Pertubuhan Cakna Muallaf Negeri Sembilan

Pertubuhan Cakna Muallaf Negeri Sembilan Selamat datang ke laman Facebook rasmi Pertubuhan Cakna Muallaf Negeri Sembilan (PCMNS)

09/10/2023
PROGRAM SANTAI MADANI BERSAMA MASYARAKAT KAMPUNGPort Dickson, 7 Oktober 2023 - Program Santai Madani Bersama Masyarakat ...
09/10/2023

PROGRAM SANTAI MADANI BERSAMA MASYARAKAT KAMPUNG

Port Dickson, 7 Oktober 2023 - Program Santai Madani Bersama Masyarakat Kampung anjuran bersama Pertubuhan Cakna Muallaf Negeri Sembilan (PCMNS) dan JPKKOA Bukit Kepong berlangsung dengan jayanya di Balai Raya KOA Bukit Kepong sabtu lalu.

Program ini juga telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Turut hadir ADUN Linggi YB Datuk Mohd Faizal Bin Ramli dan beliau juga merasmikan program pada hari tersebut.

Program ini berjaya mencatatkan kehadiran 300 orang warga KOA yang terdiri daripada beberapa kampung iaitu KOA Bukit Kepong, KOA Palebar Baru dan KOA Sunggala.

Antara aktiviti telah dijalankan seperti sukaneka dewasa dan kanak², ziarah rumah ke rumah, ceramah, pemeriksaan kesihatan, cabutan bertuah dan lain-lain lagi.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang. InsyaAllah


PROGRAM JATI DIRI ANAK MUALLAFبسم الله الرحمن الرحيمPada tarikh 9hb-11hb Disember 2022, kami telah menganjurkan program ...
08/10/2023

PROGRAM JATI DIRI ANAK MUALLAF

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada tarikh 9hb-11hb Disember 2022, kami telah menganjurkan program bertajuk 'Program Jati Diri Anak Muallaf' yang dianjurkan di , KM Chalet, Melaka.

Program ini telah menghimpunkan pelajar sekolah seramai 40 orang dan guru sekolah seramai 9 orang.

Tujuan kami menganjurkan program ini ialah dalam zaman yang serba moden ini, kita tidak boleh terpisah daripada mempelajari ilmu agama kerana tanpanya kita akan menjadi daif serta jahil. Proses pendidikan juga perlu berterusan kepada golongan seperti anak Muallaf secara formal dan tidak formal adalah satu aset yang penting dalam pembentukan sahsiah. Ini bertujuan agar anak Muallaf ini dapat mempraktikkan Islam dan menjadikannya sebagai cara hidup mereka.

Kami amat mengharap, melalui perlaksanaan Program Jati Diri Anak Muallaf akan dapat memberi pemahaman yang lebih jelas tentang agama Islam. Selain itu, mereka juga dapat memahami lebih jelas mesej dan topik yang dibincangkan. Kami juga membantu mereka dalam menyedari kebesaran pencipta adalah yang paling utama dalam kehidupan mereka dan hala tuju mereka sebenarnya. Lebih menghayati kehidupan ini dan menyedari kepentingan sebagai seorang hamba. Mengurangkan masalah diri serta mewujudkan suasana yang lebih yakin dengan pencipta.

PROGRAM HARI MALAYSIA 2022بسم الله الرحمن الرحيمPada tarikh 30hb September 2022, kami telah menganjurkan program bertaju...
08/10/2023

PROGRAM HARI MALAYSIA 2022

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada tarikh 30hb September 2022, kami telah menganjurkan program bertajuk 'Hari Semalaysia' yang dianjurkan di SMK Taman Indah di Tampin, Negeri Sembilan.

Program ini telah menghimpunkan pelajar sekolah seramai 341 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan guru sekolah seramai 53 orang.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2022 bertemakan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' amat bersesuaian dengan iltizam dan konsep keharmonian sebuah keluarga besar berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. Teguh Bersama merujuk kepada kekuatan dan kesepaduan kolektif oleh Keluarga Malaysia dalam mengharungi pelbagai cabaran dengan semangat sebuah keluarga.

"Semangat Keluarga Malaysia Teguh Bersama ini harus disemarakkan dan dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dalam usaha kita mensejahterakan kehidupan rakyat ketika mendepani cabaran ekonomi global. Yakin, apabila kita melakukannya secara bersama-sama, tiada siapa yang mampu mengganggu-gugat keteguhan Keluarga Malaysia.

Seluruh Keluarga Malaysia menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan mewarnai dan menghiasi setiap premis dengan Jalur Gemilang bagi mencerminkan rasa cintakan tanah air. Bulan Kebangsaan adalah istimewa semua akan menyaksikan penyertaan seluruh Keluarga Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang di pelbagai tempat termasuk kawasan perumahan, kediaman, pejabat dan sekolah.

Semangat ini perlu ada di setiap peringkat masyarakat demi perpaduan masyarakat majmuk Malaysia. Dalam usaha meningkatkan semangat dan mengekalkan perpaduan, tidaklah boleh semata-mata mengharapkan peranan kerajaan. Marilah kita sama-sama memelihara dan mengekalkan perpaduan demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat

08/10/2023

بسم الله الرحمن الرحيم

Insha Allah, kami akan meng'update' kepada anda program program yang telah kami anjurkan sepanjang penubuhan pertubuhan kami dari awal hingga kini.

Sekian terima kasih

بسم الله الرحمن الرحيمAssalamu'alaikum Warahmatullahi WabarakatuhAlhamdulillah, pada tarikh 7hb Julai 2022, maka dengan ...
25/08/2022

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, pada tarikh 7hb Julai 2022, maka dengan ini secara rasmi tertubuhnya sebuah NGO yang dinamakan 'Pertubuhan Cakna Muallaf Negeri Sembilan' yang berpusat di Negeri Sembilan secara khususnya.

Pertubuhan kami ini secara dasarnya adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan golongan asnaf muallaf (mereka yang baru memeluk agama Islam) di Negeri Sembilan yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti India, Cina, etnik Sabah dan Sarawak, serta lain lain lagi.

Tidak terhad kepada hal kebajikan sahaja, pertubuhan kami turut menyampai dakwah kepada golongan muallaf ini serta kepada golongan belum Islam (non-Muslim) yang berada dalam masyarakat di luar sana.

Selain itu juga, pertubuhan kami turut menganjur pelbagai program-program yang bertujuan bagi meraikan serta mengeratkan hubungan silaturrahim di antara Pertubuhan dengan golongan muallaf di Negeri Sembilan serta di antara Pertubuhan dengan NGO-NGO Islam yang lain.

Diharapkan semoga perjalanan dakwah Pertubuhan ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T serta dapat membela kebajikan dan dakwah kepada golongan muallaf serta mendapat sokongan daripada NGO-NGO Islam lain serta masyarakat setempat.

Sekian, terima kasih

Address

No. 261, Jalan Mawar 5, Taman Sri Mawar
Seremban
70450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Cakna Muallaf Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pertubuhan Cakna Muallaf Negeri Sembilan:

Share