Masjid Qaryah Ibnu Khaldun Lavender Heights

Masjid Qaryah Ibnu Khaldun Lavender Heights We are a Masjid strategically located at the juncture of LEKAS, road to Kuala Pilah / Muazam and road

Nombor pendaftaran:
JHEAINSM0520070263

Alhamdulillah, penuh rasa syukur ke hadrat Ilahiโ€ฆ ๐ŸŒ™โœจHari Rabu tempoh hari telah berlangsung dengan jayanya Majlis Hari R...
11/04/2026

Alhamdulillah, penuh rasa syukur ke hadrat Ilahiโ€ฆ ๐ŸŒ™โœจ
Hari Rabu tempoh hari telah berlangsung dengan jayanya Majlis Hari Raya Muslimah MQIKLH yang cukup meriah dan penuh kemesraan ๐Ÿ’
Dengan kehadiran tetamu jemputan serta lebih 90 orang muslimat yang hadir, suasana benar-benar hidup dengan gelak tawa, ukhuwah yang terjalin, dan semangat Aidilfitri yang begitu terasa ๐Ÿค
Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir, yang bertungkus-lumus membuat persiapan, serta yang menyumbang tenaga dan masa demi menjayakan majlis ini. Semoga setiap usaha kita diberkati dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT ๐Ÿคฒ
Semoga ukhuwah yang terbina ini terus mekar, bukan hanya di bulan Syawal, tetapi sepanjang masa ๐ŸŒธ
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin ๐ŸŒ™๐Ÿ’š
Jumpa lagi di program akan datang! ๐Ÿ˜Š

Alhamdulillah, bacaan terakhir untuk tilawah Jamaie 30 Juz Ramadan 1447 telah disempurnakan pada pagi 25 Ramadan 1447 /1...
15/03/2026

Alhamdulillah, bacaan terakhir untuk tilawah Jamaie 30 Juz Ramadan 1447 telah disempurnakan pada pagi 25 Ramadan 1447 /15 Mac 2026.

Ahli Jemaah mengambil kesempatan untuk mengabaikan kenangan dengan menghadiahkan hamper tanda penghargaan buat Imam Naufal Ahmad Azhari di atas kesungguhan memimpin majlis sehingga Khatam 30 Juz. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Syah Rezan yang sudi bersama sama dalam meraikan majlis.

Insya Allah kita jumpa lagi tahun hadapan.

Assalamualaikum wbt.Syukur Alhamdulillah, Pada hari Ahad 8 Mac 2026, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran bagi Progr...
09/03/2026

Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah, Pada hari Ahad 8 Mac 2026, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran bagi Program Tadarus Rakan Muda anjuran KBS, MQIKLH dan PWLH sempena Ramadan 1447H.

Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dengan penyertaan seramai 50 orang peserta, yang telah dibimbing oleh Imam Syah dan Ustaz Muhammad sepanjang sesi tadarus berlangsung.

Program Tadarus Rakan Muda Ramadan telah berlangsung sepanjang 4-8 Mac 2026, dengan dipantau oleh Ust Muhammad Nagaruddin dan diselia oleh pelajar-pelajar senior Madrasah Tahfiz Al Fath Lavender Heights. Dengan penglibatan 50 peserta, 30 juzuk al Quran dapat dikhatamkan melalui bacaan bergilir-gilir para peserta.

Majlis ini turut melibatkan Tuan Imam Syah-Rezan (Pengerusi MQIKLH), Datuk Hj Razali (Pengerusi PWLH), En. Khusyairi @ Khushairi Zainal (Pegawai KBS), Ustaz Muhammad (Guru Mengaji), serta Ustaz Halim Rahman Lavender (Ketua Biro Agama) bersama para peserta tadarus dan ibu bapa yang menghantar anak-anak menyertai Program Tadarus Rakan Muda sepanjang bulan Ramadan ini.

Semoga program seperti ini dapat terus menyemai kecintaan generasi muda terhadap kitab suci Al-Quran, insya-Allah.

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ูุงูŽู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูAlhamdulillah, Majlis Tadarus ...
08/03/2026

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู
ุงูŽู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Alhamdulillah, Majlis Tadarus Al-Quran dan Khatam Al-Quran Perdana Muslimat MQIKLH anjuran Biro Wanita telah berjaya dilaksanakan sempena Nuzul Al-Quran, pada pagi 17 Ramadhan 1447H.

Seramai 63 orang peserta muslimat MQIKLH telah mengambil bahagian dalam majlis tadarus dan khatam Al-Quran yang penuh keberkatan ini.

Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua muslimat yang telah bersama-sama menjayakan program sepanjang Ramadan ini. Semoga usaha mendekatkan diri dengan Al-Quran ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

Saguhati daripada pihak masjid juga telah disampaikan kepada semua peserta tadarus sebagai tanda penghargaan atas penyertaan dan komitmen sepanjang Ramadan.

ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุง ูƒุซูŠุฑุง
ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู…
ูˆุชู‚ุจู„ ูŠุง ูƒุฑูŠู…

Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita dan menjadikan Al-Quran sebagai cahaya dalam kehidupan kita semua. ๐Ÿคฒ๐Ÿ“–

16/02/2026

๐ŸŒ™ MAKLUMAN MQIKLH 02-26 (02) ๐ŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Jemaah yang dirahmati Allah,

Bersempena Ramadan yang penuh keberkatan, pihak MQIKLH telah menyusun gabungan program sedia ada dan beberapa pengisian baharu bagi memberi peluang kepada seluruh jemaah untuk bersama-sama menghidupkan bulan yang mulia ini dengan ibadah, ilmu dan Al-Quran.

Program Ihyaโ€™ Ramadan MQIKLH

1. Tilawah Jamaโ€™ie 1 Juz โ€“ Selepas Subuh
(Imam Naufal)

2. Klinik Al-Fatihah & Al-Quran โ€“ 8.00 pagi
(Ustaz Umar)
Sertai: wa.me/60192791491

3. Tadarus Group A โ€“ Selepas Zohor & Selepas Asar
Sertai: Hj Azamin
wa.me/601110676854

4. Tadarus Group H โ€“ Selepas Tarawih
Sertai: Hj Harun
wa.me/60192213129

5. Tadarus Muslimat โ€“ 1โ€“16 Ramadan | 8.30 pagi
Sertai: Hjh Marhanim
wa.me/60183556820

6. Tadarus Rakan Muda โ€“ 4โ€“8 Mac | 6.30 petang
(Imam Syah Rezan)
Poster program & borang penyertaan akan diumumkan kemudian.

7. Solat Tarawih 20 Rakaat bersama bacaan ยฝ juzuk Al-Quran โ€“ Setiap malam

8. Qiamullail Overtime 10 Rakaat โ€“ Selepas Moreh
Aturcara lanjut akan dimaklumkan kemudian.

โœจ Ayuh bersama-sama memanfaatkan Ramadan dengan memperbanyakkan tilawah, menghadiri majlis ilmu dan menghidupkan malam di rumah Allah. Semoga setiap langkah dan masa yang kita luangkan menjadi amal soleh yang diberkati.

Semoga Allah memberkati Ramadan kita semua dan menerima setiap amalan kita, insya-Allah.

Sekian, terima kasih.

๐ŸŒ™ MAKLUMAN MQIKLH 02-23 (03) ๐ŸŒ™Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhJemaah yang dirahmati Allah,Sempena kedatangan R...
16/02/2026

๐ŸŒ™ MAKLUMAN MQIKLH 02-23 (03) ๐ŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Jemaah yang dirahmati Allah,

Sempena kedatangan Ramadan 1447H / 2026M, pihak masjid menjemput seluruh jemaah untuk bersama-sama memakmurkan malam Ramadan melalui Aturcara Ibadah Tarawih seperti berikut:

Aturcara Malam Ramadan

1. Solat Isyak Berjemaah
2. Solat Tarawih 20 rakaat dengan bacaan ยฝ juzuk Al-Quran
(Imam: Ustaz Umar)
3. Solat Witir
4. Bacaan Tahlil
5. Moreh & Santai Ukhuwah
6. Qiamullail (Overtime) 10 rakaat dengan bacaan ยฝ juzuk Al-Quran
(Imam: Ustaz Umar)

Nota: Jemaah yang mengikuti Tarawih (Perkara 2) dan Qiamullail (Perkara 6) akan berpeluang mendengar 1 juzuk Al-Quran setiap malam โ€” bersamaan khatam mendengar Al-Quran secara sempurna di dalam solat sepanjang Ramadan, insya-Allah.

โœจ Ayuh kita hidupkan malam Ramadan, rapatkan saf, dan rebut ganjaran pahala yang berlipat ganda di rumah Allah.

Sekian, terima kasih.

https://www.youtube.com/live/rVKUQMRbCv0?si=AnmcjCW1KM059Nz-Kuliah Maghrib Ganti | 10 Februari 2026Bersama: Dr. RahisamT...
11/02/2026

https://www.youtube.com/live/rVKUQMRbCv0?si=AnmcjCW1KM059Nz-

Kuliah Maghrib Ganti | 10 Februari 2026
Bersama: Dr. Rahisam
Tajuk: Nabi Muhammad SAW Menurut Al-Quran

Antara sifat yang sangat istimewa pada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang dibincangkan pada kuliah hari ini ialah sifat UMMIY. Ummiy bermaksud Baginda SAW tidak boleh membaca dan menulis.
Persoalannya, bagaimana seorang yang tidak tahu membaca dan menulis mampu membawa sebuah kitab yang kandungannya sangat mendalam, tersusun rapi, serta memiliki keindahan bahasa yang tiada tandingan?
Inilah salah satu bukti bahawa Al-Quran benar-benar wahyu daripada Allah SWT, bukan hasil karangan manusia. Sifat ummiy pada Nabi SAW juga menunjukkan bahawa Baginda tidak mengambil atau menyalin isi daripada kitab-kitab terdahulu.
Semoga peringatan ini menambahkan keyakinan dan kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW serta menguatkan iman kita kepada Al-Quran sebagai kalam Allah yang agung.

