Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai - LTAS

Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai - LTAS Dibina berhadapan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai atau Senai International Airport Mosque ialah masjid utama yang berada berhadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

07/01/2020

Teguran Rasulullah Buat Ahli Masjid
============
1. Dalam sebuah hadith, Rasulullah pernah berpesan bahawa akan datang satu masa nanti, manusia kelihatan solat di masjid tetapi mereka sebenarnya tidak beriman. Sabda Rasulullah:

يأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَجْتَمِعُونَ وَيُصَلُّونَ فِي الْمَسَاجِدِ وَلَيْسَ فِيهِمْ مُؤْمِنٌ

“Akan datang pada manusia satu zaman (dimana) mereka berkumpul dan menunaikan solat di masjid, tetapi tidak ada dikalangan mereka pun yang beriman.” (HR al-Hakim)

2. Hadith ini mengingatkan kepada kita bahawa mereka yang datang ke masjid ini seharusnya memberikan fokus kepada urusan keimanan dan meninggalkan dunia. Jangan ada yang ke masjid, tetapi hati masih terpaut pada dosa dan dunia. Rasulullah pernah bersabda:

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَجْلِسَ النَّاسُ فِي الْمَسَاجِدِ لَيْسَ فِيهِمْ مُؤْمِنٌ حَدِيثُهُمُ الدُّنْيَا

“Tidak akan datangnya hari kiamat sehinggalah manusia duduk di dalam masjid dan tiada dikalangan mereka pun yang beriman bahkan bicara mereka hanyalah berkenaan dengan dunia sahaja.” (HR al-Hakim, Ibn Abi Syaibah)

3. Hati yang terpaut dengan dosa akan mengikis keimanan di dalam jiwa. Atas sebab itu Rasulullah menegaskan bahawa mereka yang melakukan dosa seolah-olah mereka itu tidak beriman. Sabda Rasulullah:

لاَ يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَشْرَبُ الخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ

“Tidaklah seorang yang berzina itu dia berzina dalam keadaan dia beriman. Dan tidaklah seorang yang minum arak itu, ketika dia minum arak dia berada dalam keadaan beriman.” (HR al-Bukhari)

4. Menurut al-Imam Ibn Hajar, hadith ini menafikan keimanan seseorang ketika mereka sedang melakukan dosa. Iaitu ketika seseorang melakukan dosa atau hati berpaut pada dosa, keimanan mereka berada dalam tahap yang sangat rendah, atau barangkali tiada.

5. Atas sebab itu Rasulullah mengingatkan kepada kita agar membersihkan jiwa ketika datang ke masjid. Datang ke masjid dengan aqidah yang benar, bukan terpesong atau terkeliru dengan pemikiran liberal yang merosakkan seperti hari ini. Berikan tumpuan terhadap perkara keimanan dan urusan yang utama buat umat Islam.

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

15/11/2019

Pesanan buat imam

Hilangnya AMANAH adalah tanda-tanda dekatnya KIAMAT
07/10/2019

Hilangnya AMANAH adalah tanda-tanda dekatnya KIAMAT

Nota: Bagi yang ingin menyumbang untuk kos pengurusan & operasi bulanan AKS , boleh salurkan sumbangan anda ke dalam akaun di bawah, Maybank ( Abu Khadijah )...

19/08/2019

Syarat wajib:
a. Sekurang – kurangnya mempunyai pendidikan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu Agama Islam dan Bahasa Arab atau Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama Malaysia
b. Berkemahiran dalam bidang hafazan Al Quran dengan Taranum yang baik
c. Pernah menjadi Imam / bilal atau pembantu imam / bilal

Keutamaan:
a. Pemegang Diploma atau Ijazah dalam bidang Islamiah dari mana – mana universiti di Malaysia atau luar negara
b. Fasih berbahasa Arab
c. Berkemahiran dalam bidang muamalat
d. Seorang hafiz / kebolehan menghafaz Al-Quran
e. Kebolehan berkomunikasi dengan baik dalam bahasa – bahasa lain selain bahasa Melayu, Inggeris dan Arab
f. Kebolehan menggunakan komputer
g. Seorang yang bermotivasi tinggi
h. Berkemahiran dalam bidang takmir masjid
i. Boleh bekerja dengan pengawasan yang minima
j. Ingin belajar perkara yang baru dan bersifat kreatif

Sekitar Majlis korban - sesi melapah dan membungkus daging korban.
11/08/2019

Sekitar Majlis korban - sesi melapah dan membungkus daging korban.

سلام عيد العضحى
11/08/2019

سلام عيد العضحى

siri motivasi Al quran
01/08/2019

siri motivasi Al quran

sembah takzim dari kami warga masjid LTAS moga tuanku Agong sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.
29/07/2019

sembah takzim dari kami warga masjid LTAS moga tuanku Agong sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.

26/07/2019

INTISARI KHUTBAH JUMAAT NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM

TARIKH: 23 Zulkaedah 1440/26 Julai 20l9
TAJUK: Islam Semakin Asing

1. Firman Allah dalam Surah Hud ayat 116 bermaksud: "Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakn dahulu dpd kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka...”.

2. Peringatan Rasulullah SAW tentang tibanya zaman di mana islam di anggap asing; orang menyeru kepada kebaikan di anggap ketinggalan zaman; orang mencegah kemungkaran di anggpa jaga tepi kain orang dan lain-lain.

3. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaimana ia bermula maka beruntunglah orang yang asing".
(HR: Imam Muslim)

4. Rasulullah SAW bersabda lagi bermaksud: "Beruntunglah orang-orang yang terasing. Lalu sahabat bertanya wahai Rasulullah, siapakah orang yang terasing itu? Rasulullah SAW menjawab: orang-orang soleh yang berada di tengah banyaknya orang-orang yang melakukan kejahatan, orang yang menderhaka lebih banyak daripada orang yang taat".
(HR: Imam Ahmad)

5. Pada akhir zaman: hanya kumpulan kecil yang menyeru kepada maaruf; mereka berjuang menegakan kebenaran; mengajak kepada ajaran Al-Quran & Al-Sunnah; sabar atas celaan; tidak takut kepada ancaman.

6. Sejarah perjuangan Rasulullah terhadap risalah islam: di anggap asing; ditentang hebat kafir quraish Mekah; pelik oleh masyarakat jahiliyah; Rasulullah menentang berhala-berhala amalan syirik dan perkara khurafat; menentang penzinaan adat dann budaya jahiliyah; sahabat dihina disiksa dibunuh.

7. Keasingan islam dalam msyrakat kini: nilai-nilai islam semakin terhakis; dosa-dosa besar dianggap biasa; berlaku kemaksiatan secara terang-terangan; orang-orang jahil bicara tentang islam.

8. Asingnya islam: umat islam abaikan kewajipan beribadat; jahil hukum halal haram; perkara maaruf dianggap munkar dan sebaliknya; kebenaran dan kebatilan dicampur adukan; lebih percaya hukum ciptaan manusia; umat islam dihina sedang yang lain perhatikan sahaja; ada umat islam yang tidak menghormati agamanya sendiri.

9. Muhasabah diri: berani pertahankan islam; memperjuangkan dan menegaknnya; bersatu atas nama islam; berpegang ajaran Al-Quran/Sunnah/Ijma'/Qias; keazaman tinggi lindungi kesucian islam.

10. Firman Allah dalam Surah As-Saff ayat 9 bermaksud: "Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama islam) untuk di menangkan dan di tinggikannya atas segala agama yang lain walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya".

Address

No. 72653, Jalan Lapangan Terbang
Senai
81400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai - LTAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category