Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia

Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia ANGKATAN SKUAD MUBALIGH MALAYSIA merupakan Sebuah organisasi yang membantu memartabatkan Muallaf dan menyampaikan dakwah kepada Non Muslim.

PDRM nak tangkap dan tuduh Zamri & Tamim. Tapi PDRM kena adil. Tangkap dan tuduh Rayer, Arun Dorasamy dan David Marshal ...
14/03/2026

PDRM nak tangkap dan tuduh Zamri & Tamim. Tapi PDRM kena adil. Tangkap dan tuduh Rayer, Arun Dorasamy dan David Marshal sekali kerana menghasut rakyat dan mendatangkan kegusaran awam juga. Biar mahkamah tentukan mereka benar atau salah.

*KENYATAAN MEDIA: BERKENAAN PENCEROBOHAN TANAH HAKMILIK YAYASAN KUBRA DI RAWANG PERDANA, SELANGOR**YAYASAN KUBRA TEGAS M...
24/02/2026

*KENYATAAN MEDIA: BERKENAAN PENCEROBOHAN TANAH HAKMILIK YAYASAN KUBRA DI RAWANG PERDANA, SELANGOR*
*YAYASAN KUBRA TEGAS MELINDUNGI HAK SELAKU PEMILIK BERDAFTAR YANG DIJAMIN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN UNDANG-UNDANG DARIPADA PENCEROBOHAN BERTERUSAN BERNIAT JAHAT OLEH PENCEROBOH TANAH*
1. Yayasan Kubra akan melaksanakan tindakan pembersihan binaan haram di tapak tanah milik Yayasan Kubra setelah tamat tempoh masa yang diberikan sehingga jam 11.59 malam ini.
2. Yayasan Kubra telah melaksanakan janjinya kepada pihak berkuasa dalam pertemuan dua hala antara Yayasan Kubra dan IPD Gombak dalam kehadiran pihak penceroboh di mana antara intipati janji sebagai sebuah institusi Islam berpegang teguh pada janji untuk memberi ehsan kepada penceroboh tempoh masa 14 hari bermula tarikh 11 Februari 2026 sehingga 24 Februari 2026 (Yayasan Kubra pada asalnya memberi tempoh masa 7 hari sahaja namun mengambil kira kerjasama penuh diberikan kepada pihak polis ketika itu) untuk penceroboh mengosongkan segala binaan haram yang bertapak di atas tanah milik Yayasan Kubra.
3. Yayasan Kubra menzahirkan dukacitanya pada hari ini apabila pihak penceroboh memainkan naratif mungkir janji dan berniat jahat kononnya penceroboh diugut dan dipaksa untuk keluar oleh pihak berkuasa bertentangan dengan persetujuan dan janji penceroboh kepada Yayasan Kubra dan pihak berkuasa polis. Persetujuan ini telah disahkan oleh YB William Leong, Ahli Parlimen Selayang dalam ciapan Facebook YB bertarikh 11 Februari 2026 di pautan
https://www.facebook.com/williamleongjeekean/posts/1581396467097508?rdid=160ZVTmVfuiKcmvJ
4. Yayasan Kubra menegaskan selanjutnya bahawa tempoh yang diberikan sehingga jam 11.59 malam ini, maka segala tindakan pembersihan binaan haram di atas tanah milik penuh Yayasan Kubra akan dilaksanakan tanpa notis lanjut. Segala kos yang dikeluarkan adalah di bawah tanggungjawab dan liabiliti penceroboh.
5. Sehubungan itu, *Yayasan Kubra menjemput mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu untuk membantu Yayasan Kubra melaksanakan gotong-royong di tapak tanah milik penuh Yayasan Kubra pada tarikh 25 Februari 2026 jam 5.00 petang di Lot PT 19501, PT 19502 dan PT 19503 Mukim Rawang, Daerah Gombak.*
6. Yayasan Kubra mempunyai amanah untuk membangunkan rumah asnaf dan melaksanakan segala amanah yang telah lama dihalang dan diceroboh selama 8 tahun sejak tahun 2018.
7. Yayasan Kubra berpegang teguh kepada prinsip Laisa li 'irqin zalimin haqq iaitu Tiada Hak bagi Akar yang Zalim (Penceroboh) yang membawa maksud sesiapa yang membina sesuatu di atas tanah orang lain tanpa kebenaran pemiliknya maka dia tidak mempunyai hak ke atas tanah apatah lagi binaan haram tersebut dan Ad-Dhararu Yuzal iaitu Kemudaratan Mesti Dihilangkan membawa maksud binaan haram di atas tanah Yayasan Kubra adalah satu bentuk mudarat amat besar menghalang Yayasan Kubra daripada melaksanakan tuntutan amanah membangunkan rumah asnaf sekian lama. Oleh itu, syarak menuntut agar mudarat ini dihilangkan melalui pembersihan tapak agar tanah milik Yayasan Kubra dapat dimanfaatkan mengikut tujuannya.
Sekian, Fa iza azamta fatawakkal 'ala ALLAH.
Pemegang Amanah
Yayasan Kubra
24 Februari 2026 bersamaan 6 Ramadan 1447H

AYUH!!!! Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang2Kesopanan dan K...
01/02/2026

AYUH!!!!
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang2
Kesopanan dan Kesusilaan

