Surau Garden Residence Cyberjaya - Laman Rasmi

Surau Garden Residence Cyberjaya - Laman Rasmi A Musolla/Surau and A Community Centre

Seharian Meraikan AidilAdha Di Surau Garden Residence, Cyberjaya.8am - Solat Sunat AidilAdha Pimpinan Ustadz Mohd Fauzi ...
27/05/2026

Seharian Meraikan AidilAdha Di Surau Garden Residence, Cyberjaya.

8am - Solat Sunat AidilAdha Pimpinan Ustadz Mohd Fauzi Mohd Yatin. Penuh Dengan Jemaah

9am - Korban 10 Ekor Lembu Di Baroqah Agro Farm, Labu

4.45pm - Daging Korban Tiba Di Surau Garden Residence Untuk Diagihkan Kepada Peserta

5.30pm - Crew Sukarelawan SGR Mula Bergotong Royong Memasak Soup, Gulai Kari Daging Batang Pisang Dll

7.20pm - Solat Maghrib Diikuti Isya dan Jamuan Makan Malam Daging Korban

Bersurai

Alhamdulillah Semaraknya Surau Kami

*Solat Sunat AidilAdha 1447H**Surau Garden Residence, Cyberjaya*Assalamualaikum WBKTHYbhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Da...
26/05/2026

*Solat Sunat AidilAdha 1447H*
*Surau Garden Residence, Cyberjaya*

Assalamualaikum WBKTH

Ybhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Dato’ Sri/Datin Sri/Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Muslimin/Muslimat Ahli Kariah Surau Garden Residence Sekelian

*Mohon Makluman, Untuk Solat Sunat AidilAdha Esok, Rabu 27 Mei 2026, Akan Diadakan Bermula Jam 8 Pagi.*

*Dijemput Datang Lebih Awal, Bagi Sama Sama Kita Bertakbir dan Bertahmid 30 Minit Sebelum Solat.*

Solat dan Khutbah Raya Kali Ini Akan Dipimpin Oleh Alfadzil Ustadz Mohd Fauzi Mohd Yatin.

Pihak Pengurusan Surau telah mendapat kerjasama *Kolej Abedeen* yg membenarkan kompleks parking mereka digunakan pada pagi berkenaan oleh Jemaah SGR.

+Pagar ke Kompleks Parking Abedeen akan dibuka mulai jam 7.15pagi hingga 10.30pagi*

kerjasama jemaah diperlukan agar:
✅ Parking di lot yg disediakan
✅ tidak memasuki bahagian bangunan sekolah.
✅ parkir hanya dibuka diantara 7.15-10.30am
✅Mohon patuhi arahan petugas RELA

Security Abeeden akan kunci semula gate pada pkl 10.30am

Ruang Solat Tambahan Muslimin dan Muslimat Akan Disediakan di bahagian Khemah luar.

*Jamuan Raya Disediakan Selepas Solat Utk Sama Sama Beraya dan Beramah Mesra*

Harap Maklum, Terima Kasih.

*(Garden Residence Surau will hold Sunnatul Aidiladha Prayers Tomorrow 10th of Dzulhijjah 1447H, Wednesday 27th May 2026)*

*(Members of Our Congregation Are Welcomed To Enter The Premise From 7.30am And To Perform Takbir Aidiladha and Tahmid)*

*(The Sunnatul Aidiladha Prayers Will Commence At 8 am)*

The Surau Management has obtained cooperation from Abedeen College, allowing their parking complex to be used on the morning by SGR members.

