Ustaz Salleh Hamid

Ustaz Salleh Hamid Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ustaz Salleh Hamid, Religious Center, Madrasah Tahfiz As-Salihin, Seremban.
(2)

12/03/2026

Ya Allah, pada malam yang penuh keberkatan ini, kami datang membawa hati yang penuh harapan. Ampuni segala dosa kami, dosa ibu bapa kami, dan seluruh keluarga kami.
Lapangkan hati kami dengan keimanan, dan jangan Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah.Februari dan Mac 2026, bumi Maahad Tahfiz ...
05/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah.
Februari dan Mac 2026, bumi Maahad Tahfiz As-Salihin kembali disirami keberkatan apabila beberapa orang pelajar berjaya mengkhatamkan hafazan 30 juzuk Al-Quran dengan penuh kesungguhan dan istiqamah.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada:
✨ Kamel Eidan bin Kamel Azwad
✨ Muhammad Zain bin Muhammad Bashir
✨ Muhammad Zuhri bin Md Azlansah
✨ Muhammad Zaid bin Dzull Fadzli Affandi

Tahniah juga buat kedua-dua ibu ayah mereka dan Guru Kelas yang tidak pernah putus mendoakan dan berkorban demi melihat anak-anak berdamping dengan Al-Quran.

Moga Allah SWT menjadikan anak-anak ini mahkota kebanggaan ibu ayah di dunia, penyelamat di akhirat dan
Semoga Allah SWT memelihara hafazan mereka, meneguhkan hati mereka dalam menjaga Kalamullah, serta mengangkat darjat kedua ibu bapa mereka dengan kemuliaan Al-Quran. Aamiin.

Ini bukan sekadar tamat hafalan
Ini adalah perjalanan yg penuh dengan pengorbanan, disiplin, bangun malam, murajaah tanpa jemu dan doa yang tidak pernah terhenti.

Kejayaan ini adalah hasil gabungan tiga kekuatan:
1.Doa dan pengorbanan ibu ayah yang tidak pernah lelah menitipkan harapan kepada Allah.
2.Kesungguhan dan kesabaran para asatizah serta guru kelas yang membimbing dengan penuh amanah dan kasih sayang
3.Pengurusan madrasah dalam memastikan sistem tarbiah dan akademik berjalan dengan tersusun, konsisten dan berfokus.

Inilah bukti bahawa insyAllah dengan bimbingan yang betul, suasana yang terjaga dan disiplin yang berterusan anak-anak insyAllah mampu mencapai sesuatu yang besar di sisi Allah.

Ya Allah, tetapkanlah hati anak2 kami di AsSalihin di atas jalan Al-Quran.
Jadikanlah Al-Quran sebagai cahaya dalam dada mereka, penenang jiwa mereka, dan syafaat buat mereka di akhirat kelak.
Peliharalah hafazan mereka, berkati ilmu mereka, dan angkatlah darjat kedua ibu bapa mereka dengan kemuliaan Al-Quran.
Jadikan mereka generasi yang berakhlak mulia, rendah hati dan bermanfaat buat ummah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh pelajar dan menjadi saksi bahawa dengan kesungguhan, suasana yang baik dan bimbingan yang berterusan insyaAllah hasilnya pasti indah.

Terima kasih atas kepercayaan dan doa yang tidak pernah berhenti daripada semua ibu bapa.dan sahabat2
Al-Quran di dada, berkat sepanjang usia.

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

22/02/2026

ZIARAH MAHASISWA DAN MAHASISWI USIM KE MAAHAD TAHFIZ AS-SALIHIN

Alhamdulillah, Maahad Tahfiz As-Salihin berbesar hati menerima kehadiran mahasiswa dan mahasiswi daripada Universiti Sains Islam Malaysia dalam menjayakan program ziarah dan team building yang penuh manfaat.

