Surau Ar-Raudhah Eco Majestic

Surau Ar-Raudhah Eco Majestic No Pendaftaran Surau dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS):

JAIS.BPM.600-5/13/465

06/09/2026

Pengajian Akidah

Disampaikan oleh Ustaz Hafiz Al-Za'farani

05/09/2026
Sekitar Karnival Maulidur Rasul Surau Ar-Raudhah Eco Majestic 2026 🌙✨Alhamdulillah, suasana meriah bersama ahli kariah d...
05/09/2026

Sekitar Karnival Maulidur Rasul Surau Ar-Raudhah Eco Majestic 2026 🌙✨

Alhamdulillah, suasana meriah bersama ahli kariah dan keluarga sepanjang program.

Tahniah kepada anak-anak kariah yang memenangi Pertandingan Mewarna serta para pemenang Cabutan Bertuah! 🎨🎁

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan karnival. Semoga ukhuwah terus erat dan kasih kepada Rasulullah ﷺ terus subur dalam hati kita.

ALHAMDULILLAH, SELESAI KARNIVAL MAULIDUR RASUL 2026 🌙✨Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Kar...
05/09/2026

ALHAMDULILLAH, SELESAI KARNIVAL MAULIDUR RASUL 2026 🌙✨

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Karnival Maulidur Rasul Surau Ar-Raudhah Eco Majestic 2026 yang telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna.

Pihak Surau Ar-Raudhah Eco Majestic merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para panelis, penceramah, moderator, tetamu jemputan, kumpulan nasyid, para peniaga booth, sukarelawan, urus setia, penyumbang serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Tidak dilupakan juga kepada seluruh ahli kariah, ibu bapa, anak-anak dan para pengunjung yang hadir memeriahkan karnival ini. Kehadiran dan sokongan anda semua amat kami hargai. ❤️

Semoga segala usaha, tenaga, masa dan sumbangan yang diberikan dikira sebagai amal soleh serta mendapat ganjaran yang terbaik daripada Allah SWT.

Mudah-mudahan sambutan ini terus menyuburkan rasa cinta kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, mengeratkan ukhuwah dan membina masyarakat yang lebih dekat dengan masjid dan surau.

جزاكم الله خيراً كثيراً
Jazakumullahu Khairan Kathira.

Jumpa lagi dalam program-program akan datang, insya-Allah.

Surau Ar-Raudhah Eco Majestic

KULIAH MAGHRIB📍 Lokasi: Surau Ar-Raudhah, Eco Majestic🗓 Tarikh: Sabtu, 5 Sept 2026⏰ Masa: Selepas Solat Maghrib🎙 Pencera...
05/09/2026

KULIAH MAGHRIB

📍 Lokasi: Surau Ar-Raudhah, Eco Majestic
🗓 Tarikh: Sabtu, 5 Sept 2026
⏰ Masa: Selepas Solat Maghrib

🎙 Penceramah Jemputan:
Prof Madya Dr Azlan

📘Tajuk Kuliah :
Tafsir Al-Quran

✨ Semua dijemput hadir! ✨
Jazakumullahu khairan.

Sumbangan ikhlas bagi operasi surau :
Maybank [ 562526530675 ]
Surau Ar-Raudhah Eco Majestic

https://maps.app.goo.gl/xeWdUifNYwTauzjz8?g_st=com.google.maps.preview.copy

📌MEMO JUMAATDengan segala hormatnya dimaklumkan, Solat Jumaat di Surau Ar-Raudhah pada harini  Imam / Khatib : Mohd Syam...
04/09/2026

📌MEMO JUMAAT

Dengan segala hormatnya dimaklumkan, Solat Jumaat di Surau Ar-Raudhah pada harini

Imam / Khatib : Mohd Syamil bin Mokhtar
Bilal Bertugas : Muhamad Irfan bin Kamaruddin
Tajuk Khutbah : Merealisasikan Hakikat Kemerdekaan
Tarikh : Jumaat, 4 September 2026