Kepada Semua: Editor2 Media Arus Perdana dan Media SosialJEMPUTAN MEDIAUNDANG-UNDANG TUNDUK, KUIL HARAM MENJADI RAJA”Ang...
30/01/2026

Kepada Semua:
Editor2 Media Arus Perdana dan Media Sosial

JEMPUTAN MEDIA

UNDANG-UNDANG TUNDUK, KUIL HARAM MENJADI RAJA”

Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia (ASMM) bersama gabungan 121 NGO menjemput pihak media untuk hadir membuat liputan berhubung isu pembinaan dan kewujudan kuil-kuil haram yang semakin berleluasa, sekali gus mencabar penguatkuasaan undang-undang, kedaulatan tanah dan keadilan kepada rakyat.
Pembiaran berpanjangan, dakwaan penguatkuasaan pilih kasih serta tekanan terhadap pihak berkuasa tempatan menjadikan undang-undang seolah-olah hilang taring. ASMM bersama NGO-NGO akan membentangkan fakta, pendedahan dan tuntutan tegas agar kerajaan bertindak adil, konsisten dan tanpa kompromi.
Kehadiran pihak media amat penting bagi memastikan isu ini didedahkan secara telus demi kepentingan negara dan keharmonian masyarakat.
Tarikh: 31hb Januari, 2026 (sabtu)

Masa: 3 petang

Tempat:
Our Private Place, Tingkat 3, Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur

Sebarang pertanyaan, hubungi KAK JAN no tel 018 396 4544
Kerjasama dan kehadiran pihak media amat2 dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

Link Lokasi
https://maps.app.goo.gl/5WutjEjYGSgunzKH6

DAULAT TUANKUMerafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli...
17/04/2025

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,
Raja Negeri Perlis

17 April 2025M bersamaan 18 Syawal 1446H

“Raja Berdaulat. Rakyat Berilmu. Negeri Sejahtera. Perlis Maju.”

Sembah takzim daripada:
Presiden dan Seluruh Ahli Jawatankuasa Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia

Nikmat terbesar yang diterima oleh kita sebagai Muslim adalah nikmat Islam iaitu beriman kepada Allah SWT. Hasil daripad...
05/04/2024

Nikmat terbesar yang diterima oleh kita sebagai Muslim adalah nikmat Islam iaitu beriman kepada Allah SWT. Hasil daripada pengorbanan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, maka mesej Islam telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Namun begitu, masih ramai di sekeliling kita yang masih belum merasai nikmat iman dan siapa lagi yang perlu menyampaikan mesej Islam kepada mereka kalau bukan kita?.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat”
(Hadith Riwayat al-Bukhari 3461)
Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai Muslim untuk menyampaikan mesej Islam kepada mereka yang masih belum Muslim. Kami di Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia berfokuskan kepada kerja-kerja dakwah dalam menyampaikan mesej Islam serta menyantuni para muallaf. Bantulah kami dalam menyebarkan mesej Islam dan berilah pertolongan kepada para muallaf yang memerlukan. Sekiranya anda tidak dapat turun ke lapangan bersama kami, maka sumbanglah kepada kami supaya kerja-kerja dakwah dapat diteruskan dan syiar Islam akan terus tersebar ke serata alam.
Teruskan amalan baik kalian dengan menyumbang di :
Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia
Bank Islam
0501 2010 0812 19
Anda juga boleh memastikan amalan baik anda berjalan berterusan melalui sumbangan secara bulanan semampu anda melalui:
InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment👇🏻
https://infaqpay.my/go/angkatanskuadmubalighmalaysia
Semoga sumbangan anda mendapat setinggi-tinggi ganjaran daripada Allah SWT.

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗔𝗟 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛 𝟭𝟰𝟰𝟰𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟮𝗠“Daripada Muawiyah katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Hijrah tidak akan berakhir sehingga b...
30/07/2022

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗔𝗟 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛 𝟭𝟰𝟰𝟰𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟮𝗠

“Daripada Muawiyah katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Hijrah tidak akan berakhir sehingga berakhirnya peluang bertaubat dan peluang bertaubat tidak berakhir sehingga matahari terbit dari sebelah barat” (Riwayat Abu Daud)

Semoga pada tahun baru ini dapat kita bersama memperbaiki diri, meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Mari jadikan tahun baru ini lebih baik dari tahun lalu ✨

𝐓𝐄𝐌𝐀 𝐌𝐀'𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟐𝐌 :-
"Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran".

Salam Maal Hijrah 1444 dan Selamat Tahun Baru Islam.






𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 𝗔𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗸𝘂𝗮𝗱 𝗠𝘂𝗯𝗮𝗹𝗶𝗴𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 - 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗦𝗸𝘂𝗮𝗱 𝗠𝘂𝗯𝗮𝗹𝗶𝗴𝗵 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶.Tarikh   : 23 J...
26/07/2022

𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻𝘁 𝗔𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗸𝘂𝗮𝗱 𝗠𝘂𝗯𝗮𝗹𝗶𝗴𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 - 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗦𝗸𝘂𝗮𝗱 𝗠𝘂𝗯𝗮𝗹𝗶𝗴𝗵 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶.
Tarikh : 23 Julai 2022
Masa : 9.00 Malam
Tempat :Bilik Mesyuarat PD Forest, Port Dickson

Edisi menyingkap salah faham.dengarkan  molek boh
29/10/2021

Edisi menyingkap salah faham.dengarkan molek boh

Address

Wisma Mubaligh
Seremban
70100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share