*The gate to the Abedeen Parking Complex will open from 7.15am to 10.30am*

Cooperation from members is required to:
✅ Park in the designated lots.
✅ Avoid entering the school building area.
✅ Park only between 7.15am and 10.30am
✅ Kindly follow the instructions from the RELA Personnel

Abedeen Security will re-lock the gate at 10.30am

Terima Kasih

DK
Pengerusi
B/P
JK Surau Garden Residence
CYBERJAYA
26 Mei 2026

Sekitar Program Gotong Royong Surau Sempena AidilAdha 2026Surau Bersih Wangi, Jemaah Happy
24/05/2026

Sekitar Program Gotong Royong Surau Sempena AidilAdha 2026

Surau Bersih Wangi, Jemaah Happy

*GOTONG ROYONG SEMPENA AIDILADHA 2026*Assalamualaikum WBKTH Seluruh Ahli Kariah Surau Garden Residence Yang Dirahmati Al...
20/05/2026

*GOTONG ROYONG SEMPENA AIDILADHA 2026*

Assalamualaikum WBKTH
Seluruh Ahli Kariah Surau Garden Residence Yang Dirahmati Allah Sekelian

Jemput Sama Sama Sertai Program Gotong Royong SGR Sempena AidilAdha Yg Bakal Menjelang.

Pada :
Ahad, 24HB Mei 2026
Mulai Jam 9 Pagi

Mohon Bawa Peralatan Sesuai/Potluck Dialu Alukan.
Nasi Lemak Disediakan.

Jom Cuci Cuci,
Surau Bersih Wangi, Jemaah Pun Happy

B/P JK SGR

Qurban anjuran Surau Garden Residence.Tinggal 5 bahagian sahaja bagi mereka yang masih berminat. Terima kasih.Hubungi Pu...
14/05/2026

Qurban anjuran Surau Garden Residence.
Tinggal 5 bahagian sahaja bagi mereka yang masih berminat. Terima kasih.
Hubungi Puan Mariah: 013-340 7067

*Solat Sunat Aidilfitri 1447H**Surau Garden Residence, Cyberjaya*Assalamualaikum WBKTHYbhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/D...
20/03/2026

*Solat Sunat Aidilfitri 1447H*
*Surau Garden Residence, Cyberjaya*

Assalamualaikum WBKTH

Ybhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Dato’ Sri/Datin Sri/Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Muslimin/Muslimat Ahli Kariah Surau Garden Residence Sekelian

Mohon Makluman, Untuk Solat Sunat AidilFitri Esok, Sabtu 21 Mac 2026, Solat Sunat Aidilfitri Akan Diadakan Bermula Jam 8.30 Pagi.

Solat dan Khutbah Raya Kali Ini Akan Dipimpin Oleh Alfadzil Ustadz Mohd Fauzi Mohd Yatin.

Pihak Pengurusan Surau telah mendapat kerjasama Kolej Abedeen yg membenarkan kompleks parking mereka digunakan pada pagi 1 Syawal oleh Jemaah SGR.

Pagar ke Kompleks Parking Abedeen akan dibuka mulai jam 7.30 pagi hingga 10pagi

kerjasama jemaah diperlukan agar:
✅ Parking di lot yg disediakan
✅ tidak memasuki bahagian bangunan sekolah.
✅ parkir hanya dibuka diantara 7.30am-10am
✅Mohon patuhi arahan petugas RELA

Security Abeeden akan kunci semula gate pada pkl 10.30am

Dijemput Datang Lebih Awal, Bagi Sama Sama Kita Bertakbir dan Bertahmid 30 Minit Sebelum Solat.

Ruang Solat Tambahan Muslimin dan Muslimat Akan Disediakan di bahagian Khemah luar.

Jamuan Raya Disediakan Selepas Solat Utk Sama Sama Beraya dan Beramah Mesra

Harap Maklum, Terima Kasih.

*(Garden Residence Surau will hold Sunnatul Aidilfitri Prayers Tomorrow 1st of Syawal 1447H, Saturday 21st March 2026)*

*(Members of Our Congregation Are Welcomed To Enter The Premise From 8am And To Perform Takbir Aidilfitri and Tahmid)*

*(The Sunnatul Aidilfitri Prayers Will Commence At 8.30 am)*

The Surau Management has obtained cooperation from Abedeen College, allowing their parking complex to be used on the morning of 1 Syawal by SGR members.

