06/07/2023
Kebanyakan pelajar yang berpindah belajar kepada kami pada awalnya mengalami kekeliruan bacaan pendek panjang,
Tambahan lagi jika mereka membaca secara bersambung dan berlagu,
Apabila kami minta mereka baca secara putus²,
Masih jelas juga berlaku kekeliruan,
Kekeliruan mungkin berlaku kesan dari tempoh yang lama terputus mengaji,
Kerana berhenti mengaji dengan guru sebelum,
Dan di rumah p**a tiada pengajaran sokongan dari ibubapa,
Mungkin juga kesan dari kesilapan teknik mengajar guru sebelum,
Terutama ketika IQRA 1,
(Boleh jadi juga disebabkan perasaan gemuruh pelajar pada hari pertama belajar dengan kami,
😅,
Tapi apabila selepas beberapa hari kekeliruan masih berlaku,
Maka kami perlu sahkan bahawa kekeliruan bukan disebabkan perasaan gemuruh)
Jadi kami terpaksa memujuk pelajar untuk mengulang beberapa bab pelajaran sebelum untuk membaiki kekeliruan yang berlaku,
Apabila keputusan ini dibuat,
Tentu sekali akan ada pihak berasa tidak seronok,
Pelajar tidak seronok;
Terpaksa ulang pelajaran,
Terpaksa berundur ke belakang,
Bosan mengulang pelajaran lama yang sudah diketahui,
Ibubapa tidak seronok;
Tempoh untuk anak selesai IQRA menjadi panjang,
Tempoh bajet kos mengaji bertambah panjang,
Agak kecewa dengan anak,
Kecewa dengan guru sebelum,
Kami juga tidak seronok;
Letih nak buat pengajaran baik pulih,
Nak kena tambah banyak bercakap,
Bila pelajar tak bersetuju dengan teknik pengajaran kita emosi mula bergelora,
Fasa membina keserasian guru-murid akan tercalar dengan pengalaman dan memori tidak menyeronokkan,
Guru sebelum (kalau dia tahu) juga akan tidak seronok;..
Mari kita sama² cegah keadaan ini dari berlaku,
Jom sertai KURSUS TEKNIK AJAR IQRA BUKU 1 (online),
ISNIN depan ini, 10 JULAI 2023,
Jam 10:00 - 11:30 malam,
PM kami untuk penyertaan,