Surau Al-Islah, Taman Semenyih Mewah

Surau Al-Islah, Taman Semenyih Mewah Surau Al-Islah Taman Semenyih Mewah terletak di Taman Semenyih Mewah Fasa 3, Semenyih Selangor.

06/04/2026

Assalamualaikum semua 😊
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Sambutan Hari Raya Surau Al Islah. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis. Semoga segala usaha dan kehadiran kita semua diberkati 🀲

Hari yang dinanti telah tiba! πŸŽ“Semakan keputusan SPM 2025 kini dibuka.Apa jua keputusan, teruskan melangkah dan jangan p...
31/03/2026

Hari yang dinanti telah tiba! πŸŽ“
Semakan keputusan SPM 2025 kini dibuka.
Apa jua keputusan, teruskan melangkah dan jangan pernah putus asa πŸ’ͺ
Tahniah kepada semua calon!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026MIkhlas daripada: Surau Al-Islah, Taman Semenyih MewahSemoga Aidilfitri ini mem...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M
Ikhlas daripada: Surau Al-Islah, Taman Semenyih Mewah
Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mempereratkan silaturrahim sesama kita.
Maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan.
Taqabbalallahu minna wa minkum

Alhamdulillah, Majlis Khatam al-Quran pada 14 Mac 2026 telah berjaya dianjurkan dengan penuh keberkatan. Semoga segala u...
16/03/2026

Alhamdulillah, Majlis Khatam al-Quran pada 14 Mac 2026 telah berjaya dianjurkan dengan penuh keberkatan. Semoga segala usaha dan penglibatan semua pihak mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW: β€œSebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat al-Bukhari).
Semoga al-Quran sentiasa menjadi panduan hidup kita di dunia dan pemberi syafaat di akhirat.

09/03/2026
Alhamdulillah, kita kini memasuki fasa ketiga Ramadan, iaitu 10 malam terakhir yang penuh dengan keberkatan dan ganjaran...
09/03/2026

Alhamdulillah, kita kini memasuki fasa ketiga Ramadan, iaitu 10 malam terakhir yang penuh dengan keberkatan dan ganjaran yang besar. Inilah malam-malam yang sangat dinanti-nantikan kerana di dalamnya terdapat Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Marilah kita bersama-sama mengimarahkan malam-malam Ramadan yang masih berbaki ini dengan solat berjemaah, qiyamullail, zikir dan doa.
Alhamdulillah, kehadiran jemaah di Surau Al-Islah sangat memberangsangkan. Semoga semangat ini terus kekal hingga ke penghujung Ramadan.
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita semua kekuatan, kesihatan, istiqamah dalam beribadah, serta dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar.
🀲 Semoga setiap langkah dan titik peluh kita dalam mengimarahkan rumah Allah ini mendapat ganjaran yang besar di sisi-Nya.

Alhamdulillah, majlis berbuka puasa Al-Islah pada 7/3/2026 telah berlangsung dengan lancar.Setinggi-tinggi ucapan terima...
08/03/2026

Alhamdulillah, majlis berbuka puasa Al-Islah pada 7/3/2026 telah berlangsung dengan lancar.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam gotong-royong dan persiapan majlis, serta kepada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis.
Setiap titik peluh dan usaha yang dicurahkan, insyaAllah akan dibalas oleh Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran. 🀲

RAMADHAN10 hari pertama β†’ Kerahmatan (rahmat Allah)10 hari pertengahan β†’ Keampunan (maghfirah)10 hari terakhir β†’ Pembeba...
28/02/2026

RAMADHAN
10 hari pertama β†’ Kerahmatan (rahmat Allah)
10 hari pertengahan β†’ Keampunan (maghfirah)
10 hari terakhir β†’ Pembebasan daripada azab api neraka
✨ Maksudnya, sepanjang bulan Ramadhan Allah beri peluang berperingkat:
Mula dengan limpahan rahmat
Diikuti keampunan dosa
Diakhiri dengan pembebasan dari neraka (terutama pada 10 malam terakhir termasuk Lailatul Qadar)
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk istiqamah ibadah sepanjang Ramadhan 🀲

πŸ“– Ringkasan Pendek – Tadarus Juzuk 5 (An-Nisa’ 4:24–147)πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Institusi keluarga – hukum perkahwinan, hak wanita, tang...
24/02/2026

πŸ“– Ringkasan Pendek – Tadarus Juzuk 5 (An-Nisa’ 4:24–147)

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Institusi keluarga – hukum perkahwinan, hak wanita, tanggungjawab suami isteri & cara selesaikan konflik.

βš–οΈ Keadilan & amanah – berlaku adil kepada semua, jaga hak orang lain, bantu golongan lemah.

🀝 Taat kepada Allah, Rasul & pemimpin – rujuk Al-Quran dan Sunnah bila ada perselisihan.

πŸ›‘οΈ Jaga nyawa & hukum jihad – larangan membunuh orang beriman, Islam pelihara keselamatan manusia.

🚫 Bahaya munafik – berpura-pura beriman, tidak ikhlas dan lari dari tanggungjawab.

☝️ Tauhid & keikhlasan – syirik dosa paling besar, setiap amalan dinilai dengan keikhlasan.

🧭 Keadilan tanpa pilih kasih – berlaku adil walaupun terhadap diri sendiri atau orang terdekat
πŸŒ™ Intipati Juzuk 5
πŸ‘‰ Islam ajar hidup berkeluarga dengan aman, bermasyarakat dengan adil, dan beriman dengan ikhlas.

Malam ke-5 Solat Terawih di Surau Al-Islah masih lagi penuh. Full House..Alhamdulillah, sambutan yang sangat menggalakka...
22/02/2026

Malam ke-5 Solat Terawih di Surau Al-Islah masih lagi penuh. Full House..

Alhamdulillah, sambutan yang sangat menggalakkan daripada ahli kariah 🀍
Semoga kita semua terus istiqamah dalam beribadah,
dikurniakan kekuatan, kesihatan, serta hidayah daripada Allah SWT sepanjang bulan Ramadan ini.
Aamiin 🀲

Bismillah…Ramadan kembali menyapa,bulan penuh rahmat dan maghfirah.Kami dari seluruh wargaAhli Jawatankuasa Al Islahmeng...
18/02/2026

Bismillah…
Ramadan kembali menyapa,
bulan penuh rahmat dan maghfirah.
Kami dari seluruh warga
Ahli Jawatankuasa Al Islah
mengucapkan
✨ Selamat Menyambut Ramadan 2026 ✨
Semoga setiap langkah kita dipermudahkan,
setiap ibadah dilipat gandakan ganjarannya,
dan setiap doa diangkat ke langit penuh kasih sayang-Nya.

Address

Jalan 11, Taman Semenyih Mewah
Semenyih
27200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Islah, Taman Semenyih Mewah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al-Islah, Taman Semenyih Mewah:

Share