06/07/2024
ORANG YANG BERIMAN BAGAIKAN AIR YANG MENGHIDUPKAN
أَنزَلَ مِنَ السَّماءِ ماءً فَسالَت أَودِيَةٌ بِقَدَرِها فَاحتَمَلَ السَّيلُ زَبَدًا رابِيًا ۚ وَمِمّا يوقِدونَ عَلَيهِ فِي النّارِ ابتِغاءَ حِليَةٍ أَو مَتاعٍ زَبَدٌ مِثلُهُ ۚ كَذٰلِكَ يَضرِبُ اللهُ الحَقَّ وَالباطِلَ ۚ فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذهَبُ جُفاءً ۖ وَأَمّا ما يَنفَعُ النّاسَ فَيَمكُثُ فِي الأَرضِ ۚ كَذٰلِكَ يَضرِبُ اللهُ الأَمثالَ
Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Ar-Ra'd:17)
Agama Islam adalah agama yang indah dan agama yang menyebarkan kebaikan keseluruh alam. Orang yang beriman dengan sebenar-benarnya pada agama Allah bagaikan air yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan. Mereka memberi manfaat kepada dirinya sendiri dan juga orang lain.
Orang beriman itu bagaikan air yang menghidupkan seumpama air hujan yang turun dari langit yang membasahi tanah yang memberi manfaat besar kepada manusia dan haiwan.
Sebaliknya bagi orang kafir, mereka sama sekali tidak bermanfaat pada dirinya sendiri apatah lagi pada orang lain. Seumpama buih yang terhasil dalam pembuatan logam, ia kemudian disingkirkan.
Marilah kita menjadi orang yang beriman yang bermanfaat pada diri sendiri dan orang lain. Marilah sebarkan kebaikan dan keindahan agama Islam ke seluruh alam. Kerana sesungguhnya keperibadian Muslim yang baik akan dapat menambat dan menarik hati-hati orang bukan Islam untuk masuk dalam agama Islam yang indah ini.
SALAM MAAL HIJRAH!
JOM SEBARKAN ILMU!
SEMOGA BERMANFAAT!