Program ini menjadi platform memperkukuh jaringan antara institusi, di samping menyemai nilai kepimpinan, komunikasi dan semangat kebersamaan dalam kalangan peserta. Interaksi yang terjalin membuktikan bahawa ilmu dan ukhuwah mampu menyatukan hati walau dari latar yang berbeza.

Semoga usaha kecil ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat serta memberi impak positif kepada semua yang terlibat.

Terima kasih atas komitmen dan kebersamaan yang dicurahkan. Moga setiap langkah diberkati dan dipermudahkan.

19/02/2026

Tajaan Berbuka Puasa & Sumbangan Ramadan Madrasah As Salihin
Ramadan adalah bulan rahmat, keampunan dan peluang melipatgandakan pahala.
Di Madrasah Tahfiz As Salihin, para pelajar tahfiz meneruskan rutin menghafaz Al-Quran sambil menjalani ibadah puasa setiap hari dengan penuh kesederhanaan.
Kami membuka peluang kepada orang ramai untuk:
• Menaja juadah berbuka puasa pelajar
• Menyumbang bagi keperluan Ramadan madrasah

Setiap sumbangan anda, walau sekecil mana sekalipun, sangat bermakna buat mereka dan menjadi saham akhirat yang berpanjangan.

Maahad Tahfiz As Salihin
MAYBANK
5550 1422 7192

0102207865
Ustaz Salleh (Pengetua)

Lokasi kami :
Madrasah Tahfiz As Salihin
Jalan Sikamat lama Mukim Pantai,
Seremban, Malaysia, 71700

Jom hidupkan Ramadhan 🌙Insya-Allah Solat Tarawih Khatam 30 Juzu’ dalam 10 hari.Sama-sama kita rebut pahala dan rahmat Al...
19/02/2026

Jom hidupkan Ramadhan 🌙
Insya-Allah Solat Tarawih Khatam 30 Juzu’ dalam 10 hari.
Sama-sama kita rebut pahala dan rahmat Allah

22/01/2026

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan rahmat Allah SWT, segala urusan telah dipermudahkan dan musolla ini kini siap sepenuhnya.

Ia bukan sekadar sebuah ruang ibadah, tetapi menjadi nadi kehidupan rohani buat 250 orang huffaz di Madrasah As-Salihin tempat mereka bersujud, bermunajat, dan menghafaz kalam Allah dengan penuh adab dan keikhlasan.

Di sinilah ayat-ayat suci Al-Quran dilantunkan setiap hari, diulang dan dipelihara di dalam dada para huffaz. Setiap solat yang didirikan, setiap doa yang dipanjatkan, dan setiap sesi hafazan yang berlangsung dalam suasana yang lebih selesa tambahan dengan penggunaan giant fan di musolla ini, menjadi saksi atas keikhlasan dan kebaikan para penginfak.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang berhati mulia. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa kalian dengan sebaik-baik ganjaran pahala yang terus mengalir selagi mana Al-Quran dibaca, selagi mana musolla ini hidup dengan ibadah dan zikir.

Semoga Allah meluaskan rezeki, memberkati usia, mempermudahkan urusan, dan menghimpunkan kita semua dalam rahmat serta kasih sayang-Nya. InsyaAllah, kebaikan ini akan menjadi saham akhirat yang tidak terputus. 🤍

Assalamualaikum wbt Dalam perjalanan yang Allah masih izinkan ini,moga kita melangkah dengan hati yang yakin,bahawa takd...
31/12/2025

Assalamualaikum wbt

Dalam perjalanan yang Allah masih izinkan ini,
moga kita melangkah dengan hati yang yakin,
bahawa takdir Allah tidak pernah tersalah,
dan setiap hela nafas membawa kita lebih dekat kepada reda-Nya.

Moga Allah membukakan pintu rezeki seluas langit,
menguatkan jiwa selapang samudera,
dan menurunkan sakinah yang menenangkan seperti hujan
di tanah yang lama menunggu.

