Kompleks Al-Sa'adah, Seremban, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Kompleks Al-Sa'adah, Seremban, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Wadah Alternatif Yang Unggul di Negeri Sembilan Dalam Membentuk dan Melahirkan Saudara Muslim Yang Konsisten Mendalami Ilmu Agama Islam.

Pengurusan Saudara Baru di Negeri Sembilan menyaksikan era baru apabila Kompleks Al-Saadah (KS) dengan reka bentuk dan seni bina cina diinspirasikan daripada Masjid Besar Xian di wilayah Shaanxi, China didirikan dengan peruntukan Jabatan Waqaf Zakat dan Haji (JAWHAR) sebanyak RM 4,500,000.00 dan tambahan sebanyak RM 3,266,269.70 daripada peruntukan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). KS at

au lebih dikenali sebagai Pusat kegiatan Saudara Baru Negeri Sembilah telah beroperasi sejak Mac 2011 yang lalu di kawasan tanah wakaf berkeluasan 1.78 ekar. Pembinaan KS mula dibina pada awal 2008 dan siap sepenuhnya pada 2011. KS kini ditempatkan dibawah Pengurusan Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan (PWNS) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Bangunan tersergam indah ini menyediakan kemudahan - kemudahan pengajaran dan pembelajaran saudara baru di Negeri Sembilan selain daripada menjadi markas dengan fokus untuk menguruselia keperluan-keperluan saudara baru di Negeri Sembilan

19/06/2019
04/06/2019

10 SUNNAH HARI RAYA

Jom berhari raya dengan petunjuk sunnah Rasulullah ﷺ yang mudah. Jadikan Syawal bulan kemenangan!

1️⃣ MANDI
“Sesungguhnya Abdullah bin Umar mandi terlebih dahulu sebelum keluar ke tempat solat.”
[HR Abdurrazzaq, 5754]

2️⃣ BERHIAS & BERWANGIAN
“Wahai Rasulullah, ambillah ini dan berhiaslah dengannya pada kedua hari raya..”
[HR Bukhari, 886]

3️⃣ MAKAN SEBELUM SOLAT HARI RAYA
“Sesungguhnya Rasulullah tidak akan keluar ke tempat solat sehingga Baginda memakan beberapa biji tamar.”
[HR Bukhari, 953]

4️⃣ SOLAT HARI RAYA DI TANAH LAPANG
“Sesungguhnya Rasulullah keluar pada Aidilfitri & Aidiladha menuju ke tempat solat (tanah lapang)..”
[HR Bukhari, 913]

5️⃣ WANITA JUGA DIANJURKAN SOLAT HARI RAYA
“Kami telah diperintahkan untuk mengeluarkan remaja-remaja dan wanita-wanita baligh pada kedua hari raya untuk menyaksikan kebaikan.. ”
[HR Muslim, 890]

6️⃣ BERJALAN KAKI KE TEMPAT SOLAT HARI RAYA
“Adalah daripada sunnah, kamu keluar pada hari raya dengan berjalan kaki.”
[HR Tirmidzi, 530]

7️⃣ PERGI & PULANG DARI TEMPAT SOLAT MELALUI JALAN BERLAINAN
“Nabi sallaAllahu ‘alaihi wa sallam apabila hari raya, baginda mengambil jalan yang berlainan (ketika pergi dan pulang).”
[HR Bukhari, 986]

8️⃣ MENGUATKAN SUARA TAKBIR
“Sesungguhnya Ibnu Umar apabila keluar di Aidilfitri dan Aidiladha, menguatkan suara beliau ketika bertakbir sehingga tiba di tempat solat, kemudian beliau meneruskan takbir sehingga Imam tiba.”
[HR ad-Daraqutni, 2/45]

9️⃣ UCAPAN HARI RAYA
“Telah sabit dari sahabat RAnhum, apabila mereka bertemu di hari raya, mereka mengucapkan & mendoakan dengan berkata,

تقبل الله منا ومنك

(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu).”

🔟 BERTAKBIR DARI MALAM RAYA SEHINGGA SOLAT HARI RAYA
Riwayat sebahagian sahabat tentang cara takbir Nabi sallaAllahu ‘alahi wa sallam.

