15/04/2020
Bil 5:
APA YANG SEBENARNYA HAIWAN 2 ALAM???
Dalam Mazhab kita As Syafie ada beberapa kriteria haiwan tersebut di kelaskan sebagai dua alam .
Iaitu antaranya boleh bernafas dua dua alam di daratan dan dalam air . Contohnya katak .
Antaranya lagi haiwan 2 alam ini boleh hidup lama lama kedua dua alam, contoh atas daratan tidak kena air pun tiada masalah , dalam air sahaja pun tidak naik ke darat pun tiada masalah contohnya buaya atau penyu.
Gugur ia sebagai haiwan dua alam apabila ia memerlukan salah satu alam itu jika tidak ia akan mati , contoh belacak, ketam nipah jadi ini antara haiwan BUKAN 2 ALAM SEBAB MASIH LAGI MEMERLUKAN AIR , jika ia tidak dapat air ia akan mati .
Berhati-hati ketam pun ada jenis-jenisnya ada yang halal ada yang haram dalam Mazhab kita As Syafie , JANGAN KITA ASAL BELI KETAM ,
Yang halal contoh ketam bunga , ketam nipah , ketam besar laut dalam , ketam salib ini antara ketam yang halal ia kategori haiwan laut atau haiwan air,
Walaupun adakalanya boleh hidup di darat namun ia tetap MEMERLUKAN AIR , JIKA TIADA AIR IA BOLEH MATI (BUKAN 2 ALAM).
KETAM YANG HARAM DI MAKAN IALAH KETAM BATU biasanya kita boleh jumpai di hutan hutan , cara nak bezakan ia dengan ketam nipah tengok kakinya , kakinya tidak ada pendayung macam ketam nipah , dan ketam batu tidak memerlukan air , boleh hidup di darat dengan lama . Juga boleh berada dalam air juga dengan lama jadi ia kategori dua alam .
JUSTERU BERHATI HATI , PASTIKAN KITA PILIH YANG HALAL , KADANGKALA ADA KETAM MURAH DI JUAL TEPI JALAN BUKAN KETAM NIPAH TAPI KETAM BATU.
WALLAHUALAM.
Ustaz Muhd Nazirul