Jika pernah rebah, moga Allah bangkitkan dengan kekuatan baru.
Jika pernah tersesat, moga Allah tuntun ke jalan yang benar.
Jika pernah terluka, moga Allah sembuhkan dengan rahmat-Nya
yang jauh lebih manis daripada ujian yang pernah singgah.

Tahun 2026 ini…
biarlah langkah kita dipimpin wahyu,
keyakinan kita dipaut pada tawakal,
dan harapan kita berdiri di bawah bayang janji-Nya yang pasti.
Kerana siapa yang bersama Allah,
tidak pernah benar-benar sendirian.

Dan siapa yang menyerahkan hatinya kepada-Nya,
tidak akan dibiarkan tenggelam dalam gelap.

Selamat Tahun Baru 2026

Ikhlas dari:
Warga MTAS & Ustaz Salleh Hamid

Alhamdulillah Syukur yang tidak terhingga.Lagi 5 org  permata AsSalihin telah berjaya menamatkan Syahadah Al-Quran 30 ju...
07/12/2025

Alhamdulillah Syukur yang tidak terhingga.

Lagi 5 org permata AsSalihin telah berjaya menamatkan Syahadah Al-Quran 30 juz dalam tempoh satu hari, tanpa satu pun kesalahan.
SubhanAllah… inilah detik yang membuat jiwa jadi sebak kerana kita menyaksikan bagaimana Al-Quran terus hidup melalui generasi yang sedang kita bina.

Doakan Kami istiqomah dan Semoga Allah swt Qobulkan dalam Usaha Agama Dan Khidmat ini

Alhamdulillāh.Pada fajar yang bening, ketika langit masih bersujud dalam hening tahajud, telah kami hadiahkan bacaan Yās...
13/11/2025

Alhamdulillāh.
Pada fajar yang bening, ketika langit masih bersujud dalam hening tahajud, telah kami hadiahkan bacaan Yāsīn dan Tahlīl buat Arwah-Arwah tercinta yang telah kembali ke pangkuan Ilahi.

Semoga setiap huruf yang dilantunkan menjadi cahaya yang menyuluh jalan mereka, menjadi penyejuk di alam barzakh, dan menjadi saksi bahawa mereka tidak pernah dilupa oleh insan-insan yang menyayangi mereka.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Curahkanlah selaut rahmat dan kesejahteraan kepada semua arwah yang namanya telah diberikan kepada kami. Luaskanlah kubur mereka, jadikanlah alam persemadian itu taman-taman syurga, dan angkatlah darjat mereka bersama hamba-hamba-Mu yang soleh.

Dan buat para penginfak yang telah menghulurkan tangan dan hati dalam membantu kami di AsSalihin
Ya Allah, bukakanlah pintu-pintu rezeki seluas langit dan bumi.
Jadikanlah setiap sen yang mereka belanjakan sebagai pahala yang tidak putus-putus.

Rahmati mereka dengan keberkatan, ketenangan, perlindungan, dan kebaikan yang berterusan
Tanamkan dalam hidup mereka benih kebahagiaan yang tumbuh tanpa henti,
dan gantikanlah segala kebaikan mereka dengan kurnia yang lebih indah daripada apa yang mereka impikan.

Ya Allah,
Jadikan majlis ini saksi kecintaan kami,
jadikan sumbangan mereka jambatan menuju rahmat-Mu,
dan jadikan hati-hati kami sentiasa rindu untuk berbuat baik.

Ameen ya Robb🤲

Alhamdullilah 4 org permata AsSalihin yg telah menamatkan Hafazan 30 Juz sepanjg Bulan Okt 2025.. Mereka bukan sekadar m...
01/11/2025

Alhamdullilah 4 org permata AsSalihin yg telah menamatkan Hafazan 30 Juz sepanjg Bulan Okt 2025..

Mereka bukan sekadar menghafaz, tetapi sedang membina akhlak, adab, dan jiwa yang tunduk kepada Allah, insyaAllah bakal menjadi pewaris perjuangan Rasulullah ﷺ dalam memimpin ummah dengan Al-Quran di hati dan di lisan.

