03/07/2026
Salam Takziah…
Wanita Rentung, Ibu Melecur Dalam Kebakaran Rumah di Jalan Tebedu
SERIAN, 4 Julai – Seorang wanita berusia 37 tahun rentung, manakala ibunya berusia 65 tahun melecur tahap dua dalam kebakaran sebuah rumah di KM23, Jalan Tebedu, Kampung Tubih Batu Raung, awal pagi tadi.
JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan pada jam 12.29 pagi. Kebakaran melibatkan sebuah rumah kekal satu tingkat yang musnah 100 peratus. Mangsa rentung ditemukan di dalam tandas, manakala ibunya telah dihantar ke Hospital Serian oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.15 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 3.45 pagi. Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Salam takziah kepada keluarga mangsa. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengurniakan ketabahan kepada keluarga serta kesembuhan segera kepada mangsa yang cedera.