Pertubuhan Al-Fakeh Selangor

Pertubuhan Al-Fakeh Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Al-Fakeh Selangor, Religious Center, No. 502, Jalan Tanjung Ketom, Batu 4 Sepintas,, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.
(4)

๐’๐˜๐”๐Š๐”๐‘ ๐˜๐€ ๐€๐‹๐‹๐€๐‡! ๐€๐๐€๐Š๐Ÿ ๐๐ˆ ๐ƒ๐€๐‡ ๐“๐€๐Š ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐“!Sumbangan ikhlas anda, tidak kira banyak atau sedikit sudah membuahkan...
22/12/2025

๐’๐˜๐”๐Š๐”๐‘ ๐˜๐€ ๐€๐‹๐‹๐€๐‡! ๐€๐๐€๐Š๐Ÿ ๐๐ˆ ๐ƒ๐€๐‡ ๐“๐€๐Š ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐“!

Sumbangan ikhlas anda, tidak kira banyak atau sedikit sudah membuahkan hasil. Kalau dahulu, nak solat, nak mengaji dan melakukan aktiviti, 14 orang anak-anak yatim ni selalu berhimpit.

๐‘บ๐‘ฌ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ 2 ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ต ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ, ๐‘บ๐‘ผ๐‘น๐‘จ๐‘ผ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ ๐‘จ๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘น๐‘ต๐’€๐‘จ ๐‘บ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ท ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ต๐‘จ!

Namun, jangan bosan untuk terus melakukan kebaikan tuan-tuan, sebab sekarang, anak-anak ini memerlukan bangunan asrama yang baru untuk menempatkan bilangan mereka yang semakin ramai.

Semoga kebaikan dan bantuan ikhlas tuan-tuan tidak terhenti di sini sahaja.

Jadi jom, kumpul kebaikan amalan sedekah anda mengejar pahala dengan membantu menyumbang kepada dana pembangunan asrama lelaki pusat jagaan anak-anak yatim & asnaf Al-Fakeh ini.

Semoga kebaikan yang tuan-tuan berikan akan menjadi asbab kepada kebahagiaan anda dan juga anak-anak yatim di sini.

Klik link di bawah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿปhttps://perkampunganalfakeh.onpay.my/order/form/sumbangan

atau transfer terus ke akaun kami seperti di bawah

562012113416
MAYBANK
PERTUBUHAN AL-FAKEH

PERHATIAN!! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.WAKTU ARAB SA...
04/06/2025

PERHATIAN!! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.

WAKTU ARAB SAUDI
9 Zulhijjah - KHAMIS - 5 Jun 2025
Zuhur ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ 12:22pm
Maghrib ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ 7:04pm

WAKTU MALAYSIA
9 Zulhijjah - JUMAAT - 6 Jun 2025
Waktu ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 5:22pm
Waktu ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 12:04am

Bagi yg berada di ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ, Puasa pada Hari KHAMIS di kira puasa hari Tarwiyah manakala *Puasa pada hari JUMAAT 6/6/2025 (9 Zulhijjah 1446H) dikira Puasa Arafah.*

DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM

โœ”1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

โœ”2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

โœ”3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

โœ”4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

โœ”5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

โœ”6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

โœ”7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

โœ”8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

โœ”9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

โœ”10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

โœ”11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

โœ”12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam
โœ”13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

โœ”14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

โœ”15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

โœ”16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

โœ”17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

โœ”18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

โœ”19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

โœ”20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

โœ”21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

โœ”22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

โœ”23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

โœ”24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

โœ”25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

โœ”26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

โœ”27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

โœ”28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

โœ”29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

โœ”30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.

โœ”31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.

Tutup dgn selawat.

Sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda โ€œSampaikan daripadaku walaupun satu ayat.โ€

Ya Allah, siapa pun juga yang komen Aamiin dan menekan butang Share LIMPAHKANLAH REZEKI Kepadanya, SIHATKANLAH Badannya, PANJANGKANLAH Umurnya.

Kun Fayakun. Balaslah dengan menulis Aamiin ๐Ÿคฒ

Aamiin Ya Rabbul Alamin.

Kami dah siap nak ke sekolah
13/03/2024

Kami dah siap nak ke sekolah

Alhamdulillah, keadaan anak-anak di sini makan sahur sebelum ke sekolah.
13/03/2024

Alhamdulillah, keadaan anak-anak di sini makan sahur sebelum ke sekolah.

Ramadan yang mulia telah tiba! Semoga setiap ibadah dan amal kebaikan kita diterima oleh Allah SWT. Mari kita tingkatkan...
11/03/2024

Ramadan yang mulia telah tiba! Semoga setiap ibadah dan amal kebaikan kita diterima oleh Allah SWT. Mari kita tingkatkan ketaatan dan kesabaran selama bulan ini. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Muslim dari kami Pertubuhan Al Fakeh Selangor.โ€

Jom buat saham akhirat dengan menyumbang kepada pembinaan penempatan anak-anak yatim asnaf dan pembinaan surau.

