Masjid Kariah Batu 3

Masjid Kariah Batu 3 Masjid Kariah Batu 3

WAKAF PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN & NAIK TARAF MASJIDAssalamualaikum WBTDengan penuh rasa rendah hati, pihak pengurusan ...
12/03/2026

WAKAF PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN & NAIK TARAF MASJID

Assalamualaikum WBT

Dengan penuh rasa rendah hati, pihak pengurusan Masjid Kariah Batu 3 ingin mengajak seluruh muslimin dan muslimat untuk bersama-sama menyumbang dalam Projek Bangunan Tambahan dan Naik Taraf Masjid bagi menampung pertambahan jemaah yang semakin bertambah dan menyediakan ruang solat dan majlis ilmu yang lebih selesa dan selamat.

🎯 Sasaran kutipan wakaf: RM260,000

🌿 Setiap ringgit yang diwakafkan akan menjadi pahala berterusan, tidak kira kecil atau besar sumbangan, semuanya amat bermakna di sisi Allah SWT.

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dan melipatgandakan rezeki para pewakaf.

🌱 Tanam Wakaf, Tuai Pahala Berpanjangan.

IRIS ‘26 - REBUT PAHALA, BERSIHKAN JIWAIKRAM Putra Mahkota dengan kerjasama PIBG SRI Al-Amin Putra Mahkota dan Masjid Ka...
10/03/2026

IRIS ‘26 - REBUT PAHALA, BERSIHKAN JIWA

IKRAM Putra Mahkota dengan kerjasama PIBG SRI Al-Amin Putra Mahkota dan Masjid Kariah Batu 3 akan menganjurkan program “Selangor Beriktikaf – Ihya Ramadan IKRAM Selangor (IRIS) 2026” sebagai salah satu inisiatif menghidupkan Ramadan dengan pengisian ibadah dan aktiviti-aktiviti bersama masyarakat 🌙✨

Jom sama-sama beriktikaf di:
🕌 Masjid Kariah Batu 3
📆 14-15 Mac 2026
🕒 8.00 pagi (14 Mac) - 8.00 pagi (15 Mac)
🍛 Juadah berbuka dan sahur disediakan

Aktiviti-aktiviti Menarik
🥣 Memasak bubur lambuk bersama dan akan diagihkan satu kampung!
🎮Program Remaja IRIS - Mobile legend dan Taddabur Games
🎨Eksplorasi Ramadan untuk anak-anak!
📖 Tadarus Al Qur'an
🕌 Qiamullail

PROGRAM REMAJA IRIS’26- Main game. Fikir. Ambil Ibrah.

👥 Terbuka kepada remaja berumur 13 hingga 17 tahun

Atur Cara - 14 Mac 2026
🎮 Mobile Legend Challenges: 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
🧠 Taddabur Games: 2.00 petang – 3.30 petang

📲 Daftar games sekarang! Tempat terhad.
https://forms.gle/pdU7uznq7Dua8qRd7
Atau scan QR code untuk mendaftar.

Program ini terbuka untuk semua ahli kariah. Jom daftar segera bersama seluruh ahli keluarga 👉🏻 https://forms.gle/SHq936Khf5Gqddrm8

Ajak juga saudara-mara dan jiran tetangga, untuk memeriahkan lagi Selangor Beriktikaf tahun ini!

Ramadan hampir pergi…tapi rahmat Allah masih menunggu.Di saat Ramadan hampir melabuhkan tirainya, datanglah malam-malam ...
10/03/2026

Ramadan hampir pergi…
tapi rahmat Allah masih menunggu.
Di saat Ramadan hampir melabuhkan tirainya, datanglah malam-malam yang penuh rahsia dan kemuliaan.
Malam yang mungkin tersembunyi Lailatul Qadar. Malam yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan. ✨

Mari hidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan qiamullail di Masjid Kariah Batu 3.

“Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan menerima segala amal ibadah kita.” 🤍

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua calon UPKK 2025 yang menerima keputusan hari ini.Tidak kir...
26/02/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua calon UPKK 2025 yang menerima keputusan hari ini.

