Pembinaan Masjid Kota Warisan Sepang

Pembinaan Masjid Kota Warisan Sepang Page Wakaf & Infaq Pembinaan Masjid Kota Warisan Sepang

09/08/2025
Biar Tahu, Jangan Keliru!Alhamdulillah hari ni Dato' Prof. Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah digandingkan dengan Da'i Aiman u...
09/08/2025

Biar Tahu, Jangan Keliru!

Alhamdulillah hari ni Dato' Prof. Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah digandingkan dengan Da'i Aiman untuk membicarakan dan menjawab semua persoalan berkaitan dengan "Golongan Celaka Dalam Al-Quran" di segmen Tanyalah Ustaz.

Perkongsian dan tadabbur pagi ini memang luarbiasa, menghadirkan keinsafan dan iltizam dalam diri supaya tidak tergolong dalam kalangan mereka yang dicelakakan.

Dari' juga turut berkongsi dengan semua ibu ayah yang menonton Tanyalah Ustaz pagi tadi tentang perkembangan Pembinaan Masjid Kota Warisan Sepang yang kini telah berjaya mengumpul RM12.3 juta. Alhamdulillah setelah tiga tahun berusaha, kini Masjid Kota Warisan yang dinanti-nantikan telah selesai proses siasat tanah dan kini sedang menunggu kebenaran merancang. Tak lama lagi, dapat lah kita lihat Masjid Kota Warisan mula dibina di tapak ini.

Jom! Sama-sama kita infak dan wakaf. Jangan sampai tertinggal dan terlepas peluang letak saham akhirat kita di sini!

Alhamdulillah selesai bersiaran di TV Al-Hijrah bagi mempromosikan Dana Pembinaan Masjid Kota Warisan . Ayuh kita Infak ...
06/07/2025

Alhamdulillah selesai bersiaran di TV Al-Hijrah bagi mempromosikan Dana Pembinaan Masjid Kota Warisan . Ayuh kita Infak dan Wakaf!

23/05/2025

Perkongsian hebat daripada Prof. Dato' Dr. Haji Mohd Farid Ravi Bin Abdullah tentang Doa 🤲

Meminta Pada Ilahi.Ayuh telusuri adab berdoa, hubungan kita dengan Allah, pengabulan hajat dan sebagainya yang berkaitan...
23/05/2025

Meminta Pada Ilahi.

Ayuh telusuri adab berdoa, hubungan kita dengan Allah, pengabulan hajat dan sebagainya yang berkaitan dengan MEMINTA PADA ILAHI.

Jom di Tanyalah Ustaz pagi ini. Menjawab segala kemusykilan anda bersama Duta Pembinaan Masjid Kota Warisan Sepang, Prof. Dato' Dr. Haji Mohd Farid Ravi Bin Abdullah

Dibawakan oleh Pembinaan Masjid Kota Warisan Sepang.

Alhamdulillah, ini lah dia En.Zuber, Setiausaha Pembinaan Masjid Kota Warisan Sepang yang sering berkumandang suaranya d...
22/05/2025

Alhamdulillah, ini lah dia En.Zuber, Setiausaha Pembinaan Masjid Kota Warisan Sepang yang sering berkumandang suaranya di corong radio IKIMfm . Tak pernah kenal lelah dan jemu bersama dengan jawatankuasa Pembinaan Masjid Kota Warisan Sepang untuk menjalankan segala gerak kerja, termasuk inisiatif promosi, untuk mendirikan rumah Allah di Sepang ini.

Semoga Allah membalas jasa beliau, ahli jawatankuasa, ustaz-ustaz, Duta-duta, agensi, dan semua tangan yang terlibat dalam membantu mencapai hasrat membina Masjid Kota Warisan Sepang, terutamanya anda semua yang berinfak dan berwakaf. Dengan kehadiran anda semua, perjalanan yang jauh dan beranjau ini masih dapat untuk kami gagahi.

Ayuh, kita realisasikan hasrat, kita bina rumah Allah. Jom infak dan wakaf untuk Masjid Kota Warisan, Sepang.

31/03/2025

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Kami seluruh Jawatankuasa Pembinaan Masjid Kota Warisan, Sepang, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, ampun maaf dipinta.

Ayuh raikan kejayaan kita, sesungguhnya hari ini adalah hari kemenangan kita!

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah berwakaf, berinfak, berkongsi, dan membantu dalam pelbagai cara lagi untuk kami jayakan Pembinaan Masjid Kota Warisan Sepang. InShaaAllah, semua kebaikan tuan-tuan dan puan-puan akan menjadi pahala jariah yang berkekalan.

Selamat Hari Raya!

اللّهُ أكبر، اللّهُ أكبر، اللّهُ أكبر
لا إلَهَ الا اللّه، اللّهُ أكبر
اللّهُ أكبر ولِلّه الحمدَ

29/03/2025

Alhamdulillah selesai bersiaran semalam di Malaysia Hari Ini MHI TV3 . Seperti biasa, kita diwakilkan oleh Imam Abdul Muhaimin bersiaran di TV3 untuk mempromosikan Dana Pembinaan Masjid Kota Warisan Sepang. InShaaAllah semoga wakaf dan infak kita semua menjadi saham akhirat yang berpanjangan.

22/11/2024
25/10/2024

Jom Jom! kita tengok Duta kita Imam Muhaimin bin Dato Syeikh Roslan di TV3. Ada extra hensem tak gaya Ustaz hari ni? 😆

Alhamdulillah, Ahad malam pun kita masih dapat kumpulkan kesemua AJK Pembinaan Masjid Kota Warisan untuk meeting!Malam n...
13/10/2024

Alhamdulillah, Ahad malam pun kita masih dapat kumpulkan kesemua AJK Pembinaan Masjid Kota Warisan untuk meeting!

Malam ni kami sama-sama perah otak fikir cara nak mencapai impian kami membina Masjid Kota Warisan Sepang, masjid pertama di sini!

Terima kasih juga kepada agensi media pilihan kami yang sentiasa komited Q Ads Media Mohd Hazrul Rabu Salwa Md Salleh Izlan Effendi

Address

35-2, Jalan Warisan Megah 1/5, Kota Warisan
Sepang
43900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pembinaan Masjid Kota Warisan Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pembinaan Masjid Kota Warisan Sepang:

Share

Category