31/08/2026
Rugi jika masuk kubur tanpa bekal.
Sementara Allah masih memberikan kesempatan masa, ubah sedikit demi sedikit pembahagian masa hidup kita.
Kalau dahulu banyak masa untuk dunia, berikan p**a masa kepada Al-Quran. Kalau dahulu mudah keluar kerana urusan dunia, sekarang mula biasakan kaki menuju masjid.
Kalau dahulu malam hanya untuk tidur dan hiburan, cuba sisihkan beberapa minit untuk tahajjud. Kalau dosa dah bertahun-tahun terkumpul, jangan berputus asa — banyakkan istighfar dan taubat.
Kalau harta banyak digunakan untuk diri sendiri, mula sediakan bahagian untuk sedekah dan akhirat.
Tidak perlu menunggu menjadi sempurna untuk bermula. Yang penting kita sempat BERMULA.
Cukuplah dunia mengambil begitu banyak masa kita.
Baki umur ini, berilah lebih banyak kepada Allah.
Dekatkan diri dengan Al-Quran, hidupkan masjid, bangun malam, perbanyakkan taubat dan amal soleh.
Jangan sampai kita sibuk memperindah kehidupan yang akan ditinggalkan, tetapi lupa mempersiapkan kehidupan yang tidak akan berakhir.
Kerana kerugian terbesar bukan kehilangan harta di dunia, tetapi sampai ke kubur lalu mendapati bekal kita terlalu sedikit.
Mulakan sekarang.
Kerana kita tidak tahu solat mana yang terakhir.
Kita tidak tahu Subuh mana yang terakhir.
Kita tidak tahu Ramadan mana yang terakhir.
Dan kita tidak tahu bila kali terakhir kita sempat berkata:
“Ya Allah, ampunkan aku.”
Akhirnya, dunia bukan tempat kita mengumpulkan segala-galanya. Dunia ialah tempat mengumpulkan bekal untuk perjalanan yang sebenar. JANGAN tertipuu..