Masjid Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan

Masjid Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan Jalan Bukit Belimbing, Seri Kembangan

Assalamualaikum warga qariah Masjid Taman Bukit Belimbing....Mari datang beramai- ramai ke Perkarangan Masjid Taman Buki...
03/09/2026

Assalamualaikum warga qariah Masjid Taman Bukit Belimbing....

Mari datang beramai- ramai ke Perkarangan Masjid Taman Bukit Belimbing sempena sambutan Kemerdekaan yang ke 69 .

Kami anjurkan pertandingan melukis dan mewarna poster bertemakan Hari Kebangsaan. Kuiz untuk anak-anak sempena Hari Kemerdekaan juga turut ada jangkaan umur 7 ke 12 tahun.

Juga terbuka kepada muslimat MTBB sahaja turut disertakan pertandingan membuat kerabu sihat dan kreatif. Hadiah akan disediakan bagi pemenang

Jom datang beramai-ramai memeriahkan program Masjid Taman Bukit Belimbing.

πŸ₯© KEMPEN DAGING MURAH – HARI INI! πŸ₯©Nak daging segar, berkualiti & harga berpatutan? Jangan lepaskan peluang! πŸ”₯πŸŽ‰ DAGING S...
03/09/2026

πŸ₯© KEMPEN DAGING MURAH – HARI INI! πŸ₯©

Nak daging segar, berkualiti & harga berpatutan? Jangan lepaskan peluang! πŸ”₯

πŸŽ‰ DAGING SEGAR HANYA RM28/KG!

βœ… Segar setiap hari
βœ… Halal & bersih
βœ… Kualiti terbaik
βœ… Harga berpatutan

πŸ“… Khamis, 3 September 2026
⏰ 9.00 pagi

πŸ“ Masjid Bukit Belimbing, Seri Kembangan
(Cheras / Alam Damai / Permaisuri)

πŸ›’ Stok terhad! Siapa cepat, dia dapat!

Jom dapatkan daging segar untuk keluarga dengan harga yang lebih menjimatkan.
❀️

πŸ“² Tempahan/pertanyaan: 011-236 01095

Daging segar β€’ Bersih β€’ Halal β€’ Pilihan keluarga πŸ₯©βœ¨

Assalamualaikum warga qariah Taman Bukit Belimbing dan sekitarnya....πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’sempena sambutan Kemerdekaan ini jom ramai2 k...
03/09/2026

Assalamualaikum warga qariah Taman Bukit Belimbing dan sekitarnya....πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’sempena sambutan Kemerdekaan ini jom ramai2 kita memeriahkan CARBOOT Sales Masjid Taman Bukit Belimbing pada

Hari : Ahad
Tarikh: 6 September 2026
Masa : 7 pagi sehingga 12 tengahari

Macam2 jualan ada ...kepada yg masih mau menjadi Vendor boleh je Wasap www.wasap.my/60146187147 Puan Suhaili...

*JADUAL KULIAH MASJID TAMAN BUKIT BELIMBING* Assalamualaikum para ahli kariah serta jemaah yang dikasihi Allah, berikut ...
02/09/2026

*JADUAL KULIAH MASJID TAMAN BUKIT BELIMBING*

Assalamualaikum para ahli kariah serta jemaah yang dikasihi Allah, berikut merupakan jadual kuliah bagi bulan *SEPTEMBER 2026* Masjid Taman Bukit Belimbing Seri Kembangan.

JOM PENUHI TAMAN SYURGA, dengan kita hadir di majlis-majlis ilmu inshaAllah.

Follow & Like akaun Masjid
*FB MTBB:*
https://www.facebook.com/share/1EHyXur7eb/

*INSTAGRAM MTBB:*
https://www.instagram.com/masjidtamanbukitbelimbing?igsh=MTB3OTVlZGZteHM3Mg==

*TIKTOK MTBB:*
https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-95xWA11qSuu

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›Merdeka bukan sekadar bebas drpd penjajahan, tetapi ttg menghargai keamanan, men...
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›
Merdeka bukan sekadar bebas drpd penjajahan, tetapi ttg menghargai keamanan, menjaga perpaduan dan terus mencintai tanah air..

Semoga Malaysia sentiasa aman, makmur dan dilindungi Allah SWT..πŸ€²πŸ»πŸ‡²πŸ‡Ύ

Selamat menyambut Hari Kebangsaan!

