04/03/2021
S A L A M S A Y Y I D U L A Y Y A M.
S E B A R K A N K E B A I K A N
D I S E B A L I K U J I A N.
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran ayat 139)
Dalam kehidupan di dunia ini setiap manusia tidak akan lari daripada melalui pelbagai ujian hidup dalam pelbagai bentuk. Setiap ujian pastinya tidak akan sama antara satu sama lain. Bagaimanapun apa juga bentuk ujian itu tidak penting kerana apa yang penting bagaimana manusia berhadapan dan menerima ujian yang mendatanginya.
Pada saat kita berdepan dengan pelbagai rintangan kehidupan, itulah waktunya kita membekalkan sebanyak mungkin kesabaran, ketabahan, redha dan kembali kepada Allah dengan doa serta solat agar setiap amal kebaikan yang kita lakukan saat berdepan musibah itu dihitung Allah sebagai amal jariah kita untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala yang akan memberatkan amal timbangan kita di akhirat nanti.
Salam jumaat dan selamat menunaikan solat fardu jumaat. Moga Allah menerima amal ibadah kita serta memakbulkan setiap doa dan hajat2 kita semua inshaallah aamiin ya rabbal 'alaamiin 🌹