The gate to the Abedeen Parking Complex will open from 7.30am to 10am

Cooperation from members is required to:
✅ Park in the designated lots.
✅ Avoid entering the school building area.
✅ Park only between 7.30 am and 10am
✅ Kindly follow the instructions from the RELA Personnel

Abedeen Security will re-lock the gate at 10.30am

Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Batin

Pengerusi
B/P
JK Surau Garden Residence
CYBERJAYA

Alhamdulillah Sekitar Majlis Khatam Quran dan Iftar Perdana Sabtu, 14 Februari 2026
18/03/2026

Alhamdulillah
Sekitar Majlis Khatam Quran dan Iftar Perdana
Sabtu, 14 Februari 2026

Assalamualaikum WBKTHInsyaallah Bermula Awal Pagi NantiMalam 21 Ramadan 1447H/11 Mac 2026MMulai jam 4pagi, Jom Kita Batt...
10/03/2026

Assalamualaikum WBKTH
Insyaallah Bermula Awal Pagi Nanti
Malam 21 Ramadan 1447H/11 Mac 2026M
Mulai jam 4pagi, Jom Kita Battle Memburu LailatulQadr.

Solat Sunat Tahajud, Solat Taubat, Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Tasbih Diselangi Zikir dan Munajat Meminta dan Merintih Kepada Allah SWT.

Semoga Malam Malam 10 Ramadan Terakhir Ini Kita Sama Sama Raih Keberkatan, Keampunan dan Ketaqwaan.

Jom Qiyamullail

Merebut Cinta Allah Di Bulan RamadanJika Allah Mencintai Kita, Kita Akan Lihat Bagaimana Ia Sekadar Cinta BiasaAtau Seka...
28/02/2026

Merebut Cinta Allah Di Bulan Ramadan

Jika Allah Mencintai Kita, Kita Akan Lihat Bagaimana Ia Sekadar Cinta Biasa
Atau Sekadar Cinta Biasa Biasa.

Yakni Jika Kita Lihat Bagaimana Mudah Allah Beri Kita Pintu Beribadah dan Melakukan Amalan Kebaikan

Bulan Ini Adalah Bulan Merebut Cinta Allah.
Bulan Ini Utk Membentuk Taqwa

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ١٨٣

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. - Albaqarah 183

Taqwa
Menjalankan Perintah Allah
Mengagungkan Allah
Redha Dgn Ketentuan Allah
Menyediakan Bekalan Akhirat

Tiga Peringkat Manusia Akan Terlihat Ketika Bulan Ini :

1. Tahu Tapi Tidak Amalkan
2. Beramal Dgn Apa Yg Mereka Tahu
3. Orang Yg Bukan Saja Tahu, Tapi Beramal dan Dpt Rasa serta Hayati Ramadan

Bagaimana utk pkt ke 3?

Utk kita tahu apa maknanya ibadat berpuasa. Merasakan apa itu nikmat Ramadan

“Barang siapa tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan keji, maka Allah tidak berhajat kepada puasanya.”
— Riwayat al-Bukhari & Muslim

Puasa bukan sekadar menahan lapar, tetapi mendidik akhlak dan kejujuran.

Jadikan Ramadan utk meminta keampunan, merintih untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Rahmat Allah SWT di bulan Ramadan sangat luas dan mencakupi setiap detik waktu bagi orang yang berpuasa. Berikut adalah bentuk-bentuk rahmat Allah yang disebut dalam hadis:

• Pembukaan Pintu Rahmat:�Rasulullah SAW bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga (dalam riwayat lain disebut pintu-pintu rahmat), ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan


• Rahmat Melalui Pengampunan Dosa:�Allah melimpahkan rahmat-Nya dengan mengampuni dosa sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharap pahala (imanan wa ihtisaban)

• Ramadan bertujuan melemahkan "nafsu haiwaniah" (makan, minum, syahwat) dan menguatkan rohani dengan mendisiplinkan diri menahan lapar, dahaga, serta maksiat pada siang hari. Ia melatih kawalan diri, mengurangkan sifat mementingkan diri, dan menumpukan kepada ibadah seperti tarawih dan sedekah untuk menyucikan hati serta membentuk sahsiah diri

• Daripada Sahal bin Sa’d R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ في الجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانِ يَدخُلُ مِنهُ الصَّائِمُونَ يَومَ القِيَامَةِ، لَا يَدْخُلُ مِنهُ أَحَدٌ غَيْرُهُم
Maksudnya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama al-Rayyan khusus untuk ahli puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain mereka tidak dibenarkan masuk.”

