07/08/2025
✨ PENCARIAN PESERTA JELAJAH CATURMATIK : SURAU RAUDATHUL JANNAH KITA MEKAR ✨
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلَامُ عَلَيْڪُمُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Komuniti Surau Raudhatul Jannah Kita Mekar, Cybersouth dengan kerjasama Rocksolid Technology Solutions Sdn. Bhd. akan menganjurkan Program Jelajah Caturmatik iaitu program yang menggabungkan keseronokan catur dan matematik dengan pendekatan interaktif dan menyeronokkan!
Maklumat program adalah seperti berikut:
📅: 11 Oktober 2025 (Sabtu)
⏰: 8.30 Pagi - 1.30 Petang
📍: Surau Raudhatul Jannah Kita Mekar, Cybersouth
📌 Yuran penyertaan :
- RM 50 = Yuran Sahaja
- RM 99 = Yuran + Set Caturmatik
📌 Penyertaan terbuka kepada murid yang berumur 7-12 tahun sahaja
📌 Peserta yang belum mengetahui caturmatik dialu-alukan untuk menyertainya
Jom rebut peluang untuk belajar dan bermain dalam suasana penuh keceriaan sambil mengasah minda dan kreativiti!
Scan QR code untuk maklumat lanjut dan pendaftaran atau klik link berikut : https://forms.gle/5m84YEKAzjxFj5zW8