Tidak kira apa pun keputusannya, kalian sudah berusaha, berdoa dan berjuang sebaik mungkin. Itu sudah satu kejayaan yang sangat besar 🤍

Semoga ilmu yang dipelajari menjadi bekalan dunia dan akhirat.
Teruskan melangkah, teruskan belajar dan jangan pernah berhenti menjadi anak soleh & solehah yang membanggakan ibu ayah serta guru-guru.

🌷 Kejayaan hari ini adalah permulaan untuk langkah yang lebih besar di masa hadapan.

Tahniah sekali lagi! Kami bangga dengan anda semua 🌟


IMAM JEMPUTAN TARAWIH MASJID KARIAH BATU 3Tarikh: 19 Feb / 1 Ramadan              (malam 2 Ramadan)Imam : Ustaz Sheikh A...
19/02/2026

IMAM JEMPUTAN TARAWIH MASJID KARIAH BATU 3

Tarikh: 19 Feb / 1 Ramadan
(malam 2 Ramadan)
Imam : Ustaz Sheikh Asem
AbdulKarim Bin Othman

Jom Imarahkan Masjid Kariah Batu 3.


🌙 Jom Rebut Pahala Ramadan! 🌙Assalamualaikum wbt.Sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, kami ingin memo...
18/02/2026

🌙 Jom Rebut Pahala Ramadan! 🌙

Assalamualaikum wbt.

Sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan/puan bagi menjayakan Program Ihya’ Ramadan. Sumbangan yang diperlukan adalah berbentuk barangan keperluan harian seperti:

• Susu pekat
• Sirap/kordial
• Kopi
• Teh
• Gula
• Kurma
• Pinggan/Cawan pakai buang

Sumbangan anda akan digunakan untuk persedian juadah di sepanjang bulan Ramadan.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah berpanjangan. Terima kasih atas sokongan anda. 🤲✨

🌹Muslimin & Muslimat di jemput Hadir ke Majlis "SELAWAT & MUNAJAT"BULANAN (MENYAMBUT RAMADAN) pimpinan USTAZ AHMAD SYAWA...
15/02/2026

🌹Muslimin & Muslimat di jemput Hadir ke Majlis "SELAWAT & MUNAJAT"
BULANAN (MENYAMBUT RAMADAN) pimpinan USTAZ AHMAD SYAWAL
🕌MASJID KARIAH BATU 3 SEMENYIH
✅️SETIAP AHAD KE - 3
secara bulanan
✅Tarikh: 15 FEB 2026
✅️Masa: 7.30MLM

❤️Para Jemaah yg mempunyai apa2 hajat/doa, nama2 keluarga/arwah untk di sertakan sila hubungi AJK Surau
❤️Anak2 & Remaja digalakkan hadir untuk doa/berselawat ramai2 dan
❤️ Bayi untk tahnik sgt di alu2 kan
❤️Di galakkan bawa air mineral untuk syifa/mengambil barokah bacaan selawat beramai2
❤️Sumbangan makanan/potluck amat di alu alukan

🌹SUMBANGAN KE AKAUN BANK ISLAM
MASJID BATU 3 JLN SEMENYIH
12029010026194

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 👋Jom kita sama-sama join “Santai Tapi Sampai” Brisk Walk anjuran Masjid Kariah Batu ...
12/02/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 👋

Jom kita sama-sama join “Santai Tapi Sampai” Brisk Walk anjuran Masjid Kariah Batu 3 🏃‍♂️🚶‍♀️

📅 Setiap Sabtu Minggu ke-2
(Bermula 14 Feb 2026)
⏰ 8.00 pagi
📍 Parking Masjid Kariah Batu 3
👕 Pakaian sopan dan menutup aurat
🍽 Sarapan disediakan

Jalan santai, badan sihat, silaturahim pun erat 💪😊

Semua dijemput hadir — datang ramai-ramai, ajak keluarga & kawan-kawan sekali 😊

Jumpa di sana, insya-Allah!