Kami mendoakan semoga mereka menjadi:
Huffaz yang istiqamah dan Penjaga Kalamullah di dunia dan akhirat, dan Sumber pahala yang berterusan kepada semua yang menyokong perjuangan ini

Jazakumullahu khairan kepada para ibu bapa, asatizah, penginfaq, penyokong, dan seluruh keluarga besar As-Salihin yang sentiasa bersama dalam membina generasi Qurani.

Semoga setiap hela nafas hafazan ini menjadi pahala yang tidak putus, menjadi sebab turunnya rahmat, keberkatan rezeki, dan perlindungan Allah.

“Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” — HR Bukhari

Terus doakan agar lebih ramai anak bangsa menjadi pewaris Al-Quran melalui Madrasah As-Salihin.

08/10/2025

Hujan lebat telah menerbangkan bumbung Musolla utama.
Sebahagiannya runtuh menyembah bumi.

Ujian Berat Buat Madrasah As-Salihin
Petang 6hb Oct, bumi As-Salihin diuji hebat.
Ribut kencang dan hujan lebat telah menerbangkan bumbung Musolla utama.
Sebahagiannya runtuh menyembah bumi.
Inilah tempat anak-anak tahfiz kami sujud, belajar dan menghafaz kalam Allah setiap hari.
Kini, mereka kehilangan tempat solat dan belajar.
Namun kami redha…
Kerana setiap ujian besar, tanda kasih Allah – agar rumah-Nya dibangunkan semula oleh insan berhati mulia seperti anda.

---

DERMA KILAT BAIK PULIH MUSOLLA AS-SALIHIN

Kami perlukan bantuan segera untuk membaiki musolla ini agar pelajar dapat kembali belajar dan beribadah dengan selamat.

Anggaran Kos: RM280,000
Setiap sumbangan anda — walau kecil di mata manusia — amat besar di sisi Allah yang melihat setiap titisan air mata & sen yang dihulurkan.

---

🤲 Salurkan Sumbangan Anda Ke:

KOMPLEKS PENGAJIAN AS SALIHIN
MAYBANK
5550 1424 7838

📞 Atau terus hubungi Mudir Madrasah: 010-220 7865

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا
وَجَزَاكُمُ اللهُ أَحْسَنَ الْجَزَاء

Ujian Berat Buat Madrasah As-Salihin Petang 6hb Oct, bumi As-Salihin diuji hebat.Ribut kencang dan hujan lebat telah men...
08/10/2025

Ujian Berat Buat Madrasah As-Salihin

Petang 6hb Oct, bumi As-Salihin diuji hebat.
Ribut kencang dan hujan lebat telah menerbangkan bumbung Musolla utama.
Sebahagiannya runtuh menyembah bumi.

Inilah tempat anak-anak tahfiz kami sujud, belajar dan menghafaz kalam Allah setiap hari.
Kini, mereka kehilangan tempat solat dan belajar.

Namun kami redha…
Kerana setiap ujian besar, tanda kasih Allah – agar rumah-Nya dibangunkan semula oleh insan berhati mulia seperti anda.

---

DERMA KILAT BAIK PULIH MUSOLLA AS-SALIHIN

Kami perlukan bantuan segera untuk membaiki musolla ini agar pelajar dapat kembali belajar dan beribadah dengan selamat.

Anggaran Kos: RM280,000
Setiap sumbangan anda — walau kecil di mata manusia — amat besar di sisi Allah yang melihat setiap titisan air mata & sen yang dihulurkan.

---

🤲 Salurkan Sumbangan Anda Ke:

KOMPLEKS PENGAJIAN AS SALIHIN
MAYBANK
5550 1424 7838

📞 Atau terus hubungi Mudir Madrasah: 010-220 7865

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا
وَجَزَاكُمُ اللهُ أَحْسَنَ الْجَزَاء

Address

Madrasah Tahfiz As-Salihin
Seremban
70400

Telephone

+60102207865

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ustaz Salleh Hamid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share