Majlis Bandaraya Seremban

Majlis Bandaraya Seremban Laman Facebook Rasmi Majlis Bandaraya Seremban
MAMPAN. BERSIH. SEJAHTERA

12/06/2026

Perhatian Warga Seremban ‼️
MAKLUMAN PERUBAHAN WAKTU PENUTUPAN JALAN 🚧

Bagi memastikan keselesaan warga Seremban yang menggunakan laluan utama serta mengambil kira kelancaran aliran trafik, waktu penutupan jalan sempena Program Moh Nonggok Kek Somban telah diselaraskan kepada waktu baharu.

Kerjasama semua pengguna jalan raya amat dihargai. Sila rancang perjalanan anda dan patuhi arahan trafik sepanjang program berlangsung.

πŸ“Œ Jumaat: 8.00 malam – 12.30 tengah malam
πŸ“Œ Sabtu & Ahad: 6.30 petang – 12.30 tengah malam

Terima kasih atas kerjasama warga Seremban.
Selamat berhujung minggu dan selamat memanduπŸ“Έ

Majlis Bandaraya Seremban

DATUK BANDAR MBS DILANTIK PEGAWAI PENGURUS PILIHANRAYA UMUM DEWAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN KE 16Putrajaya, 12 Jun 2026 - ...
12/06/2026

DATUK BANDAR MBS DILANTIK PEGAWAI PENGURUS PILIHANRAYA UMUM DEWAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN KE 16

Putrajaya, 12 Jun 2026 - Suruhanjaya Piliharaya (SPR) telah mengumukan bahawa tarikh Pilihanraya Umum Dewan Negeri, Negeri Sembilan
ke 16 akan diadakan pada 1 Ogos 2026 ini.

Perkara ini telah diumumkan oleh Datuk Seri Ramlan Harun Pengerusi SPR. Ujar belia juga hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai.

β€œHari undi awal bagi Negeri Sembilan ditetapkan pada 28 Julai 2026,” katanya pada sidang media Pilihan Raya Umum Negeri Johor dan Negeri Sembilan ke-16 di Menara SPR, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ybhg Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin , Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban turut dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihanraya Umum Dewan Negeri , Negeri Sembilan. Perlantikan ini bertujuan melicinkan lagi pelaksanaan pilihanraya yang merupakan elemen penting di dalam sistem demokrasi di Malaysia.

Sementara itu, SPR memaklumkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan bagi PRN Negeri Sembilan Ke-16 ialah Daftar Pemilih Tambahan April 2026 yang dikemas kini sehingga 4 Jun lalu.

Berdasarkan DPPR berkenaan, seramai 889,490 pemilih layak mengundi yang terdiri daripada 867,151 pengundi biasa, 16,884 anggota tentera dan pasangan serta 5,455 anggota polis

Bagi tujuan pengendalian pilihan raya itu, SPR melantik lapan Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang dibantu 95 Penolong Pegawai Pengurus.

SPR turut menubuhkan 36 pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya (PP-KPR) bagi memantau aktiviti berkempen sepanjang tempoh rasmi kempen.

GAMBAR : IHSAN NST TV





π™Žπ‘¬π™‚π‘΄π™€π‘΅ : π‘«π™€π‘»π™Šπ‘²π™Ž 𝙃𝑨𝙏𝑰 ✨Kebersihan bukan sekadar tanggungjawab pihak berkuasa, tetapi bermula daripada diri kita sendiri. ...
12/06/2026

π™Žπ‘¬π™‚π‘΄π™€π‘΅ : π‘«π™€π‘»π™Šπ‘²π™Ž 𝙃𝑨𝙏𝑰 ✨

Kebersihan bukan sekadar tanggungjawab pihak berkuasa, tetapi bermula daripada diri kita sendiri. Hati yang bersih akan melahirkan sikap bertanggungjawab terhadap persekitaran, manakala persekitaran yang bersih p**a menjamin kehidupan yang lebih sihat dan harmoni.





12/06/2026

PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2026.



PEMAKLUMAN PENUTUPAN JALANSEMPENA PROGRAM MOH NONGGOK KEK SOMBANWaktu : πŸ“Œ8.00pm - 12.30am (JUMAAT)πŸ“Œ6.30pm - 12.30am (SAB...
12/06/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN JALAN

SEMPENA PROGRAM MOH NONGGOK KEK SOMBAN

Waktu :
πŸ“Œ8.00pm - 12.30am (JUMAAT)
πŸ“Œ6.30pm - 12.30am (SABTU DAN AHAD)

πŸ“Jalan Sungai Ujong - Jalan Dato Bandar Tunggal

Sebarang pertanyaan / aduan / cadangan boleh hubungi kami ditalian 06-765 4444 ATAU melalui SISPAA MBS melalui pautan ini : mbseremban.spab.gov.my ATAU muat turun secara percuma Aplikasi Respons Rakyat.





