Badar Sambbst

Badar Sambbst KE ARAH MEMBINA GENERASI MUKMIN CEMERLANG

❤🤜🤛
02/03/2021

❤🤜🤛

06/05/2020
23/04/2020

Assalamualaikum 😊 Salam sejahtera buat semua.Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan izin & inayahnya dapat kita bertemu bulan Ramadhan,bulan yang barakah✨.Marilah sama ii kita ringankan diri untuk melakukan amal ibadah lillahi ta’ala.
terdapat sebuah hadith yang sahih sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari RA di dalam kitabnya:
.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
.
Mafhumnya: "Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan karena keimanan dan mengharapkan redha daripada Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah lalu”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 36]
Subhanallah😭,sangat besar pengampunan & maghfirah-Mu ke atas kami Ya Allah😔.Di sini,kami pihak Majlis Eksekutif BADAR ingin melancarkan satu kempen pada bulan Ramadhan "KEMPEN JOM JADI IMAM TERAWIH BERSAMA KELUARGA".Ingin mengajak kepada putera ii SAM BBST untuk menjadi imam ketika terawih bersama keluarga.Program ini bertujuan untuk kita (pelajar putera) beserta keluarga bersama-sama mendapat Rahmat daripada Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah bahawasanya Nabi SAW bersabda : Maksudnya : "Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat."
Riwayat Muslim (1509)
Di dalam riwayat lain juga menyatakan : Maksudnya : "Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat kalian yang secara bersendirian sebanyak 25 bahagian.”
Riwayat Muslim (1504)
Imam Al-Nawawi menyebut bahawa sama ada 25 atau 27 bahagian adalah berdasarkan keadaan solat dan orang yang menunaikannya. Ada yang dapat 25 darjat dan ada yang dapat 27 berdasarkan kesempurnaan solatnya dan sejauh mana dia menjaga solat secara berjemaah. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 4/183)
daripada dalil ini,sudah jelaslah bahawa besarnya ganjaran Allah bagi kita yang menunaikan solat secara berjemaah.Jadi marilah wahai putera ii yang gagah,marilah kita menjadi imam terawih!! kerana dibulan ramadhan inilah salah satu pelung untuk kita mengumpul BEKAL KETIKA AKHIRAT.

*PROGRAM TADARUS & KHATAM AL QURAN PERDANA ONLINE(KQP-O) KEBANGSAAN 1441H*Assalamualaikum.. Kepada semua peserta KQP-O y...
20/04/2020

*PROGRAM TADARUS & KHATAM AL QURAN PERDANA ONLINE(KQP-O) KEBANGSAAN 1441H*

Assalamualaikum.. Kepada semua peserta KQP-O yang dirahmati Allah swt.

Ramadhan ini , *BADAR SAM Rawang* dengan kerjasama *BADAR SEKOLAH-SEKOLAH SEMALAYSIA* akan mengadakan mengadakan program mega tersebut seperti dalam butiran dibawah:

🗓️ *24 April - 10 Mei 2020* _bersamaan_ *01-17 Ramadhan 1441H*
⌚ *10.00 pm*
💻 Aplikasi *GOOGLE MEET*
👳🏻‍♀️ *SELURUH PELAJAR DI MALAYSIA*

Kaedah pelaksanaan :

✅Setiap peserta perlu mendaftar dalam *google form* seperti link di bawah:
https://forms.gle/nvxiLkLpJq4MkQ6G9

✅Kumpulan peserta akan dimaklumkan melalui *email.*

✅ Setiap kumpulan tadarus akan diketuai oleh:
👨🏻‍🎓seorang *host* selaku *pengelola google meet* dan;
👳🏻‍♀️seorang pelajar Hafiz Quran selaku *penyemak bacaan.*
_Hal ini menepati syarat2 bagi melaksanakan *Majlis Khatam Al-quran* iaitu setiap individu mestilah *membaca, menyemak* dan *mendengar* bacaan individu yang lain dalam satu kumpulan._
_(rujuk pautan : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4376-irsyad-al-fatwa-siri-ke-471-hukum-membahagikan-bacaan-al-quran-mengikut-juzuk)_

✅Bacaan live tadarus akan berlangsung di *google meet* ( _link_ dan _code_ akan diberikan sehari sebelum tadarus bermula)

✅Bagi menjaga keselesaan dan kemaslahatan peserta lelaki dan perempuan, kumpulan tadarus akan diasingkan mengikut jantina.

✅Kemuncak program pada 17 Ramadhan 1441H iaitu *MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA ONLINE SECARA LIVE*

✅Pentadbir dan guru-guru BADAR sekolah-sekolah dialu-alukan menyertai program Tadarus & Khatam Al Quran Perdana Online yang akan diadakan pada *01-17 Ramadhan 1441H bersamaan 24 April - 10 Mei 2020.*

Sebarang pertanyaan boleh merujuk:
👳🏻‍♀️En.Abdul Hidir (013-6910522)
🧕🏻Pn.Robiatul Adawiah (013-2768283)
👨🏻‍🎓Al Amin Khirudin (016-8151741)

Salam 17 Syaaban semua🌚. Apakah persiapan kita sebelum bertemu Ramadhan?Jom kita buat checklist sama2,masih ada masa.Ikh...
11/04/2020

Salam 17 Syaaban semua🌚. Apakah persiapan kita sebelum bertemu Ramadhan?Jom kita buat checklist sama2,masih ada masa.
Ikhlaskan niat kita kerana Allah😊

1)Pastikan kita dah ganti puasa yang kita hutang,wajib untuk muslim menunaikan kefardhuan berpuasa. Dalam sebuah firman Allah Azza Wajjal: "Wahai orang orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa seperti mana yang telah diwajibkan keatas orang orang sebelum kamu supaya kamu bersyukur" 🙂.
-
2)Tak lupa juga untuk kita semak semula ilmu fiqh Ramadhan (hukum-hakam) dan amalan2 sunat, perkara makruh, dan yang haram dilakukan pada bulan Ramadhan nanti. Boleh rujuk ig mufti☺️. -
3)Biasakan bangun malam, puasa sunat, istighfar, infaq, berselawat dan cubalah sedaya upaya untuk mengurangkan dosa dosa anggota kita seperti mulut, tangan, kaki dan sebagainya. Kalam ulama' menukilkan ; "Bermujahadah fi Sabilillah memang tidak dijanjikan mudah, akan tetapi berusahalah dengan sebenar benar keikhlasan hati demi Syurga Firdausi.
-
4) Jagalah kesihatan semaksimanya agar tubuh kita berkemampuan untuk beribadah dengan lebih pada Ramadhan kelak. Memetik sebuah hadith Rasulullah ; "Kamu mempunyai tanggungjawab dalam menunaikan hak keatas tubuh kamu" (riwayat Bukhari.)
-
5)Sentiasa masukkan doa ni dalam doa- doa yang kita pinta :
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي، وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ .
Walaupun kita sedang menangani pendemik covid-19, kita masih dikurniakan ruang dan peluang dalam beribadah kepadaNya.
_____________________________________________________
Besar harapan kami agar peringatan tulus ini dapat membantu kita dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi Bulan Ramadhan, Bulan Keampunan. Semoga kita semua dikurniakan rezeki Ramadhan pada tahun ini, biiznillah. Amiin ya Rabbal Alamin.

Semoga bermanfaat🌜

Address

Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang
43900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badar Sambbst posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Badar Sambbst:

Share