Masjid Saiyidina Umar Kampung Sarang Buaya

Masjid Saiyidina Umar Kampung Sarang Buaya Menyampaikan maklumat rasmi berkaitan aktiviti masjid, kuliah, program komuniti dan sebagainya.

Tiadalah bau syurga (yang baunya boleh dihidu dari jarak 1,000 tahun) bagi mereka yang mempelajari ilmu hanya untuk hart...
07/12/2025

Tiadalah bau syurga (yang baunya boleh dihidu dari jarak 1,000 tahun) bagi mereka yang mempelajari ilmu hanya untuk harta benda dan pengaruh.

Imam Al-Ghazali dan alim ulama membahagikan penuntut-penuntut ilmu kepada 3 golongan:

1. Orang yang menuntut ilmu kerana Allah dan untuk keselamatannya di akhirat; maka dia adalah orang yang berjaya.
2. Orang yang menuntut ilmu untuk mendapat kemuliaan dan harta, kemudian menyedari kesalahan dalam niatnya, maka dia bertaubat; maka dia adalah orang yang berjaya.
3. Orang yang menuntut ilmu dengan tujuan mendapatkan kemuliaan dan harta, dengan menyangka bahawa dia mempunyai kedudukan yang tinggi disisi Allah SWT; maka dia dari golongan yang binasa.

3 cabang ilmu yang wajib dipelajari setiap muslim adalah ilmu akidah, fiqh dan ibadah.

Antara pesanan dari ahli-ahli hikmah, โ€œTuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad.โ€ Semoga kita semua dikurniakan kesabaran di dalam menuntut ilmu dan mengamalkannya.

Sumber: Mustika Hadith Rasulullah SAW (Mukaddimah dan Jilid Pertama)

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian" (Surah Al-Asr: 1-2)Waktu tidak menunggu. Jam masjid sudah diselaras...
07/12/2025

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian" (Surah Al-Asr: 1-2)

Waktu tidak menunggu. Jam masjid sudah diselaraskan, hati kita bila lagi?

Jom ke masjid.

Rapatkan saff, kukuhkan ukhuwah.

04/07/2025

INFO GRAFIK KHUTBAH JUMAAT
PADA HARI INI

KHUTBAH JUMAAT

TAJUK : HIDUP UMPAMA MENGGENGGAM BARA API
TARIKH : 04 JULAI 2025 |
8 MUHARAM 1447H
HARI : JUMAAT

27/06/2025
21/02/2025

INFOGRAFIK KHUTBAH JUMAAT PADA HARI INI

"๐ˆ๐ฌ๐ข ๐‡๐š๐ญ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ, ๐ƒ๐ž๐ค๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก! ๐Ÿ“–"Jom hadir ke majlis ilmu "Wanita: Iddah dan Hak-hak Isteri" bagi me...
17/02/2025

"๐ˆ๐ฌ๐ข ๐‡๐š๐ญ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ, ๐ƒ๐ž๐ค๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก! ๐Ÿ“–"

Jom hadir ke majlis ilmu "Wanita: Iddah dan Hak-hak Isteri" bagi menambah kefahaman mengenai tempoh iddah dan hak-hak isteri serta hal-hal berkaitan menurut agama Islam.

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 18 Februari 2025 (Selasa)
๐Ÿ•ฐ๏ธ Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
๐Ÿ“ Lokasi: Masjid Sayidina Umar, Kampung Sarang Buaya, Semerah
๐Ÿง• Penceramah: Ustazah Syima Nadzri (Peguam Syariah dan Undang-undang Islam; Guru Takmir Daerah Muar)

Mengetahui hak-hak isteri bakal membantu kita melayari bahtera perkahwinan dengan lebih sempurna dan diberkati.

Ajak sahabat & keluarga โ€“ pendaftaran adalah ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€!

โœจ ๐‘ซ๐’‚๐’•๐’‚๐’๐’ˆ ๐’…๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’‰๐’‚๐’•๐’Š ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’๐’‚๐’‘๐’‚๐’๐’ˆ, ๐’‘๐’–๐’๐’‚๐’๐’ˆ ๐’…๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’Š๐’๐’Ž๐’– ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’•๐’†๐’“๐’‚๐’๐’ˆ! โœจ

Sebarkan & semua muslimat dijemput hadir! ๐Ÿ“ข๐Ÿ’–

โœจPengumuman Penting โœจAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Halaman ini merupakan halaman baharu bagi Masjid Saiyidi...
17/02/2025

โœจPengumuman Penting โœจ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Halaman ini merupakan halaman baharu bagi Masjid Saiyidina Umar Kampung Sarang Buaya yang mana sebelum ini segala informasi dan aktiviti masjid dihebahkan melalui https://www.facebook.com/masjidSaiyidinaUmar

Halaman baharu dicipta atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Segala makluman terkini mengenai aktiviti masjid, kuliah agama, dan program komuniti akan dikemaskini di halaman ini.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan dari pihak kalian. Semoga dengan perubahan ini, silaturahim antara kita semakin erat dan mendapat keberkatan-Nya.

Jazakumullah Khairan.

Jom pakat-pakat LIKE dan SHARE ๐Ÿ‘

17/02/2025

โœจ Selamat Datang ke Laman Rasmi Facebook Masjid Saiyidina Umar Kampung Sarang Buaya โœจ

Marilah kita bersama-sama memakmurkan rumah Allah dengan solat berjemaah, majlis ilmu, dan aktiviti kerohanian. Semoga setiap langkah ke sini diberkati dan setiap amalan diterima oleh-Nya.

โค๏ธ โ€œSesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian...โ€ (Surah At-Taubah, Ayat 18)

Jom rapatkan saf, eratkan ukhwah!

Address

KM 33 Jalan Muar-Batu Pahat, Sarang Buaya Semerah, Muar
Semerah
83600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Saiyidina Umar Kampung Sarang Buaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category