Kuliah Maghrib Masjid Qaryah Ibnu Khaldun Lavender Heights

Alhamdulillah ๐ŸคฒTelah menerima sumbangan Zakat berjumlah RM5,000 daripadaBank Rakyat Cawangan Senawang,bagi pihak Masjid ...
22/01/2026

Alhamdulillah ๐Ÿคฒ
Telah menerima sumbangan Zakat berjumlah RM5,000 daripada
Bank Rakyat Cawangan Senawang,
bagi pihak Masjid Qaryah Ibnu Khaldun, Lavender Heights.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan serta sokongan yang diberikan.
Semoga sumbangan ini dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi asbab keberkatan buat semua pihak yang terlibat.

Moga Allah membalas dengan ganjaran berlipat kali ganda. ๐ŸŒฑ

21/01/2026
โœจ SELESAI | KULIAH MAGHRIB KHAS ISRAK MIKRAJ โœจโ€œIsrak Mikraj: Isyarat Pembebasan Al-Aqsaโ€Alhamdulillah, telah berlangsung...
16/01/2026

โœจ SELESAI | KULIAH MAGHRIB KHAS ISRAK MIKRAJ โœจ
โ€œIsrak Mikraj: Isyarat Pembebasan Al-Aqsaโ€

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kuliah Maghrib Khas sempena Israk Mikraj di Masjid Qaryah Ibnu Khaldun, Lavender Heights.

Para jemaah berpeluang menghayati kupasan yang sangat menyentuh jiwa oleh Prof. Dr. Zainurrashid bin Zainuddin, yang mengaitkan peristiwa agung Israk Mikraj dengan realiti perjuangan umat Islam hari ini, khususnya isu pembebasan Al-Aqsa dan Palestin.
Kupasan beliau bukan sekadar ilmu, tetapi satu wake-up call untuk hati dan tindakan.

๐Ÿค Atur cara istimewa turut berlangsung dengan penyerahan Kutipan Tabung Palestin kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sebagai simbol solidariti dan keprihatinan ummah terhadap saudara kita yang tertindas.

๐ŸŒ™ Semoga segala ilmu, sumbangan dan kehadiran para jemaah menjadi amal berpanjangan serta menguatkan tekad kita untuk terus istiqamah dalam doa, dakwah dan sokongan kepada perjuangan Al-Aqsa.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini.
Moga Allah memberkati langkah kita semua. ๐Ÿค




