01/09/2026
🇲🇾🏕️ VISTA MEGA CAMPING 2.0 – MERDEKA CAMPING 🏕️🇲🇾
Alhamdulillah, satu pengalaman yang penuh kenangan! ❤️
Vista Mega Camping 2.0 – Merdeka Camping anjuran Vista Adventure Team (V.A.T.) telah berlangsung selama 3 hari 2 malam, dengan penyertaan daripada pelbagai persatuan dan komuniti.
Turut bersama memeriahkan program ialah Surau Al Ihsan Desa Vista 🤲🏻✨
Bukan sekadar camping dan aktiviti santai, tetapi menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah, membina persahabatan, berkongsi ilmu dan menyampaikan dakwah dengan cara yang unik dan santai.
🏕️ Berkhemah bersama
🤝 Mengukuhkan ukhuwah
❤️ Membina silaturahim
📖 Menyemai nilai dakwah
🇲🇾 Menghayati erti kemerdekaan
Tiga hari dua malam yang penuh dengan senyuman, cabaran, gelak tawa dan kenangan yang pasti akan dikenang.
Semoga ukhuwah yang terjalin terus kekal dan menjadi asbab untuk kita lebih dekat kepada Allah. 🤲🏻
Merdeka jiwa, teguh iman! 🇲🇾
Ukhuwah disemai, dakwah disampaikan! ❤️