Surau As-Syakirin Taman Sendayan Indah

Surau As-Syakirin Taman Sendayan Indah Hanya rumah Allah yang kekal menjadi teduhan jiwa agar kasih kepada-Mu, ya Ilahi, tidak pernah padam dan terhenti

MESYUARAT PERSIAPAN KONTINJEN SURAU AS SYAKIRIN SEMPENA PERARAKAN MAULIDUR RASUL 2026Alhmdllh. Dengan izinnya dapat tunt...
26/08/2026

MESYUARAT PERSIAPAN KONTINJEN SURAU AS SYAKIRIN SEMPENA PERARAKAN MAULIDUR RASUL 2026

Alhmdllh. Dengan izinnya dapat tuntaskan mesyuarat sempena penyertaan jemaah Surau As-Syakirin Taman Sendayan Indah Kontinjen Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Masjid Sheikh Haji Ahmad pada 5 Sep 26 akan datang

Semoga usaha diberkati dan diganjari sebagai asbab kecintaan kami kepada Junjungan besar kami Nabi Muhammad saw

Perarakan bukan tujuan utama. Pertandingan pun bukan matlamat ingin dikejar. Namun, setiap ingatan dan kerinduan kami kepadamu dapat dizahirkan bila semua berkumpul dalam gemaan solawat sepanjang perarakan

Wallah al-Musta'an

TEMPAT BERGANTUNG YANG TAK TERHITUNGAlhmdllh. Meraikan Junjungan besar Nabi Muhammad saw dalam pelbagai kaedah dan caraP...
25/08/2026

TEMPAT BERGANTUNG YANG TAK TERHITUNG

Alhmdllh. Meraikan Junjungan besar Nabi Muhammad saw dalam pelbagai kaedah dan cara

Perarakan, solawat, nasyid dan pengisian ceramah adalah antara manifestasi kecintaan kami jemaah Surau As-Syakirin Taman Sendayan Indah sempena sambutan tahun ini

Tahniah semua jemaah. Kita hadir kerana satu tujuan. Namun ganjarannya mencambah seribu harapan

Semoga usaha ini dinilai sebagai langkah kerinduan yang tak berpenghuni tanpa noktah terhadap sosok yang sentiasa kami cintai

sollu al an-Nabi

wallah al-Musta'an

ISTIQAMAH ITU 'MAHAL'Alhmdllh. Malam jumaat penghulu segala hari. Aktiviti rutin jemaah imarahkan syurga kecil ini denga...
06/08/2026

ISTIQAMAH ITU 'MAHAL'

Alhmdllh. Malam jumaat penghulu segala hari. Aktiviti rutin jemaah imarahkan syurga kecil ini dengan solat, zikir dan bacaan yasin tahlil

Tak lupa juga penuhi hajat jemaah. Moga arwah yang diniatkan gembira dan tenang bersama para anbiya, siddiqin, syuhada dan solihin

Jzkllh juga kepada hamba Allah yang menjemput rezeki dengan sumbangan sejadah premium raudah Madinah. Insyaallah, ia akan dimanfaatkan supaya jariah diganjari pahala

Bagi jemaah yang istiqamah, semoga benih kebaikan yang ditanam di dunia ini hasilnya akan dituai di sana nanti

Bersusah sekarang kerana senangnya kemudian

Wallah al-Musta'an

KITA HANYA PINJAMANNama pun pinjaman. Pasti satu masa kita akan kembali kepada pemilik sebenarBegitulah manusia. Allah h...
03/08/2026

KITA HANYA PINJAMAN

Nama pun pinjaman. Pasti satu masa kita akan kembali kepada pemilik sebenar

Begitulah manusia. Allah hadirkan sementara di dunia untuk menjadi hamba dan khalifah

Sampai masa kita akan kembali. Cuma bezanya kita takkan pernah tahu bila, di mana dan bagaimana kesudahannya

Hari ini kita mengiringi perjalanan terakhir mereka. Esok, kita p**a akan diiringi oleh insan di sekeliling

Jazakallah semua jemaah yang sempurnakan fardu kifayah untuk arwah Senah binti Kasim. Semoga arwah makamnya jannah. Salam takziah kepada keluarga

Buat pertama kali van jenazah dirasmikan penggunaannya. Semoga pahalanya adalah jariah buat penyumbang dan semua yang menguruskan

Wallah al-Musta'an

26/07/2026
13/07/2026

Part 2 program mengacau bubur asyura

SATU KAWAH, SEJUTA UKHUWAHAlhmdllh. Mengacau bubur Asyura beramai² antara aktiviti jalinan ukhuwah kaum ibu TSI saban ta...
13/07/2026

SATU KAWAH, SEJUTA UKHUWAH

Alhmdllh. Mengacau bubur Asyura beramai² antara aktiviti jalinan ukhuwah kaum ibu TSI saban tahun

Kali ini program ini terus dilazimi dengan penyertaan yang membanggakan di bawah seliaan Ketua Muslimah TSI, Ustazah Zurina binti Ishak

Tahniah keranan korbankan masa demi jalinan ukhuwah. Menjamah bubur bukan keutamaan namun semangat kebersamaan itulah yang paling utama

Tak sia² sehari suntuk berkongsi kisah dan cerita sambil tangan sibuk menyediakan juadah

Wallah al-Musta'an

Address

Taman Sendayan Indah
Seremban
71900

Telephone

+60183732838

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau As-Syakirin Taman Sendayan Indah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category