🌙 KULIAH MAGHRIB PERDANA 🌙Assalamualaikum semua 😊Masjid Kariah Batu 3 menjemput seluruh ahli kariah, muslimin dan muslim...
10/02/2026

🌙 KULIAH MAGHRIB PERDANA 🌙

Assalamualaikum semua 😊

Masjid Kariah Batu 3 menjemput seluruh ahli kariah, muslimin dan muslimat untuk sama-sama hadir ke Kuliah Maghrib Perdana bertajuk:

✨ Indahnya Berwakaf ✨

📅 14 Februari 2026
🕰 Selepas Maghrib
📍 Masjid Kariah Batu 3

🎤 Penceramah:
Ustaz Muhammad Hafizuddin Bin Mohamad Syaril
Pegawai Unit Kutipan & Agihan
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)

Marilah sama-sama kita menambah ilmu dan menghayati keindahan amalan wakaf.
Kehadiran amat dialu-alukan.
🍽 Jamuan disediakan

Sebarkan hebahan ini agar manfaatnya dapat dikongsi bersama.

🕌 Masjid Kariah Batu 3

03/02/2026

Jom sama2 kita bergotong royong...

Program Ibadah Korban masih dibuka. Hubungi no tertera dibawah terima kasih
27/05/2025

Program Ibadah Korban masih dibuka. Hubungi no tertera dibawah terima kasih

🤲🏼🤲🏼🤲🏼🥰
25/03/2025

🤲🏼🤲🏼🤲🏼🥰

Solat Subuh di Masjid Batu 3, Jalan Bangi-Semenyih Sabtu baru-baru ini benar-benar luar biasa. Rasanya seperti solat Subuh di pagi Jumaat—penuh sesak dengan jemaah, saf melimpah hingga ke luar masjid.

Jemaah sangat ramai, walau tanpa sebarang promosi atau ajakan khusus. Masjid tetap dipenuhi dengan wajah-wajah hamba yang yang bersih berseri, berlumba-lumba untuk tunduk, taat kepada Allah Yang Maha Esa.

Sungguh, ianya satu pemandangan yang sangat menyejukkan hati. Keindahan suasana ini mengingatkan kita bahawa Ramadhan bukan sekadar bulan ibadah yang singkat, tetapi pemangkin untuk perubahan yang lebih besar dan berpanjangan. Biarlah Ramadhan menjadi titik tolak untuk kita terus istiqamah dalam menghidupkan masjid, meramaikan saf solat berjemaah, dan memperkukuh hubungan kita dengan Allah dan manusia.

Kita tidak mahu lagi mendengar pepatah lama yang sering berulang—“Minggu pertama penuh, minggu kedua berkurang, minggu ketiga tinggal separuh, dan minggu keempat entah ke mana.” Tidak! Kali ini kita buktikan sebaliknya. Kali ini, kita jadikan momentum ini sebagai bukti bahawa perubahan boleh kekal. Ramadhan hanyalah pemula, tetapi semangat dan istiqamah itulah yang akan memastikan kita terus melangkah.

Mudah-mudahan suasana seperti ini bukan sekadar sementara. Semoga ia menjadi kebiasaan baharu dalam hidup kita—bukan kerana bulan Ramadhan, tetapi kerana kita benar-benar telah jatuh cinta dengan ibadah yang menjadi penghubung antara kita dengan Allah. Mari kita teruskan, dan jadikan masjid sebagai rumah kedua kita, dan buktikan bahawa kebangkitan jiwa ini tidak terhenti di penghujung Ramadhan.

Saya menyeru agar para AJK masjid menyantuni ahli-ahli kariah yang baru berjinak-jinak dengan rumah Allah ini sebaiknya, mudah-mudahan akan mengikat hati mereka untuk terus istiqamah mengimarahkan rumah Allah.

Inilah harapan dan doa kita. Semoga Allah menetapkan hati kita di jalan ini, selamanya. Jemaah mesra, masjid pun meriah!

Gambar ehsan google


Address

Kampung Batu 3 Jalan Bangi
Semenyih
43500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kariah Batu 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Kariah Batu 3:

Share

Category