Setiap petang dalam bulan Ramadhan, Allah akan bebaskan 60,000 nama umat Nabi Muhammad dari neraka jahannam.

Maka Berdoalah Agar Kita Menjadi Sebahagian Drp Golongan Orang Orang Yg Dibebaskan Ini.

Kenali Nafsu Nafsu Utk Bolehlan Kita Kawal.

Dalam Islam, nafsu merujuk kepada jiwa manusia yang terbahagi kepada beberapa peringkat (tingkatan) berdasarkan kesucian dan kedekatannya dengan Allah. Tiga jenis utama yang sering disebut adalah Nafsu Ammarah (jahat), Lawwamah (menyesal), dan Mutmainnah (tenang). Secara keseluruhan, terdapat 7 jenis nafsu termasuk Mulhamah, Radhiah, Mardhiah, dan Kamilah.

Berikut adalah 7 jenis nafsu menurut perspektif tasawuf:
1. Nafsu Ammarah (Ammarah bis-Su'): Binatang Liar. Nafsu terendah yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, maksiat, dan keburukan. Riak, Dengki, Takabur, Riak.
2. Nafsu Lawwamah: Nafsu yang mula sedar akan dosa, menyesal setelah melakukan kesalahan, dan berusaha memperbaiki diri.
3. Nafsu Mulhamah: Nafsu yang mendapat ilham untuk melakukan kebaikan dan ibadah, namun masih bergelut dengan keinginan duniawi.
4. Nafsu Mutmainnah: Jiwa yang tenang, ikhlas, sabar, syukur, dan sentiasa dalam keredhaan Allah. Tak tergoda dengan maksiat. Wahai jiwa yang tenang" merujuk kepada potongan ayat al-Quran (Surah Al-Fajr: 27-30) yang menyapa hamba beriman dengan reda dan diredai Allah. Ia menggambarkan jiwa yang teguh, yakin, dan bertawakal, serta dijemput masuk ke dalam syurga. Ini adalah panggilan kasih sayang Allah buat jiwa yang sentiasa mengingati-Nya. Sudah naik darjat kepada Wali Allah. Peluang terbaik dapatkan ia adalah ketika Ramadan
5. Nafsu Radhiah: Jiwa yang redha dengan segala ketentuan Allah, berasa puas hati, dan melepaskan pergantungan selain daripada-Nya.
6. Nafsu Mardhiah: Jiwa yang mendapat keredhaan Allah, bersih daripada sifat tercela, dan mempunyai sifat-sifat mulia. Allah jaga dia ini drp segala keburukan
7. Nafsu Kamilah (Kamilah): Tingkatan tertinggi (sempurna) yang dimiliki oleh para nabi, rasul, dan wali-wali Allah, di mana seluruh perbuatannya hanya kerana Allah.

Punca Utama Kita Jauh Drp Allah. Adalah Kerana Kita Lalai.
Ia Semua Berpunca Drp Nafsu.
Kita Kena Lawan Dan Kekang Nafsu Dengan Zikir. Bebankan Ia Dengan Ibadah.

Ramadan adalah terbaik utk mujahadah sekurang kurangnya naik ke tahap 4. Nafsu Mutmainnah.
Mujahadah. Jika Tidak Nafsu Akan Kawal Kita.

Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya' Ulumuddin membahagikan puasa kepada tiga tingkatan (martabat) untuk mencapai kesempurnaan takwa: 1) Puasa Awam (menahan perut & kemaluan), 2) Puasa Khusus (menahan anggota tubuh dari dosa), dan 3) Puasa Khususul Khusus (menahan hati dari selain Allah/duniawi).

