11/03/2024
[SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1445h]
Dua kalimah yang memberi erti KEAMPUNAN iaitu Al-Maghfirah (المغفرة) dan Al-Afwu (العفو).
Para Ulama mempunyai pandangan yang berbeza dalam menjelaskan kedudukan antara keduanya.
Menurut Imam Abu Hamid Al-Ghazali Rahimahullah:
"Al-Afwu bererti penghapusan atau terpadamnya dosa dan maksiat, manakala Al-Maghfirah bererti menutup atau tersembunyinya dosa. Maka, terhapus lebih kuat maknanya dari tersembunyi".
Sebaliknya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah p**a mempunyai pandangan yang berbeza. Beliau melebihkan makna Al-Maghfirah berbanding Al-Afwu, kerana menurutnya:
"Al-Maghfirah bererti terpeliharanya seseorang dari kejahatan dosanya, penerimaan ke atasnya & keredhaan terhadapnya. Manakala Al-Afwu p**a bererti memberi kemaafan semata-mata dan tidak semestinya menerima dan meredhai mereka."
Walaubagaimanapun kedua-duanya adalah merupakan impian kita selaku orang yang kerap melakukan dosa dan menjadi tuntutan ke atas kita di dalam berdoa.
Maka perbanyakkanlah berdoa disepanjang bulan ini agar kita keluar darinya suci dari segala dosa, diterima semua amalan dan memperoleh kejayaan di akhirat kelak.