Masjid Kariah Mertang Galau

Masjid Kariah Mertang Galau Dari Masjid, Ummah Bangkit
(2)

Moh imarahkan kuliah subuh esok di Masjid Kariah Mertang Galau
29/05/2026

Moh imarahkan kuliah subuh esok di Masjid Kariah Mertang Galau

Di antara amalan sunat yang boleh kita lakukan pada pagi Hari Raya Aidiladha adalah:1. Mandi sunat Aidiladha pada awal p...
26/05/2026

Di antara amalan sunat yang boleh kita lakukan pada pagi Hari Raya Aidiladha adalah:

1. Mandi sunat Aidiladha pada awal pagi sebagai tanda kesucian dan kesegaran.

2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai ungkapan syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan.

3. Menggunakan haruman dan wangian yang menyegarkan jiwa serta meningkatkan kebersihan diri.

4. Memohon keampunan dari Allah serta bermaaf-maafan dengan ahli keluarga sebagai bentuk kesederhanaan dan kemeriahan di hari yang mulia ini.

5. Melakukan sunat menjamah makanan dan minuman setelah kembali dari masjid sebagai simbol kebersamaan dan kegembiraan.

6. Memilih laluan yang berbeza ketika pergi dan pulang dari masjid. Lebih baik lagi jika boleh berjalan kaki jika masjid berdekatan.

7. Memulakan takbir, tahmid, dan tahlil mulai malam 10 Zulhijjah hingga matahari terbenam pada 13 Zulhijjah sebagai ungkapan kekaguman kepada Allah yang Maha Besar.

8. Menjalankan solat sunat Hari Raya dengan khidmat dan mendengar khutbah dengan sepenuh perasaan dan penghayatan.

9. Memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan sebagai wujud kepedulian dan kebaikan kepada sesama manusia.

10. Mengelakkan diri daripada menyambut Hari Raya dengan melakukan perkara yang dilarang oleh agama Islam.

11. Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk menyambut Hari Raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Beliau bersabda:

“Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” (Hadis riwayat al-Thabrani).

Sempena Aidiladha, adalah diamalkan untuk menyebut takbir (Takbir Muqayyad) selepas solat fardu. Bermula sejak Subuh pada Hari Arafah, iaitu pada 9 Zulhijjah, dan berterusan sehingga waktu Asar pada hari ke-3 Tasyriq, iaitu pada 13 Zulhijjah.

Di antara amalan sunat yang boleh kita lakukan pada pagi Hari Raya Aidiladha adalah:1. Mandi sunat Aidiladha pada awal p...
26/05/2026

Di antara amalan sunat yang boleh kita lakukan pada pagi Hari Raya Aidiladha adalah:

1. Mandi sunat Aidiladha pada awal pagi sebagai tanda kesucian dan kesegaran.

2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai ungkapan syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan.

3. Menggunakan haruman dan wangian yang menyegarkan jiwa serta meningkatkan kebersihan diri.

4. Memohon keampunan dari Allah serta bermaaf-maafan dengan ahli keluarga sebagai bentuk kesederhanaan dan kemeriahan di hari yang mulia ini.

5. Melakukan sunat menjamah makanan dan minuman setelah kembali dari masjid sebagai simbol kebersamaan dan kegembiraan.

6. Memilih laluan yang berbeza ketika pergi dan pulang dari masjid. Lebih baik lagi jika boleh berjalan kaki jika masjid berdekatan.

7. Memulakan takbir, tahmid, dan tahlil mulai malam 10 Zulhijjah hingga matahari terbenam pada 13 Zulhijjah sebagai ungkapan kekaguman kepada Allah yang Maha Besar.

8. Menjalankan solat sunat Hari Raya dengan khidmat dan mendengar khutbah dengan sepenuh perasaan dan penghayatan.

9. Memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan sebagai wujud kepedulian dan kebaikan kepada sesama manusia.
Mengelakkan diri daripada menyambut Hari Raya dengan melakukan perkara yang dilarang oleh agama Islam.

10. Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk menyambut Hari Raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Beliau bersabda:

“Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” (Hadis riwayat al-Thabrani).

11. Sempena Aidiladha, adalah diamalkan untuk menyebut takbir (Takbir Muqayyad) selepas menunaikan solat fardu. Tradisi ini bermula sejak Subuh pada Hari Arafah, iaitu pada 9 Zulhijjah, dan berterusan sehingga waktu Asar pada hari ke-3 Tasyriq, iaitu pada 13 Zulhijjah.

Ribuan Terima Kasih Ahli Peserta Qurban Masjid Kariah Mertang Galau! ✨​Salam Aidiladha buat semua ahli kariah yang dikas...
26/05/2026

Ribuan Terima Kasih Ahli Peserta Qurban Masjid Kariah Mertang Galau! ✨

​Salam Aidiladha buat semua ahli kariah yang dikasihi.

​Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, ibadah qurban bagi tahun ini (1445H) dapat kita laksanakan bersama.

Pihak Masjid Kariah Mertang Galau ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta qurban yg mengambil bahagian tahun ini.

​Semoga daging yang diagihkan menjadi rezeki yang berkat, dan menyatukan hati kita sesama kariah.

Benarlah firman Allah SWT dalam Surah Al-Hajj (ayat 37):

​"Daging dan darah (qurban) itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu."