Ini adalah konsep peningkatan kualiti ibadah daripada sekadar fizikal kepada kerohanian

Berikut adalah pecahan tiga peringkat puasa menurut Imam al-Ghazali:
• 1. Puasa Orang Awam (Shaumul 'Umum)
• Definisi: Tahap paling dasar, iaitu sekadar menahan diri daripada makan, minum, dan hubungan seksual dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
• Fokus: Pemenuhan syarat sah puasa secara fizikal.
• 2. Puasa Orang Khusus (Shaumul Khusus)
• Definisi: Tahap lebih tinggi, iaitu menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki, dan seluruh anggota tubuh daripada dosa dan maksiat.
• Fokus: Menjaga panca indera daripada perkara yang membatalkan pahala puasa (contoh: mengumpat, memandang maksiat).
• 3. Puasa Khususul Khusus / Paling Khusus (Shaumul Khususil Khusus)
• Definisi: Tingkatan tertinggi, iaitu puasa hati daripada memikirkan hal-hal keduniaan dan memalingkan seluruh fikiran serta hati hanya kepada Allah SWT.
• Fokus: Puasa para nabi, siddiqin, dan muqarrabin. Puasa ini dianggap batal jika hati terlintas memikirkan selain Allah dan hari akhirat.

Kita nak sampai mana? kita target sampai tahap Puasa 2. Memadai.

Sentiasa lah berdoa Antara doa yang diajar Rasulullah SAW ialah:

اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Allahumma a’inni ‘ala zikrika wasyukrika wa husni ibadatik

Bermaksud: “Ya Allah bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadat kepada-Mu dengan baik.

[HR. Abu Daud dan Ahmad]

Berdoalah :

Rabbi inni zalamtu nafsi faghfirli

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku

Ini adalah doa Nabi Musa A.S. yang dirakam dalam Al-Quran (Surah Al-Qashash: 16) sebagai pengakuan dosa, permohonan keampunan yang ikhlas, dan tanda taubat yang bersungguh-sungguh atas kesilapan diri.

Amalkan Sebaik Amalan Dalam Bulan Ramadan:

1. Rebut Peluang Baca Quran.

Membaca al-Quran merupakan zikir yang paling afdal dan dituntut di bulan Ramadan, yang dikenali sebagai Syahrul Quran. Ia bukan sahaja memberi pahala yang dilipatgandakan seumpama amalan wajib, malah membantu menghayati bulan mulia, menurunkan sakinah, dan meningkatkan ketenangan jiwa serta mendapat naungan malaikat.

2. Banyakkan sedekah :

Sedekah di bulan Ramadan, termasuk zakat fitrah, adalah amalan wajib dan sunnah yang sangat dituntut untuk mensucikan diri serta membantu golongan memerlukan, dengan ganjaran pahala berlipat ganda. Zakat fitrah (wajib) membersihkan puasa dan memastikan fakir miskin dapat beraya, manakala sedekah (sunnah) meningkatkan kedermawanan, di mana kedua-duanya tidak saling menggantikan.

Hadis riwayat al-Bukhari menegaskan : Rasulullah SAW adalah manusia paling pemurah, terutama pada bulan Ramadan ketika bertemu Malaikat Jibril, di mana kedermawanan baginda lebih cepat daripada angin yang berhembus (الرِّيحُ الْمُرْسَلَةُ). Ini menunjukkan kepantasan, konsistensi, dan kesegeraan baginda dalam bersedekah tanpa bertangguh

3. Makan Sahur

Sahur ialah sunnah yang sangat dituntut (sunat muakkad) berdasarkan arahan Nabi SAW untuk mendapat keberkatan (kebaikan rohani dan jasmani) dan membezakan puasa umat Islam dengan ahli kitab. Walaupun hanya dengan seteguk air, sahur memberi kekuatan fizikal, doa daripada malaikat, dan peluang beribadah di waktu mustajab.

Arahan Nabi (Hadis): Rasulullah SAW bersabda"Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Baginda juga menegaskan"Makan sahur itu berkat, maka janganlah engkau tinggalkan".

