Beyond Qalbu

Beyond Qalbu Tujuan program ini adalah bagi membantu semua institusi Mahad Tahfiz,Masjid,pondok Pengajian,sekolah.

24/08/2024
1.  Sifat saling mengasihi dan menyayangi sesama manusia adalah suatu keperluan dalam mewujudkan kehidupan yang rahmah d...
07/08/2024

1. Sifat saling mengasihi dan menyayangi sesama manusia adalah suatu keperluan dalam mewujudkan kehidupan yang rahmah dan berkasih sayang.

2. Menyayangi sesama manusia dengan cara menunaikan tanggungjawab yang menjadi hak orang lain yang berada di sekeliling antaranya seperti sabda Rasulullah SAW:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (HR Muslim No: 4023) Status: Hadis Sahih

3. Sesiapa yang tidak menyayangi orang lain, Allah tidak akan menyayanginya

4. Sayangilah orang lain dengan sikap prihatin terhadap orang yang berada di sekeliling tanpa mengira Muslim mahupun non Muslim agar kita sentiasa disayangi.

5. Jauhilah sifat benci, dengki, sakit hati sesama kita juga kaum dan bangsa lain. Jadikanlah perbezaan bangsa untuk kita saling berkenal mesra dan menyebarkan kebaikan agar kita menjadi qudwah kepada mereka.

Address

NO 8-1, LIGHTGREY Jalan HOSPITAL, Jalan Kusta, KAMPUNG JAYA INDUSTRIAL AREA, Sungai Buloh
Sungai Buloh New Village
47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Beyond Qalbu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share