PEJABAT BAHARU JPJ CAWANGAN NILAI KINI DIBUKANILAI, 11 Jun 2026 – Pejabat Baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawang...
12/06/2026

PEJABAT BAHARU JPJ CAWANGAN NILAI KINI DIBUKA

NILAI, 11 Jun 2026 – Pejabat Baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Nilai yang berada di Majlis Bandaraya Seremban Cawangan Nilai mula beroperasi sepenuhnya pada 8 Jun lalu, kini menawarkan kemudahan perkhidmatan yang lebih selesa, moden dan mesra pelanggan kepada penduduk sekitar Nilai serta kawasan berhampiran.

Majlis perasmian pejabat baharu JPJ Cawangan Nilai telah disempurnakan oleh YB Tuan Loke Siew F**k, Menteri Pengangkutan. Pejabat baharu ini dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk kaunter perkhidmatan, kiosk layan diri, kemudahan mesra OKU, surau dan ruang parkir yang lebih selesa bagi meningkatkan pengalaman pelanggan.

Turut hadir YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan, YBhg. Dato’ Normah Osman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengangkutan, YBhg. Dato’ Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, serta pegawai-pegawai kanan Jabatan dan agensi.





PERASMIAN PUSAT PANDU LALU KITARECYCLE (PPLK) COCA-COLA DI NILAINilai, 12 Jun 2026 - YB Tuan Arul Kumar a/l Jambunathan,...
11/06/2026

PERASMIAN PUSAT PANDU LALU KITARECYCLE (PPLK) COCA-COLA DI NILAI

Nilai, 12 Jun 2026 - YB Tuan Arul Kumar a/l Jambunathan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Pandu Lalu KITARecycle (PPLK) Coca-Cola yang ke-5 di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Cawangan Nilai.

Penyediaan fasiliti ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Coca-Cola Bottlers Malaysia-Singapura-Brunei, SWM Environment dan Majlis Bandaraya Seremban dalam usaha memperkukuh budaya pengasingan sisa di punca serta meningkatkan kadar kitar semula dalam kalangan masyarakat.

Menariknya, PPLK Coca-Cola di Nilai ini merupakan Pusat KITARecycle mesra Orang Kurang Upaya (OKU) yang pertama di Malaysia, sekali gus membuktikan komitmen semua pihak dalam memastikan kemudahan kitar semula dapat diakses secara inklusif oleh seluruh lapisan masyarakat.

Kemudahan PPLK ini membolehkan penduduk melaksanakan aktiviti kitar semula dengan lebih mudah, sistematik dan mesra pengguna, sekali gus menyokong agenda kelestarian alam sekitar serta pembentukan komuniti yang lebih mampan, bersih dan sejahtera.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban yang sentiasa komited dalam memperkasakan pelaksanaan program kelestarian dan inisiatif hijau di kawasan pentadbiran MBS. Majlis turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi serta pihak berkepentingan yang terlibat dalam menjayakan inisiatif tersebut.

Majlis Bandaraya Seremban merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Coca-Cola Bottlers Malaysia-Singapura-Brunei dan SWM Environment atas komitmen berterusan dalam menyokong usaha memperluaskan kemudahan kitar semula demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar.





MAJLIS PERASMIAN PUSAT KITARecycle COCA COLA PADA 11 JUN 2026 BERTEMPAT DI MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN CAWANGAN NILAI
11/06/2026

MAJLIS PERASMIAN PUSAT KITARecycle COCA COLA PADA 11 JUN 2026 BERTEMPAT DI MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN CAWANGAN NILAI





🌍 PIALA DUNIA FIFA 2026 BERMULA! 🌍⚽Jom sama-sama meriahkan suasana pembukaan kejohanan bola sepak terbesar dunia menerus...
11/06/2026

🌍 PIALA DUNIA FIFA 2026 BERMULA! 🌍⚽

Jom sama-sama meriahkan suasana pembukaan kejohanan bola sepak terbesar dunia menerusi Tayangan Skrin Besar Piala Dunia FIFA 2026 di Dataran Nilai!

πŸ”₯ Perlawanan pembukaan:
πŸ‡²πŸ‡½ Mexico πŸ†š πŸ‡ΏπŸ‡¦ Afrika Selatan

πŸ“… 12 Jun 2026 (Jumaat)
⏰ 3.00 Pagi
πŸ“ Dataran Nilai

⚽ Ayuh turun beramai-ramai dan rasai debaran pentas terbesar bola sepak dunia di Dataran Nilai!





MAJLIS PERASMIAN PUSAT PANDU LALU KITARecycle Coca ColaTarikh : 11 Jun 2026 (Khamis)Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagiTempat ...
11/06/2026

MAJLIS PERASMIAN PUSAT PANDU LALU KITARecycle Coca Cola

Tarikh : 11 Jun 2026 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Majlis Bandaraya Seremban Cawangan Nilai

Orang ramai dijemput hadir!





Address

Wisma Bandaraya Seremban, Persiaran Forest Heights 1, Jalan Seremban-Tampin
Seremban
70450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Bandaraya Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Majlis Bandaraya Seremban:

Share