19/04/2026
*PENDAFTARAN PROGRAM KORBAN SURAU AL-IKHLAS 2026*
Surau Al-Ikhlas menjemput semua ahli kariah untuk mendaftar sebagai peserta program korban bagi tahun 2026. Pada tahun ini, aktiviti sembelihan dan pemprosesan daging korban akan dilakukan di kandang persendirian di Bangi Lama pada Hari Raya pertama.
Daging yang siap diproses akan dibawa ke Surau Al-Ikhlas untuk diagihkan. Peserta korban dijemput untuk menyaksikan aktiviti sembelihan di kandang pada pukul 9 pagi pada hari pertama tersebut.
Pendaftaran boleh dibuat di pautan berikut:
https://forms.gle/Yh3SRkEibFnaMhCM6
Kos 1 bahagian adalah *RM850*.
Tarikh tutup penyertaaan adalah pada *20 Mei 2026* JK SURAU AL-IKHLAS