15/05/2025
*PROGRAM IBADAH QURBAN 2025 / 1446H*
Ibadah Qurban bukan sekadar penyembelihan haiwan, tetapi lambang ketaatan dan cinta seorang hamba kepada Tuhannya, seperti yang dicontohi oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Kisah ini dirakam indah dalam al-Quran:
[ Surah as–Saffat, Ayat 102 ]
Maksudnya:
“Maka ketika anak itu sampai (ke peringkat umur) yang membolehkannya berusaha bersama-sama dengannya, (Nabi Ibrahim) berkata: ‘Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah, apakah pendapatmu?’ (Ismail) menjawab: ‘Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati aku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.”
Penyertaan Kini Dibuka
PMIM/JKIM dengan sukacitanya menjemput seluruh warga Islam Malaysia Aviation Group (MAG) untuk menyertai ibadah Qurban tahun ini yang akan dilaksanakan di dua pilihan lokasi seperti berikut:
*1 Bahagian Lembu*
1)PMIM
RM850.00 https://forms.office.com/r/3kCWtKDuna
2)Vietnam
RM400.00 https://forms.office.com/r/3JzQJawf1v
Tarikh tutup penyertaan: 30 Mei 2025
Kenapa kita berQurban?
Kerana ia adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebagai lambang ketaatan dan pengabdian yang tidak berbelah bahagi. Dalam setiap titisan darah yang mengalir, terselit rasa syukur atas segala nikmat, serta keikhlasan hati dalam memberi, bukan kerana menunjuk, ikhlas hanya kerana cinta kepada Allah SWT.
Ibadah Qurban juga menjadi latihan jiwa dalam mendidik sifat pemurah dan empati, menyemai rasa prihatin terhadap kesusahan insan lain. Daging yang disembelih bukan sekadar untuk dinikmati, tetapi untuk dikongsi, demi menggembirakan golongan asnaf dan komuniti yang memerlukan.
Inilah makna sebenar Qurban, bukan sekadar menyembelih, tetapi menyucikan jiwa dan mengangkat darjat taqwa.
Hayatilah semangat Qurban. Biarlah darah yang mengalir menjadi saksi keikhlasan hati, dan moga setiap bahagian menjadi bekal pahala menuju akhirat.
–––––––––––––––––––––––––––––––––––––––
Pusat Muktamar Islam Malaysia Airlines (PMIM)
Jawatankuasa Kebajikan Islam MAB (JKIM)