07/01/2026

Daripada Abu Hurairah radiallahu โ€˜anhu, Nabi sallallahu โ€˜alaihi wa sallam bersabda:
ู„ูŽู…ู‘ูŽุง ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑูŽ ุฃูŽุฑู’ุณูŽู„ูŽ ุฌูุจู’ุฑููŠู„ูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู†ู’ุธูุฑู’ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุฅูู„ูŽู‰ ู…ูŽุง ุฃูŽุนู’ุฏูŽุฏู’ุชู ู„ุฃูŽู‡ู’ู„ูู‡ูŽุง ูููŠู‡ูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ููŽุฌูŽุงุกูŽู‡ูŽุง ูˆูŽู†ูŽุธูŽุฑูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุฅูู„ูŽู‰ ู…ูŽุง ุฃูŽุนูŽุฏู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู„ุฃูŽู‡ู’ู„ูู‡ูŽุง ูููŠู‡ูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ููŽุฑูŽุฌูŽุนูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ููŽูˆูŽุนูุฒู‘ูŽุชููƒูŽ ู„ุงูŽ ูŠูŽุณู’ู…ูŽุนู ุจูู‡ูŽุง ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุฏูŽุฎูŽู„ูŽู‡ูŽุง โ€.โ€ ููŽุฃูŽู…ูŽุฑูŽ ุจูู‡ูŽุง ููŽุญููู‘ูŽุชู’ ุจูุงู„ู’ู…ูŽูƒูŽุงุฑูู‡ู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงุฑู’ุฌูุนู’ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ููŽุงู†ู’ุธูุฑู’ ุฅูู„ูŽู‰ ู…ูŽุง ุฃูŽุนู’ุฏูŽุฏู’ุชู ู„ุฃูŽู‡ู’ู„ูู‡ูŽุง ูููŠู‡ูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ููŽุฑูŽุฌูŽุนูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ููŽุฅูุฐูŽุง ู‡ููŠูŽ ู‚ูŽุฏู’ ุญููู‘ูŽุชู’ ุจูุงู„ู’ู…ูŽูƒูŽุงุฑูู‡ู ููŽุฑูŽุฌูŽุนูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ูˆูŽุนูุฒู‘ูŽุชููƒูŽ ู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ุฎููู’ุชู ุฃูŽู†ู’ ู„ุงูŽ ูŠูŽุฏู’ุฎูู„ูŽู‡ูŽุง ุฃูŽุญูŽุฏูŒ โ€.โ€ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงุฐู’ู‡ูŽุจู’ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู ููŽุงู†ู’ุธูุฑู’ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุฅูู„ูŽู‰ ู…ูŽุง ุฃูŽุนู’ุฏูŽุฏู’ุชู ู„ุฃูŽู‡ู’ู„ูู‡ูŽุง ูููŠู‡ูŽุง โ€.โ€ ููŽุฅูุฐูŽุง ู‡ููŠูŽ ูŠูŽุฑู’ูƒูŽุจู ุจูŽุนู’ุถูู‡ูŽุง ุจูŽุนู’ุถู‹ุง ููŽุฑูŽุฌูŽุนูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ูˆูŽุนูุฒู‘ูŽุชููƒูŽ ู„ุงูŽ ูŠูŽุณู’ู…ูŽุนู ุจูู‡ูŽุง ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ููŽูŠูŽุฏู’ุฎูู„ูู‡ูŽุง โ€.โ€ ููŽุฃูŽู…ูŽุฑูŽ ุจูู‡ูŽุง ููŽุญููู‘ูŽุชู’ ุจูุงู„ุดู‘ูŽู‡ูŽูˆูŽุงุชู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงุฑู’ุฌูุนู’ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง โ€.โ€ ููŽุฑูŽุฌูŽุนูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ูˆูŽุนูุฒู‘ูŽุชููƒูŽ ู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ุฎูŽุดููŠุชู ุฃูŽู†ู’ ู„ุงูŽ ูŠูŽู†ู’ุฌููˆูŽ ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุฏูŽุฎูŽู„ูŽู‡ูŽุง โ€"โ€

Apabila Allah telah menciptakan syurga dan neraka, Dia menghantar Jibril ke syurga, lalu Allah berkata (kepada Jibril): Engkau lihatlah (syurga itu) dan apa yang telah aku sediakan untuk penghuninya.

Lalu Jibril pun pergi ke syurga. Dia melihat syurga itu dan apa yang telah Allah sediakan untuk penghuninya. Lalu Jibril pun pulang kepada Nya dan berkata: Demi kemuliaan Mu. Tiada seorang pun yang mendengar (tentang syurga) kecuali dia pasti akan memasukinya. Lalu Allah menyuruh agar syurga ditutupi dengan perkara-perkara yang tidak disukai.

Kemudian Allah berkata (kepada Jibril): Kembalilah ke syurga, dan lihat apa yang telah sediakan untuk penghuninya. Jibril kembali ke syurga, dan ketika itu syurga telah ditutupi dengan perkara-perkara yang tidak disukai. Lalu Jibril kembali kepada Allah dan berkata: Demi kemuliaan Mu. Engkau telah mengaburi syurga sehingga tiada seorang pun dapat memasukinya.

Allah berkata (kepada Jibril): Pergilah ke neraka. Lihatlah keadaannya dan apa yang telah Aku sediakan untuk penghuninya. Neraka ketika itu dalam keadaan tindih menindih di atas satu sama lain, kemudian Jibril pulang kepada Allah. Jibril pun berkata: Demi kemuliaan Mu. Tiada seorang pun yang mendengar tentangnya mahu memasukinya. Lalu Allah menyuruh neraka ditutupi dengan perkara-perkara yang disukai.

Allah pun berkata kepada Jibril: Pulanglah ke neraka. Jibril pun pulang ke neraka lalu dia berkata: Demi kemuliaan Mu. Aku takut tiada seorang terselamat daripada memasukinya. [Sunan at-Tirmizi, Kitab Sifat al-Jannah, hadis no: 2758, hasan sahih]

Address

Lavender Heights
Seremban
70400

Opening Hours

Monday 00:01 - 23:45
Tuesday 00:01 - 23:45
Wednesday 00:01 - 23:45
Thursday 00:01 - 23:45
Friday 00:01 - 23:45
Saturday 00:01 - 23:45
Sunday 00:01 - 23:45

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Qaryah Ibnu Khaldun Lavender Heights posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category