Surau An-Nur Villa Mutiara, Semenyih

Surau An-Nur Villa Mutiara, Semenyih (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sembahyang berjemaah adalah lebih utama (baik) daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”.

*SALAM JUMAAT - ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’*Apabila kita berdepan dengan situasi yang agak membimbangkan, banyak...
05/06/2026

*SALAM JUMAAT - ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’*

Apabila kita berdepan dengan situasi yang agak membimbangkan, banyakkan menyebut zikir ini. Imam Nawawi berkata; “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan.

Seseorang hamba tiada daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) & tidak mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.

Maka, serahkan risaumu pada Tuhan, aturanNya inshaAllah mendamaikan, walau dalam apa jua bentuknya.

Ayuh gandakan pahala di hari Jumaat yang mulia ini dengan menghulurkan sumbangan ikhlas ke *Tabung Sumbangan Aktiviti Umum Surau* melalui transaksi FPX dalam talian:

https://toyyibpay.com/sumbangan-umum-surau-anvm

No. Akaun: 12195010019403 (Bank Islam)
Nama Akaun: Surau An-Nur Villa Mutiara

Jazakumullahu khairan kathira.

QURBAN 2026Alhamdulillah, selesai sudah pelaksanaan ibadah qurban kita bagi tahun ini dengan penuh kelancaran dan keberk...
27/05/2026

QURBAN 2026

Alhamdulillah, selesai sudah pelaksanaan ibadah qurban kita bagi tahun ini dengan penuh kelancaran dan keberkatan. Pihak penganjur ingin mendedikasikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada para peserta yang telah memilih untuk melaksanakan ibadah qurban bersama kami pada tahun ini. Kepercayaan dan sumbangan tuan-tuan/puan-puan bukan sahaja menghidupkan syiar Islam, malah telah membawa senyuman dan kegembiraan kepada ramai keluarga yang memerlukan. Semoga Allah SWT menerima ibadah qurban ini sebagai amal soleh yang berat di timbangan akhirat kelak.

Tabik hormat dan terima kasih yang paling padu buat seluruh barisan sukarelawan! Daripada proses menyembelih, melapah, memotong, menimbang, sehinggalah ke proses membungkus dan mengedar, tenaga, peluh, dan masa yang anda korbankan amat luar biasa. Tanpa komitmen dan semangat gotong-royong anda yang tak kenal penat, mustahil program besar ini dapat berjalan dengan begitu lancar dan sistematik. Korang memang terbaik!

Terima kasih juga kepada mereka yang menyumbang dari segi tempat, peralatan, serta makanan dan minuman untuk para petugas. Makanan dan minuman yang dihantar benar-benar menjadi penggerak tenaga buat kami semua sepanjang hari.

Terima kasih atas kerjasama, kesabaran, dan ketertiban sepanjang proses pengagihan daging qurban dijalankan. Segala kekurangan dan kelemahan daripada pihak urus setia sepanjang program ini berlangsung, kami susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.

Semoga ukhuwah yang terjalin erat sepanjang program qurban tahun ini berkekalan, dan insya-Allah, ada rezeki kita berjumpa lagi dalam ibadah qurban tahun hadapan dengan lebih meriah!

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Tonton video Qurban 2026 di sini: https://youtu.be/SwzlaRXon5M?si=vUeMqzjrDyTPyhtg

PART 3/3- Penghargaan & Ucapan TahniahSekalung tahniah diucapkan kepada seluruh anak-anak murid yang telah berjaya mener...
17/05/2026

PART 3/3- Penghargaan & Ucapan Tahniah

Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh anak-anak murid yang telah berjaya menerima bengkung pada majlis kali ini. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, berdisiplin dan istiqamah dalam mempelajari ilmu persilatan serta menjaga adab dan jati diri sebagai seorang pesilat Gayong.

“Bengkung yang diterima bukan sekadar lambang pencapaian, tetapi amanah untuk terus menuntut ilmu, memelihara maruah diri serta mempertahankan warisan bangsa.”

Teruskan melangkah maju dan jangan pernah berhenti belajar.

Sekian, terima kasih.

PART 2/3- Penghargaan & Ucapan TahniahSekalung tahniah diucapkan kepada seluruh anak-anak murid yang telah berjaya mener...
17/05/2026

PART 2/3- Penghargaan & Ucapan Tahniah

Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh anak-anak murid yang telah berjaya menerima bengkung pada majlis kali ini. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, berdisiplin dan istiqamah dalam mempelajari ilmu persilatan serta menjaga adab dan jati diri sebagai seorang pesilat Gayong.

“Bengkung yang diterima bukan sekadar lambang pencapaian, tetapi amanah untuk terus menuntut ilmu, memelihara maruah diri serta mempertahankan warisan bangsa.”

Teruskan melangkah maju dan jangan pernah berhenti belajar.

Sekian, terima kasih.

PART 1/3- Penghargaan & Ucapan TahniahSekalung tahniah diucapkan kepada seluruh anak-anak murid yang telah berjaya mener...
17/05/2026

PART 1/3- Penghargaan & Ucapan Tahniah

Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh anak-anak murid yang telah berjaya menerima bengkung pada majlis kali ini. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, berdisiplin dan istiqamah dalam mempelajari ilmu persilatan serta menjaga adab dan jati diri sebagai seorang pesilat Gayong.

