06/03/2026
Mesyuarat Berkenaan Sumbangan Ramadhan Oleh Andalusia Senawang Bersama Masjid Bandar Baru Senawang Official & Masjid Kariah Taman Bandar Senawang
Sebentar tadi, Andalusia Senawang terlibat dengan mesyuarat bagi mewujudkan jalinan kerjasama bersama Masjid Kariah Taman Bandar Senawang diwakili Tuan Nazri, Setiausaha (SU) Masjid Kariah Taman Bandar Senawang, dan Dr. Sera, Ketua Kerani, dalam menjalankan program sumbangan Ramadhan untuk golongan asnaf pada 18 Mac 2026.
Manakala, Di Masjid Bandar Baru Senawang Official diwakili oleh Tuan Khairil Adzhar, SU Masjid Bandar Baru Senawang Official bersetuju atas kerjasama mencari asnaf bagi ahli/anak kariah sekitar masjid. Agihan akan dilaksanakan pada 17 Mac 2026.
Agihan akan diadakan di Pejabat Andalusia Senawang, Taipan 1, Senawang.
Program ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan, khususnya golongan fakir dan miskin, dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Sumbangan berupa barangan asas seperti beras, minyak masak, tepung, dan makanan lain akan disalurkan kepada mereka yang layak, hasil daripada kerjasama erat antara pihak Andalusia Senawang dan Masjid-masjid diatas.
Dengan tema "Berkongsi Kasih, Menyebar Kebaikan", kami berharap program ini dapat memberi manfaat kepada lebih ramai mereka yang memerlukan.
Marilah bersama-sama berkongsi kasih dan menyebarkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan.
SALAM 15 RAMADHAN 1447H