JOM INFAQ JUMAATMari bersama kita memberi sumbangan berupa sedeqah ke Masjid Taman Bukit Belimbing Seri Kembangan "Ya Al...
28/08/2026

JOM INFAQ JUMAAT

Mari bersama kita memberi sumbangan berupa sedeqah ke Masjid Taman Bukit Belimbing Seri Kembangan

"Ya Allah semoga mereka yang infaqkan harta pada rumah Mu ini, hidupnya dipermudahkan, rezekinya diperluaskan, masalahnya diselesaikan serta tergolong dikalang para Solihin insha'Allah Amin ya Rabb

βœ¨π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„πŒππ„π‘πˆππ†π€π“πˆ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟐 π‘π€ππˆβ€™π”π‹ 𝐀𝐖𝐖𝐀𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–/πŸπŸŽπŸπŸ”βœ¨Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam kehidupan....
24/08/2026

βœ¨π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„πŒππ„π‘πˆππ†π€π“πˆ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟐 π‘π€ππˆβ€™π”π‹ 𝐀𝐖𝐖𝐀𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–/πŸπŸŽπŸπŸ”βœ¨

Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam kehidupan. Marilah kita memperingati kelahiran Baginda dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah serta mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.

Ikhlas daripada:
Pengurusan
Masjid Taman Bukit Belimbing
Seri Kembangan

18/08/2026

BINGKISAN PROGRAM: KULIAH ZUHUR MUSLIMAT MASJID TAMAN BUKIT BELIMBING SERI KEMBANGAN,
ISTIMEWA : USTAZAH HAJJAH NAZIRAH BT ABH BAKAR
16 OGOS 2026

BERITA PROGRAM: KULIAH ZUHUR MUSLIMATMASJID TAMAN BUKIT BELIMBINGSERI KEMBANGAN, 16 OGOS 2026 – Program Kuliah Zuhur Mus...
16/08/2026

BERITA PROGRAM: KULIAH ZUHUR MUSLIMAT
MASJID TAMAN BUKIT BELIMBING

SERI KEMBANGAN, 16 OGOS 2026 – Program Kuliah Zuhur Muslimat anjuran Masjid Taman Bukit Belimbing berlangsung dengan penuh keberkatan dan sambutan yang menggalakkan apabila lebih 180 orang muslimat dari sekitar Bukit Belimbing, Taming Jaya, Alam Damai, Taman Baiduri ,Cheras ,Bandar Tun Hussein Onn , Sungai Besi ,Seri Kembangan dan Balakong hadir memenuhi ruang masjid.

Kuliah yang disampaikan oleh Ustazah Hajah Nazirah Binti Abu Bakar ialah seorang pendakwah bebas, penulis buku agama, serta tokoh masyarakat Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas dan Penolong Pengarah Kanan di JAKIM. Pernah memegang peranan sebagai Ketua Urus Sekretariat Wanita Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Selangor dan juga Ibu kepada lima anak ini aktif menyampaikan dakwah melalui media sosial. Beliau kali ini membawa tajuk ' Anak Bukan Beban Dunia Tetapi bekalan Akhirat'.

Beliau memfokuskan kepada cara didikan anak dalam Islam dan peranan ibubapa dalam menjalankan tanggungjawab supaya anak ini akan menjadi Asbab bekalan akhirat nanti . Penyampaian yang jelas, santai dan dekat dengan realiti kehidupan masalah anak-anak gen Z Dan gen Alpha yang sekarang ini leka dengan permainan atas talian dan media sosial.

Para peserta turut menyatakan bahawa program ini sangat membantu kariah dalam memahami agama secara lebih tepat dan santai melalui didikan asas keluarga dalam Islam, menjaga keperluan makanan yang halal dan kasih sayang serta teladan yang baik kepada anak-anak.

Selain pengisian ilmu, suasana turut diserikan dengan gerai- gerai oleh peniaga muslim di sekitar Masjid Taman Bukit Belimbing dalam membantu dan menyokong industri kecil mereka.di sanping mengeratkan silaturahim dalam komuniti setempat. Program ini juga menjadi platform memperkukuh ukhuwwah antara muslimat dari pelbagai kawasan, sekaligus menghidupkan budaya menghadiri majlis ilmu.

Menurut pihak penganjur, sambutan luar biasa ini menunjukkan keinginan tinggi para muslimat untuk menambah ilmu dan mengukuhkan kefahaman agama. Kuliah berakhir sekitar 3.30 petang dengan doa agar semua yang hadir terus istiqamah dalam menuntut ilmu dan memakmurkan rumah Allah.

Masjid Taman Bukit Belimbing mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak dan berhasrat meneruskan penganjuran kuliah serta program ilmu pada masa akan datang demi manfaat masyarakat.

Assalamualaikum...Jualan Vendor sedang berlangsung sekarang, sehingga pukul 4 petang ini....jom support peniaga2 Islam k...
16/08/2026

Assalamualaikum...

Jualan Vendor sedang berlangsung sekarang, sehingga pukul 4 petang ini....jom support peniaga2 Islam kita sambil mengimarahkan masjid dengan ilmu yg bermanfaat dari Ustazah Hajah Nazirah Binti Abu Bakar...

Jumpa ya pukul 2 petang ni di Masjid Taman Bukit Belimbing bagi Kuliah Zuhur bersama Ustazah Hajah Nazirah Binti Abu Bakar....πŸ“’πŸ“’

Address

Taman Bukit Belimbing
Seri Kembangan
43300

Telephone

+601135127747

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category