Sahur bukan sekadar makan, tetapi ibadah yang mempersiapkan diri fizikal dan mental untuk berpuasa.

4. Mengejar LailatulQadar

• Fokus 10 Malam Terakhir: Rasulullah SAW meningkatkan usaha ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadan, melebihi malam-malam lain, dengan menghidupkan malam dan membangunkan ahli keluarga.
• Malam-malam Ganjil: Cari kelebihan ini pada malam ganjil (21, 23, 25, 27, 29) bulan Ramadan.
• Amalan Utama:
• Solat Malam (Qiyamullail/Tarawih/Tahajud): Menghidupkan malam dengan solat sunat.
• Berdoa: Memperbanyakkan doa yang diajarkan Nabi SAW: Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni (Ya Allah, Engkau Maha Pengampun, mencintai keampunan, maka ampunilah aku).
• Solat Berjemaah: Memastikan solat fardu, terutamanya Isyak dan Subuh, didirikan secara berjemaah.
• Membaca al-Quran dan Zikir: Mengisi masa dengan tilawah dan berzikir.
• Sedekah dan Berbuat Baik: Melakukan amal kebajikan termasuk memberi makan orang berbuka puasa.
• Tanda-tanda (Umum): Antara tandanya ialah malam yang tenang, tidak dingin dan tidak panas, serta siangnya matahari cerah tetapi tidak menyengat.
• Perubahan Diri: Lailatulqadar juga ditandai dengan perubahan diri menjadi lebih baik dan bertakwa selepas bulan Ramadan.

Fadilat (kelebihan) utama Lailatulqadar adalah ia merupakan malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan, di mana ibadah, doa, dan amalan soleh yang dilakukan mendapat ganjaran berlipat kali ganda.

Semoga Ramadan Ini Peluang Kita DapatKan Ketaqwaan dan Menjadi Ramadan Terbaik Utk Kita

Wallahualam

Intipati Kuliah Subuh SGR Oleh :
Ustadz Kudz Budin AlBaq Othman
1 Mac 2026/12 Ramadan 1447H

Assalamualaikum WbkthSemoga semua kita dibawah rahmat Allah SWT juaAlhamdulillah kita telah memasuki bulan Syaaban.  Tid...
24/01/2026

Assalamualaikum
Wbkth

Semoga semua kita dibawah rahmat Allah SWT jua

Alhamdulillah kita telah memasuki bulan Syaaban. Tidak lama lagi kita akan berada dalam bulan Ramadhan Almubarak.

Justeru JK Surau hari ini melancarkan kempen infaq Ramadan sebelum Solat Fardu Jumaat semalam, dalam usaha menampung perbelanjaan kita sepanjang bulan yang mulia itu nanti.

Ini termasuk utk menampung bayaran imam tetap, imam jemputan di kalangan qari, imam qiyamullail, bil elektrik, air, RELA dan moreh etc.

Jumlah yg kita sasarkan adalah RM63K yg dibuka sebanyak 315 Slot. Setiap slot bernilai RM200.

Ini membolehkan semua berpeluang utk infaq sama rata.

Semua infaq boleh disalurkan ke akaun Surau Maybank 568603009425

Ref : ramadan

Our fellow brothers and sisters
Alhamdulillah we’re already in the month of Syaaban. Meaning the holy month of Ramadan is just around the corner.

Thus, we’re launching our ramadan infaq drive starting yesterday, targeting RM63k to enable us to cover the overhead cost throughout the holy month.

Namely for the allowances of resident imam, guest imam amongst the qari, bilal, moreh, rela to take care of the traffic flow, utility bills etc

All infaq can be transferred to the surau account

Maybank 568603009425
Ref : ramadan

Insyaallah we will open 315 slots. Each slot costs RM200.

Jazakallahu Khairan Kathira

B/P JK SGR
24 Januari 2026

Address

1 Persiaran Garden Residence
Seri Kembangan
63000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Garden Residence Cyberjaya - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category