​Bagi memastikan program berjalan lancar, berikut adalah Jadual Aktiviti Hari Raya kita esok:

​5.50 Pagi : Solat Berjemaah Subuh 🕌
​8.15 Pagi : Solat Sunat Eidul Adha 👥
​9.15 Pagi : Bermulanya Sembelihan Qurban 🐂
​12.00 Tengah Hari : Pembahagian Daging Qurban 📦
​12.00 Tengah Hari : Makan Tengah Hari Bersama 🍽️

​Moga Allah menerima amalan qurban kita semua, mendidik jiwa kita untuk terus taat, ikhlas, dan berkongsi rezeki.

​Bersama Kita Kuat, Bersama Kita Berkat.

Salam ukhuwah dan ikhlas daripada kami, Jawatankuasa Masjid Kariah Mertang Galau. 💚

🕌 JEMPUTAN KULIAH MAGHRIB​Assalamu'alaikum. Wbt.Jemput kita penuhkan saf di masjid malam ini sempena Kuliah Maghrib khas...
25/05/2026

🕌 JEMPUTAN KULIAH MAGHRIB

​Assalamu'alaikum. Wbt.

Jemput kita penuhkan saf di masjid malam ini sempena Kuliah Maghrib khas.

​Berikut adalah butiran majlis ilmu di Masjid Kariah Mertang Galau :

​Penceramah: Ustaz Mohamad Aimran (Penceramah Bebas)
​Tarikh : 25 Mei 2026 (Isnin / Hari Ini)
​Masa : Selepas Solat Maghrib
​Kitab Rujukan : Asasull'tiqod
​🍲 Jamuan Secara Potluck!

​malam ini ada jamuan secara potluck. Konsepnya mudah sahaja:

​"Bawa sedikit, kongsi bersama. Pahala berlipat ganda."

​Sambil kita mengaji dan isi rohani dengan ilmu daripada kitab Asasull'tiqod, kita isi juga perut dengan rezeki yang dibawa bersama. Kedatangan semua amatlah dialu-alukan—pintu masjid terbuka luas untuk semua lapisan masyarakat, tua dan muda.

​Jumpa di sana malam nanti! Mohon bantu kongsikan juga hantaran ini supaya lebih ramai yang tahu. Terima kasih.

Bulat kato dek mopakat.Sekitar majlis gotong royong pembersihan Masjid Kariah Mertang Galau sempena menyambut perayaan A...
24/05/2026

Bulat kato dek mopakat.

Sekitar majlis gotong royong pembersihan Masjid Kariah Mertang Galau sempena menyambut perayaan Aidiladha. Moga Allah terima amal ibadah kita.

🕋 MAKLUMAN KEMAS KINI PEMBAYARAN KORBAN 1447H / 2026M 🕋​Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua peserta...
19/05/2026

🕋 MAKLUMAN KEMAS KINI PEMBAYARAN KORBAN 1447H / 2026M 🕋

​Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua peserta korban Masjid Kariah Mertang Galau.

​PIhak Masjid Kariah Mertang Galau telah mewujudkan Grup Penyelarasan Korban 2026!

​Grup berkenaan diwujudkan khas untuk berkongsi segala maklumat rasmi, perkembangan terkini, dan penyelarasan ibadah korban pada tahun ini.

​📞 HUBUNGI URUSETIA

​Sekiranya terdapat pertanyaan atau perkara berbangkit tuan/puan boleh menghubungi kami di bawah.

​1️⃣ Imam Shahrudin Mustafa
📱 016-921 7303
​2️⃣ En. Aziz Bin Baba
📱 012-390 5303

​"Korban: Amal Ibadah, Pahala Berganda."

​Kerjasama, sokongan, dan perhatian daripada semua peserta amat kami hargai. Semoga urusan ibadah korban kita pada tahun ini dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.

​Terima kasih. 😊 Allahumma ameen.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami, Hj. Abu Samah & Pn. Saadi...
29/04/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami, Hj. Abu Samah & Pn. Saadiah, dengan rendah hati menjemput Tuan/Puan/Encik/Cik ke majlis kenduri kesyukuran sempena perkahwinan anakanda beliau yang akan diadakan pada:

🗓 Tarikh: 30 April 2026 (Khamis)
📍 Tempat: Masjid Mertang Galau
⏰ Masa: 7.00 Malam (Selepas Solat Maghrib)

Aturcara Majlis:
✨ Solat Maghrib berjemaah
✨ Bacaan Surah Yasin & Tahlil
✨ Doa Selamat
🍴 Jamuan Makan disediakan

Semoga kehadiran dan doa restu ahli kariah dan para jemaah sekalian akan menambah lagi keberkatan majlis ini.

Sekian, terima kasih.

Kuliaj maghrib bersama al-Fadhil Ustaz Muhammad Hadi b. Ismut, Timbalan Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah.Muslimin ...
21/04/2026

Kuliaj maghrib bersama al-Fadhil Ustaz Muhammad Hadi b. Ismut, Timbalan Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Pilah.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Akan diluncurkan. Nantikan.Aplikasi khas untuk mengikuti perkembangan dan aktiviti Kariah Masjid Kariah Mertang Galau.
08/04/2026

Akan diluncurkan. Nantikan.

Aplikasi khas untuk mengikuti perkembangan dan aktiviti Kariah Masjid Kariah Mertang Galau.

Address

Masjid Kariah Kampung Mertang
Seri Menanti
71550

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kariah Mertang Galau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Kariah Mertang Galau:

Share

Category