SDA Serian Women's Ministries

SDA Serian Women's Ministries To share all women's ministry activities

Selamat hari Sabat
20/03/2026

Selamat hari Sabat

Good morning 🌞 Happy preparation day
13/03/2026

Good morning 🌞
Happy preparation day

12/03/2026

Daud, seorang gembala yang menjadi raja, menulis banyak Mazmur sebagai doa dan nyanyian yang tulus kepada Tuhan. Pada masa ketakutan, kegembiraan, pertaubatan, dan pujian, Daud berpaling kepada Tuhan dan menyatakan imannya secara terbuka. Tulisan-tulisannya mengingatkan kita bahawa kita boleh membawa setiap bahagian kehidupan kita ke hadapan Tuhan dan mempercayai-Nya sepenuhnya.
Salah satu pernyataan iman Daud yang indah ialah:

“Tuhan adalah gembalaku, takkan kekurangan aku.” — Mazmur 23:1 TB

Ayat ini mengingatkan kita bahawa apabila Tuhan adalah Gembala kita, Dia menyediakan, membimbing, dan menjaga kita dalam setiap musim kehidupan.

11/03/2026

Imagine compressing all 8 billion people into a cube one kilometer wide. Humanity would seem small.

Yet Scripture tells a different story. We were created for stewardship (Gen. 1:26), called to shine (Matt. 5:14), and reminded that “the earth is the Lord’s” (Ps. 24:1).

In a world facing crisis and confusion, every life remains precious. Christ sees each person as if they were the only one for whom He died.

The mission of the church cannot be measured by numbers alone; it is measured by faithfulness.

Now is the time to shine, serve, and proclaim hope.

Maranatha.

Full reflection in the first comment.

11/03/2026
TETAP SETIA SEPERTI AYUB Ayub 1:21“Tuhan yang  memberi , Tuhan yang mengambil , terpujilah nama Tuhan .” Kata-kata ini d...
11/03/2026

TETAP SETIA SEPERTI AYUB

Ayub 1:21
“Tuhan yang memberi , Tuhan yang mengambil , terpujilah nama Tuhan .”

Kata-kata ini diucapkan selepas Ayub kehilangan harta, anak-anak, dan segala yang dimilikinya. Walaupun dia mengalami penderitaan yang sangat berat, Ayub tetap memilih untuk memuji Tuhan.

Dalam hidup ini kita akan mengalami masa yang baik dan juga masa yang sukar. Kadang-kadang ketika berkat datang, kita mudah memuji Tuhan. Tetapi ketika kesusahan datang, iman kita sering diuji. Namun melalui kisah Ayub, kita belajar bahawa iman yang sejati tetap percaya kepada Tuhan walaupun keadaan tidak seperti yang kita harapkan.

Oleh itu, marilah kita belajar daripada teladan Ayub. Dalam setiap keadaan, sama ada senang atau susah,tetaplah percaya dan memuji Tuhan. Kerana Tuhan mengetahui segala sesuatu, dan Dia tetap setia kepada umatNya. Amen.

*ML* 🌷
SAK WM & ChM

Part 3 : Hari Doa Wanita Sedunia peringkat Bahagian Serian Sesi Kebaktian Pengkhotbah: Pn Anne Nyambang,  Pengerusi AWM ...
10/03/2026

Part 3 : Hari Doa Wanita Sedunia peringkat Bahagian Serian
Sesi Kebaktian
Pengkhotbah: Pn Anne Nyambang, Pengerusi AWM Serian
Tajuk Khutbah: Seorang Wanita, Iman dan Doa

Pengisian Khutbah yang sangat memberikan inspirasi agar kita tetap setia dalam doa walau apapun situasi. Jangan pernah mengalah dan mengundur dalam doa. Kisah wanita kanaan dalam khutbah ini patut dicontohi oleh setiap wanita.

Wanita adalah tunjang kekuatan keluarga.
Dan kekuatan seorang wanita adalah doa yang tak pernah putus.

Sesi ini ditutup dengan persembahan istimewa oleh Pastor Dylan dan isteri dengan tajuk lagu, Hidup ini adalah kesempatan.

Doa penutup dilayangkan oleh Pn Jenny Kasim.

Grounded in the Bible Focused on the Mission

Part 2 :  Hari Doa Wanita Sedunia peringkat Bahagian Serian Sesi seminar yang disampaikan oleh Pn Sinah Robinson WM Ritu...
10/03/2026

Part 2 : Hari Doa Wanita Sedunia peringkat Bahagian Serian
Sesi seminar yang disampaikan oleh Pn Sinah Robinson WM Rituh Mawang.
Tajuk seminar: Berdoa menggunakan nama - nama Tuhan.

Sesi seminar ini memberi banyak manfaat kepada semua WM yang hadir. Dibahagikan kepada kumpulan - kumpulan tertentu dan mengadakan perbincangan berkenaan dengan ayat-ayat Alkitab yang diberikan. Ini sangat baik mengembang interaksi sesama WM Serian.

Sesi seminar di tutup dengan nyanyian istimewa daripada WM Gereja Bunga. Dan doa penutup dilayangkan oleh Pn Sinah Robinson.

Grounded in the Bible, Focused on the Mission

Part 1 : Hari Doa Wanita Sedunia peringkat Bahagian SerianSesi pagi Program gabungan WM Zon 4 & zon 5Program telah dihad...
10/03/2026

Part 1 : Hari Doa Wanita Sedunia peringkat Bahagian Serian

Sesi pagi
Program gabungan WM Zon 4 & zon 5
Program telah dihadiri oleh seramai 219 orang women Ministry serta tetamu-tetamu lain.
Selain itu program juga telah dihadiri oleh Puan Pengarah Jabatan Pelayanan Wanita dan Kanak-kanak Sarawak Mission, Pn Molly Lepi, pendeta - pendeta Dareah aitu Pr Ham Diyon, Pr Megau Jang , Pr Sebon Mading,Pr Dylan Wira, Pr Jeremia Ladin.

Program telah berlangsung dengan jayanya.

Semoga pelayanan wanita Serian akan terus kukuh dan bersinar lebih terang bagi menyinari kawasan Serian.


Hari Doa Wanita Sedunia peringkat Bahagian Serian Kehadiran anda amat dialu-alukan Ibrani 4:14 (TB)  Karena kita sekaran...
04/03/2026

Hari Doa Wanita Sedunia peringkat Bahagian Serian
Kehadiran anda amat dialu-alukan

Ibrani 4:14 (TB) Karena kita sekarang mempunyai Imam Besar Agung, yang telah melintasi semua langit, yaitu Yesus, Anak Allah, baiklah kita teguh berpegang pada pengakuan iman kita.

Address

Serian
94700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SDA Serian Women's Ministries posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share