28/04/2025
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Surau Babul Jannah Bandar Teknologi Kajang 2025.
Alhamdulillah... 27 April 2025 bersamaan 28 Syawal 1446H. Selesai majlis sambutan hari raya bagi tahun 2025. Sambutan hari raya pada tahun ini berjalan dengan jayanya hasil kerjasama dengan Muafakat Komuniti Kajang, MC Blok N, MC Vista Perdana dan Persatuan Penduduk Vista Perdana. Majlis disambut sangat memberangsangkan dengan pelbagai juadah secara 'potluck' yang diinfaqkan dari komuniti setempat dan badan kerjasama.
Terima kasih xterhingga pada semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung, yang sudi datang, yang berkhidmat dan juga menginfaq makanan mahupun wang ringgit. Syukur majlis berjalan dengan lancar dan jayanya. In shaaa Allah jumpa lagi pada tahun hadapan. Semoga kita semua terus bersilaturrahim dan menjadi satu komuniti yang berukhwah kerana Allah. Allahumma Aaminn 🤲🤲
2025
@27/4/2025