“Bengkung yang diterima bukan sekadar lambang pencapaian, tetapi amanah untuk terus menuntut ilmu, memelihara maruah diri serta mempertahankan warisan bangsa.”

Teruskan melangkah maju dan jangan pernah berhenti belajar.

Sekian, terima kasih.

*SALAM JUMAAT - Sehelai Daun Yang Gugur*“Dan tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-Nya” (QS. Al-An’...
07/05/2026

*SALAM JUMAAT - Sehelai Daun Yang Gugur*

“Dan tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-Nya” (QS. Al-An’am: 59).

Kalau sehelai daun gugur pun Allah tahu, bagaimana mungkin Allah tidak tahu air mata kita yang jatuh..?

Kalau sebutir biji kecil dalam tanah yang gelap pun Allah perhatikan, bagaimana mungkin Allah tidak tahu kita sedang lelah berjuang..?

Rahsia masa depan bukan di tangan kita; kuncinya ada di tangan Allah.

🌷 jangan gusar
🌷 jangan berasa keseorangan
🌷 Allah tahu, Allah atur, Allah jaga.

Ayuh gandakan pahala di hari Jumaat yang mulia ini dengan menghulurkan sumbangan ikhlas ke *Tabung Sumbangan Aktiviti Umum Surau* melalui transaksi FPX dalam talian:

https://toyyibpay.com/sumbangan-umum-surau-anvm

No. Akaun: 12195010019403 (Bank Islam)
Nama Akaun: Surau An-Nur Villa Mutiara

Jazakumullahu khairan kathira.

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Perdana 1447H 2026 M🌙✨​Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga kariah Sura...
16/03/2026

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Perdana 1447H 2026 M🌙✨

​Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga kariah Surau Annur Villa Mutiara serta sahabat handai sekalian. 😊

​Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, semalam (Ahad, 15 Mac) telah berlangsung dengan jayanya Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Perdana 1447H bertempat di Surau An-Nur Villa Mutiara Fasa 5E. 🕌

​Suasana sungguh meriah dan syahdu, bermula dengan aktiviti gotong-royong memasak pada waktu pagi seawal jam 10 kemudian bersambung p**a dengan majlis khatam pada petangnya sehinggalah ke sesi penyampaian saguhati buat para peserta khatam Al Quran serta sumbangan buat anak-anak yatim 🎁❤️

​Kemuncak majlis, kita dapat berbuka puasa (Iftar) bersama-sama dengan hidangan utama istimewa iaitu Nasi Planta dan Sup Tulang yang cukup menyelerakan! Tak lupa juga, terima kasih kepada semua kariah yang sudi menginfaq pelbagai juadah makanan yang menyelerakan.

​Terima kasih kepada semua yang hadir, para penyumbang, dan jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Semoga ukhuwah kita semakin erat dan amalan kita diterima oleh-Nya. 🤲

​Jom kita imbas kembali momen-momen indah sepanjang program semalam menerusi koleksi gambar di bawah! 👇📸

28 Feb 2026, 10 Ramadhan - Iftar harian di surau masih diteruskan, rezeki qariah murah hari ini apabila ada jiran kita s...
28/02/2026

28 Feb 2026, 10 Ramadhan - Iftar harian di surau masih diteruskan, rezeki qariah murah hari ini apabila ada jiran kita sedekahkan 400 aiskrim kon untuk jemaah yang berbuka dan juga sehingga moreh di surau.

Semoga terus murah rezeki kalian semua yang turut menyumbang dalam tajaan iftar dalam bulan Ramadhan tahun ini. Pada yang belum ambil bahagian, sumbangan masih boleh terus disalurkan melalui www.e-infaq.com/sanvm

🌙 1 HARI 1 HADIS RAMADHAN 1447 H 🌙😊 Dua Kegembiraan"Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: ketika berbuka dan ket...
21/02/2026

🌙 1 HARI 1 HADIS RAMADHAN 1447 H 🌙

😊 Dua Kegembiraan

"Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhannya."
(HR Bukhari & Muslim)

-Kaunter pembayaran zakat fitrah dibuka hari ini bermula 6.00 petang sehingga 8.30 malam

-Pengurusan SANVM-

1 HARI 1 HADIS RAMADHAN 1447 H🤲 Ganjaran Berpuasa"Barang siapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala, di...
20/02/2026

1 HARI 1 HADIS RAMADHAN 1447 H

🤲 Ganjaran Berpuasa

"Barang siapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala, diampunkan dosa-dosanya yang lalu."
(HR Bukhari & Muslim)

**Kaunter pembayaran zakat fitrah dibuka pada hari ini di perkarangan surau, bermula jam 6.00 petang sehingga 7.00 malam.

-Pengurusan SANVM-

Address

Bandar Tasik Kesuma Fasa 5E
Semenyih
43700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau An-Nur Villa Mutiara, Semenyih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share