Musolla Ar-Rayyan

Musolla Ar-Rayyan Pangsapuri Selangorku Kayangan,
Jalan Ecohill 1/2,
Setia Ecohill,
43500 Semenyih

Assalamualaikum wbt 🤍Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumban...
03/04/2026

Assalamualaikum wbt 🤍

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang Tabung Ihya’ Ramadan 1447H / 2026 bagi Musolla Ar-Rayyan.

📊 Ringkasan:
Jumlah Sumbangan: RM4,945.22
Jumlah Perbelanjaan: RM6,472.25

Segala sumbangan dan sokongan tuan/puan amat bermakna dalam menjayakan aktiviti sepanjang bulan Ramadan. Semoga setiap kebaikan ini dibalas dengan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT.

🤲 “Musolla Sejahtera, Warga Harmoni”

Ikhlas daripada:
Pentadbir & AJK Musolla Ar-Rayyan

20/03/2026
09/03/2026

Sumbangan Ihya Ramadan

Amil Fitrah Musolla Ar-Rayyan ,Kepada warga kayangan yang ingin melaksanakan kewajilan zakat fitrah boleh berhubung teru...
07/03/2026

Amil Fitrah Musolla Ar-Rayyan ,

Kepada warga kayangan yang ingin melaksanakan kewajilan zakat fitrah boleh berhubung terus dengan Pengerusi Musolla Ar-Rayyan (Ustaz Musa Moslim )

🌙 *TABUNG IHYA’ RAMADAN* *(MUSOLLA AR-RAYYAN, PANGSAPURI SELANGORKU KAYANGAN 1447H | 2026M)*Ayuh kita hidupkan Ramadan d...
07/03/2026

🌙 *TABUNG IHYA’ RAMADAN*
*(MUSOLLA AR-RAYYAN, PANGSAPURI SELANGORKU KAYANGAN 1447H | 2026M)*

Ayuh kita hidupkan Ramadan dengan amalan infaq dan sedekah. Setiap sumbangan anda menjadi saham akhirat dalam memakmurkan Musolla Ar-Rayyan sepanjang bulan penuh keberkatan ini.

🤲 Jom Infaq, Jom Berkongsi Rezeki

📌 Sumbangan boleh disalurkan melalui:
• DuitNow QR (imbas kod QR)

Atau

Melalui link berikut https://toyyibpay.com/Ihya-Ramadan-Ar-Rayyan

Atau

Ke Akaun:
Musolla Ar-Rayyan
Maybank Islamic: *562526550761*
📝 Remark: *Ramadan*

📞 Sebarang pertanyaan:
Bendahari (En. Hanafi)
0164565593

“Harta tidak akan berkurang kerana sedekah.”

✨ Rebutlah peluang gandakan pahala di bulan Ramadan.

Sumbangan Ihya Ramadan

✨MAJLIS KHATAM AL-QURAN MUSLIMAT✨Alhamdulillah selesai masjlis Khatam Al Quran Muslimat, Anjuran  AJK Muslimat Musolla A...
07/03/2026

✨MAJLIS KHATAM AL-QURAN MUSLIMAT✨

Alhamdulillah selesai masjlis Khatam Al Quran Muslimat, Anjuran AJK Muslimat Musolla Ar-Rayyan , Pangsapuri Selangorku Kayangan yang disertai seramai 22 orang peserta yang telah diadakan di Mudolla Ar-Rayyan pada 7 Mac 2026.

Alhamdulillah selesai Iftar Perdana Musolla Ar-Rayyan Pangsapuri Selangorku Kayangan pada tahun ini, terima kasih kepada...
28/02/2026

Alhamdulillah selesai Iftar Perdana Musolla Ar-Rayyan Pangsapuri Selangorku Kayangan pada tahun ini, terima kasih kepada warga kayangan yang hadir dan membawa makanan secara potluck.

Terima kasih kepada pihak Pengurusan kerana memberi kebenaran utk Iftar ini diadakan di Dewan Serbaguna. Moga ianya menjadi aktiviti tahunan bagi mengeratkan hubungan antara penduduk di Pangsapuri Selangorku Kayangan..

Semalam 25 Februari 2026 (Rabu) Musolla Ar-Rayyan  diuji dgn beberapa khemah kegunaan jemaah utk solat dan di ruang maka...
26/02/2026

Semalam 25 Februari 2026 (Rabu) Musolla Ar-Rayyan diuji dgn beberapa khemah kegunaan jemaah utk solat dan di ruang makan musnah akibat ribut.

Alhamdulillah malam td menerima sumbangan tunai daripada YB Datuk Wira Johan (Penyelaras Dun Semenyih) dan 2 unit khemah baharu dari penduduk.

Terima kasih atas sumbangan tersebut moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan kepada semua yang terlibat..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🌙Dengan penuh takzim dan rasa syukur ke hadrat Allah SWT,pihak Musolla Ar-Ray...
20/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🌙

Dengan penuh takzim dan rasa syukur ke hadrat Allah SWT,
pihak Musolla Ar-Rayyan dengan segala hormatnya menjemput seluruh penduduk Kayangan yang dirahmati Allah untuk bersama-sama menghadiri:

Majlis Iftar Perdana Penduduk Kayangan 2026
🗓 Tarikh: 28 Februari 2026 / Sabtu
📍 Tempat: Musolla Ar-Rayyan

Sebagai tanda kebersamaan dan ukhuwwah,
majlis iftar ini bertemakan *potluck*.

Pihak musolla akan menyediakan nasi putih, satu jenis lauk, serta minuman.

Sehubungan itu, para penduduk digalakkan untuk membawa *juadah/lauk* masing-masing bagi kita berkongsi rezeki dan memeriahkan hidangan bersama.

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan majlis yang penuh barakah ini, mengeratkan silaturrahim sesama jiran, serta menyemarakkan semangat Ramadan dalam komuniti kita yang tercinta.

Kehadiran tuan/puan seisi keluarga amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jazakumullahu khairan kathira.

“Bersama Kita Eratkan Ukhuwwah, Berkongsi Rezeki, Menuai Barakah.”

Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 🌙✨

JK Musolla Ar-Rayyan

Suasana malam ke-2 terawih serta tahlil ringkas, terima kasih kepada semua yang menyumbang makanan moreh utk malam ini.....
19/02/2026

Suasana malam ke-2 terawih serta tahlil ringkas, terima kasih kepada semua yang menyumbang makanan moreh utk malam ini.....................................................
Sebarang sumbangan kepada musolla Ar-Rayyan boleh disalurkan terus ke akauan berikut atau klik terus pada link yang disediakan.
No Akaun : 562526550761
Nama Akaun : Musolla Ar-Rayyan
Nama Bank : Maybank Islamik
Cawangan : Maybank Semenyih
Atau klik link berikut : https://toyyibpay.com/Tabung-Musolla-Ar-Rayyan



Address

Musolla Ar-Rayyan, Pangsapuri Selangorku Kayangan
Semenyih
43500

Website

https://linktr.ee/musollaarrayyan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Musolla Ar-Rayyan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Musolla Ar-Rayyan:

Share