Bagi yang ingin menyumbang infaq jumaat, boleh disalurkan terus ke akaun :
Surau Ar-Raudhah Eco Majestic
562526530675 (Maybank Islamic)

Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita semua dan memberkati rezeki para penyumbang

KULIAH MAGHRIB📍 Lokasi: Surau Ar-Raudhah, Eco Majestic🗓 Tarikh: Selasa, 1 Sep 2026⏰ Masa: Selepas Solat Maghrib🎙 Pencera...
01/09/2026

KULIAH MAGHRIB

📍 Lokasi: Surau Ar-Raudhah, Eco Majestic
🗓 Tarikh: Selasa, 1 Sep 2026
⏰ Masa: Selepas Solat Maghrib

🎙 Penceramah Jemputan:
Ust Dr Ahmad Ato'a

📘Tajuk Kuliah :
Kitab Tahzib An Nufus

✨ Semua dijemput hadir! ✨
Jazakumullahu khairan.

Sumbangan ikhlas bagi operasi surau :
Maybank [ 562526530675 ]
Surau Ar-Raudhah Eco Majestic

https://maps.app.goo.gl/xeWdUifNYwTauzjz8?g_st=com.google.maps.preview.copy

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 🇲🇾Semoga negara kita terus dikurniakan keamanan, keharmonian dan keberkatan, sert...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 🇲🇾

Semoga negara kita terus dikurniakan keamanan, keharmonian dan keberkatan, serta rakyatnya sentiasa bersatu hati membina Malaysia yang lebih baik.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

Ikhlas daripada
Surau Ar-Raudhah Eco Majestic

ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH!Selesai sudah Program Memanah Recurve & Robotik selama dua hari di Surau Ar-Raudhah Eco Maj...
30/08/2026

ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH!

Selesai sudah Program Memanah Recurve & Robotik selama dua hari di Surau Ar-Raudhah Eco Majestic.

Terima kasih kepada semua ibu bapa atas kepercayaan dan sokongan, serta tahniah kepada semua anak-anak yang begitu bersemangat sepanjang program. Semoga pengalaman ini memberi ilmu, keyakinan, kenangan indah dan persahabatan baharu buat mereka. ❤️

Dan… kita belum habis lagi! 😄

🏹 FREE SHOOTING ARCHERY akan kembali sempena
Karnival Maulidur Rasul SAR 2026
📅 5 September 2026
📍 Surau Ar-Raudhah Eco Majestic

Jemputan istimewa buat semua ibu bapa dan anak-anak peserta program untuk datang bersama keluarga, cuba memanah lagi dan berjumpa semula dengan rakan-rakan sepanjang program.

Insya-Allah, banyak lagi aktiviti menarik untuk seisi keluarga menanti anda! ✨

Jumpa lagi 5 September nanti!

🤖 UPDATE HARI KEDUA | PROGRAM MEMANAH & ROBOTIKAlhamdulillah, hari kedua diteruskan dengan Program Robotik! Hari ini adi...
30/08/2026

🤖 UPDATE HARI KEDUA | PROGRAM MEMANAH & ROBOTIK

Alhamdulillah, hari kedua diteruskan dengan Program Robotik!

Hari ini adik-adik didedahkan dengan asas robotik, kreativiti, penyelesaian masalah serta aktiviti hands-on yang menyeronokkan. Seronok tengok masing-masing fokus, berani mencuba dan bekerjasama dalam setiap cabaran.

Semoga pengalaman dua hari ini menjadi pencetus minat kepada ilmu, teknologi dan kemahiran baharu.

Terima kasih kepada semua peserta, ibu bapa, fasilitator dan urusetia yang bersama-sama menjayakan program ini.

📍 Surau Ar-Raudhah Eco Majestic

Address

Jalan Eco Majestic 2/5, Eco Majestic, Selangor Darul Ehsan
Semenyih
43500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Ar-Raudhah Eco Majestic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Ar-Raudhah Eco Majestic:

Shortcuts

Share