02/07/2026
✨ ALHAMDULILLAH | CERAMAH MAAL HIJRAH 1448H 🕌
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Ceramah Maal Hijrah 1448H anjuran Masjid Uwais Al-Qarni Qaryah Taman Marida pada 16 Jun 2026 (Selasa) selepas Solat Fardu Maghrib.
Ceramah yang telah disampaikan oleh Dr. Syed Mohamad Zainudin, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Al-Quran & As-Sunnah, USIM, telah membawa para jemaah menghayati pengajaran dan hikmah hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam memperkukuhkan iman, memperbaiki diri serta membina masyarakat yang lebih cemerlang dan bertakwa.
Bertepatan dengan tema "Hijrah Membawa Rahmat, Ummah Membina Kekuatan", semoga segala ilmu, nasihat dan peringatan yang dikongsikan menjadi pemangkin kepada perubahan diri ke arah yang lebih baik serta meningkatkan semangat ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
Pihak Masjid Uwais Al-Qarni Qaryah Taman Marida merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Syed Mohamad Zainudin, seluruh Ahli Jawatankuasa, para petugas serta semua muslimin dan muslimat yang telah hadir memeriahkan majlis. Turut disediakan jamuan makan sebagai tanda penghargaan kepada para jemaah yang hadir.
Semoga segala usaha yang dicurahkan diterima sebagai amal soleh dan diberkati Allah SWT.
"Hijrah bukan sekadar perubahan masa, tetapi perubahan hati, akhlak dan amalan menuju reda Allah SWT." 🤲