170

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Ar Rahman Seri Baiduri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Ar Rahman Seri Baiduri:

Shortcuts

Share