07/09/2026
Kunjungan delegasi UiTMCNS ke Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pada 4 September 2026 menjadi wadah memperkukuh kerjasama serta membincangkan usaha pemerkasaan tadbir urus wakaf, penglibatan warga universiti dan peluasan manfaat wakaf bagi kebajikan serta pendidikan mahasiswa. Kerjasama UiTMCNS dan MAINS ini selari dengan usaha menjadikan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang memberi manfaat berterusan.
🌱 AYUH WARGA UiTMCNS, KITA SUBURKAN WAKAF AL-KHAYR!
Tidak perlu menunggu untuk memberi dalam jumlah yang besar. Sedikit tetapi istiqamah, insya-Allah mampu menghasilkan manfaat yang besar.
Setiap sumbangan yang diwakafkan berpotensi menjadi saham akhirat yang terus mengalir manfaatnya kepada pendidikan, kebajikan pelajar dan pembangunan warga universiti.
“Sedikit daripada kita, besar manfaatnya untuk semua.”
Marilah kita bersama-sama membudayakan wakaf dan menjadikan Wakaf al-Khayr UiTMCNS sebagai legasi kebajikan warga universiti — daripada warga UiTMCNS, untuk manfaat UiTMCNS dan ummah.
اوسها، تقوى، موليا
MALAYSIA MADANI
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
UNIT HAL EHWAL ISLAM
UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Seremban