الله اكبر الله اكبر الله اكبر
لا إله إلا الله والله اكبر
الله اكبر ولله الحمد
[Ibnu Mas'ud radhiAllahu 'anhu]

الله اكبر الله اكبر الله اكبر كبيرا

[Salman al-Khair radhiAllahu 'anhu]






________________________________________

Kira, Semak dan Tunai Zakat Anda:
🌐 www.zakatns2u.biz

Talian bebas tol zakat:
📞 1-800-88-7771

Muat turun aplikasi zakat di telefon pintar:
📲 ZakatN9
________________________________________

Jom Kito Berwakaf!
❤️ Kempen Potongan Gaji Wakaf Tunai Negeri Sembilan:
www.wakafnegerisembilan.com

❤️ Talian Wakaf: 06-762 2445 / 06-764 2445

________________________________________

PengumumanSEMUA DIJEMPUT HADIR
02/06/2019

Pengumuman

SEMUA DIJEMPUT HADIR

22 Mei: Kunjungan Muhibbah dan Perbincangan Kerjasama Strategik bersama Unit Ukhuwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Nege...
22/05/2019

22 Mei: Kunjungan Muhibbah dan Perbincangan Kerjasama Strategik bersama Unit Ukhuwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah diadakan.

Kunjungan tersebut diketuai oleh AF Ustz Nor Azlim bin Mat Sidik, Penolong Pengarah Unit Ukhuwah, JHEAINS.

15/05/2019

SELAMAT HARI GURU 2019
Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

Ikhlas daripada,
Seluruh warga kerja
Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan (PBMalNS)

PENDAFTARAN BAGI JULAI 2019  PROGRAM PERSIJILAN MAINS KINI DIBUKA BISMILLAHASSALAMU'ALAIKUM WBT📌Berita baik buat SEMUA S...
14/05/2019

PENDAFTARAN BAGI JULAI 2019 PROGRAM PERSIJILAN MAINS KINI DIBUKA

BISMILLAH
ASSALAMU'ALAIKUM WBT

📌Berita baik buat SEMUA SAUDARA BARU / MUALLAF yang dirahmati oleh Allah SWT sekalian 😍

Jom daftar sekarang 📢

⏰ Sijil Pengajian Islam - Program ini selama 1 tahun 6 bulan bersamaaan 3 semester

📝Antara kelebihan yang bakal anda dapat dalam program Persijilan MAINS :

💸 Tiada yuran pengajian
💰 Tajaan pengajian dan elaun sara diri disediakan
🏡 Kemudahan penginapan dan makanan
📖 Belajar Asas Agama dan subjek bahasa

📝 Keistimewaan Program ini adalah :

📚 Kelayakan MQA - Dalam proses Akreditasi
📚 Pelajar boleh menyambung pelajaran ke peringkat Diploma menggunakan Sijil program ini di laluan khas yang telah di beri seperti di Kolej Darul Hikmah,Bangi

📌 DAFTAR SEKARANG KERANA TEMPAT ADALAH SANGAT TERHAD❗❗

❤ Anda hanya perlu sediakan hati yang suci dan bersedia untuk belajar..yang lain serahkan kepada kami😃

🎗Untuk sebarang maklumat lanjut / pendaftaran boleh hubungi (call / whatsapp):

📱 011-16501452 (En.Faisal)



11 Mei (Sabtu) : Majlis Iftar bersama Ahli MACMA NS bermula jam 6.30 petang. Majlis ini dianjurkan oleh MACMA NS dan Ahl...
11/05/2019

11 Mei (Sabtu) : Majlis Iftar bersama Ahli MACMA NS bermula jam 6.30 petang. Majlis ini dianjurkan oleh MACMA NS dan Ahli MACMA turut diberi saguhati Ramadhan dan Raya.

9 Mei (Khamis): Majlis Penyampaian Sijil kepada semua pelajar untuk Kelas Standard Mandarin Course telah dijalankan berm...
10/05/2019

9 Mei (Khamis): Majlis Penyampaian Sijil kepada semua pelajar untuk Kelas Standard Mandarin Course telah dijalankan bermula jam 6.15 petang hingga 7.15 petang.

Seramai 21 orang pelajar bersama keluarga telah hadir bersama disamping mengadakan Majlis Berbuka di Kompleks As Saadah.

Alhmdulillah, Jelajah Ramadhan RTM 2019 melabuhkan tirai jam 7.50 pgi td dengan diakhiri sesi tazkirah Subuh yang disamp...
07/05/2019

Alhmdulillah, Jelajah Ramadhan RTM 2019 melabuhkan tirai jam 7.50 pgi td dengan diakhiri sesi tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Tn Hj Norazman bin Amat, Ketua Jabatan Kaunseling & Infrastruktur Khas.

Address

Jalan Rahang
Seremban
70100

Telephone

067625100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kompleks Al-Sa'adah, Seremban, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share