Rumah Ngaji Semanggol

Rumah Ngaji Semanggol Rumah Ngaji Semanggol beroperasi di bawah Pusat Khidmat ADUN Gunung Semanggol yang baharu. Ia terletak di Jalan Taiping, Simpang Empat Semanggol.

22/03/2023

Selamat Menyambut Bulan Ramadan al-Mubarak

Hebatnya Bulan RamadanDaripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadan, pintu...
20/03/2023

Hebatnya Bulan Ramadan

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka p**a ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith :

Ramadan merupakan bulan yang paling banyak mempunyai kelebihannya bagi orang yang berpuasa, antaranya ialah :

1. Semua pintu syurga dibuka dan orang yang telah meninggal dunia dihentikan azab mereka buat sementara.

2. Pintu-pintu neraka p**a ditutup, oleh itu orang yang mati dibulan puasa terlepas daripada azab kubur.

3. Pada bulan puasa juga dirantai serta dibelenggu syaitan dan iblis daripada mengganggu dan menggoda orang yang berpuasa.*

4. Digalakkan oran yang berpuasa agar berlumba-lumba membuat kebajikan dan kebaikan, kerana setiap kebaikan akan diberi ganjaran pahala yang berganda-ganda.

Sumber :
Kitab Riyadhus Salihin
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin (e-hadith JAKIM)

*maksud diikat syaitan, bukanlah semua syaitan, namun sebahagian syaitan yang disebut sebagai (maradatul jinn).
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3405-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-128-gangguan-makhluk-halus-dalam-bulan-ramadhan



20/03/2023

Doa yang dibaca oleh Nabi Muhammad saw ketika tibanya bulan Ramadan.

اللَّهُمَّ أَهْلِلْهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ

Ya Allah keluarkanlah anak bulan ini dengan keberkatan dan keimanan, serta berikanlah keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhanmu (wahai anak bulan) ialah Allah SWT”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 3373]

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya ...
20/03/2023

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku."

Selamat menduduki alam persekolahan buat semua pelajar.

Address

Jalan Taiping
Semanggol

Telephone

+601160883149

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Ngaji Semanggol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share