KLIK: https://perkampunganalfakeh.onpay.my/order/form/sumbangan
untuk menyumbang bagi membantu kami merealisasikan pembinaan Surau di penempatan anak yatim dan asnaf ini.

562012113416
MAYBANK
PERTUBUHAN AL-FAKEH

Ayuh kita menghayati Peristiwa Israk Mikraj dan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAWุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ...
07/02/2024

Ayuh kita menghayati Peristiwa Israk Mikraj dan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Tahniah Jabatan M***i Negeri Perak kerana mengeluarkan poster-poster ringkas dan mudah difahami seperti ini. Semoga terj...
27/12/2023

Tahniah Jabatan M***i Negeri Perak kerana mengeluarkan poster-poster ringkas dan mudah difahami seperti ini. Semoga terjawab sebahagian daripada persoalan yang bermain di fikiran masyarakat.

Sebarkan agar lebih ramai mendapat manfaat.

Kredit :
Jabatan M***i Negeri Perak

27/12/2023

Jangan Berdendam Dengan Yang Lain

1. Salah satu sifat ahli syurga seperti mana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran ialah Allah telah menghilangkan sifat hasad dan dendam di dalam hati mereka sehingga jiwa mereka menjadi bersih dan sejahtera. Firman Allah:

ูˆูŽู†ูŽุฒูŽุนู’ู†ูŽุง ู…ูŽุง ูููŠ ุตูุฏููˆุฑูู‡ูู…ู’ ู…ูู†ู’ ุบูู„ู‘ู ุชูŽุฌู’ุฑููŠ ู…ูู†ู’ ุชูŽุญู’ุชูู‡ูู…ู ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ู‡ูŽุงุฑู

โ€œDan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing..โ€ (Surah al-Aโ€™raf: 43)

2. Mereka yang bercita-cita ingin masuk ke syurga perlu berazam untuk membuang sifat hasad dan dendam di dalam hati mereka. Kesombongan jiwa menghalang mereka untuk ke syurga. Benarlah sabda Rasulullah:

ู„ุง ูŠุฏุฎู„ ุงู„ุฌู†ุฉ ู…ู† ูƒุงู† ููŠ ู‚ู„ุจู‡ ู…ุซู‚ุงู„ ุฐุฑุฉ ู…ู† ูƒุจุฑ

โ€œTidak masuk ke syurga mereka yang ada di dalam hatinya walau sebesar zarah sifat sombong.โ€ (HR Muslim).

3. Terlalu kuat berdendam dan berdengki dengan orang lain menjadikan jiwa keras dan kotor. Jiwa yang kotor akan memakan amalan-amalan kebaikan kita. Sabda Rasulullah:

ุฅูŠู‘ูŽุงูƒูู…ู’ ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽุณูŽุฏูŽุŒ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู’ุญูŽุณูŽุฏูŽ ูŠูŽุฃู’ูƒูู„ู ุงู„ู’ุญูŽุณูŽู†ูŽุงุชู ูƒูŽู…ูŽุง ุชูŽุฃู’ูƒูู„ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู ุงู„ู’ุญูŽุทูŽุจูŽ

โ€œJauhkan diri kamu dari hasad kerana sesungguhnya hasad itu memakan amalan kebaikan seperti mana api yang membakar kayu.โ€ (HR Abu Daud)

4. Oleh yang demikian, sucikan hati dengan melatih hati memaafkan manusia. Perkukuhkan jiwa dengan membaca al-Quran dan mengingati Allah melalui zikir dan solat.

Semoga Allah membimbing kita.

19/12/2023

"๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’‚๐’‘-๐’‰๐’‚๐’“๐’‚๐’‘ ๐’๐’‚ ๐’”๐’†๐’Ž๐’‘๐’‚๐’• ๐’Œ๐’‚๐’Ž๐’Š ๐’•๐’‚๐’“๐’‚๐’˜๐’Š๐’Œ๐’‰ ๐’•๐’‚๐’‰๐’–๐’ ๐’Š๐’๐’Š ๐’…๐’†๐’Œ๐’‚๐’• ๐‘บ๐’–๐’“๐’‚๐’– ๐’ƒ๐’‚๐’“๐’–"

Alhamdulillah, seperti yang anda dapat lihat, pembinaan Surau di penempatan anak yatim Al Fakeh Selangor yang terletak di Sabak Bernam kini telah memasuki tahap 40% siap bagi pembinaan Surau ini.

Surau ini akan menjadi tempat beribadat, tempat mengaji, tempat belajar ilmu fardu ain dan fardhu kifayah dan juga aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lain untuk anak-anak yatim yang tinggal di sini.

Kami berharap agar para dermawan di luar sana yang ternampak video ini agar dapat menghulurkan sumbangan ikhlas anda bagi merealisasikan pembinaan Surau untuk penghuni rumah anak yatim di sini.

KLIK: https://perkampunganalfakeh.onpay.my/order/form/sumbangan untuk meyumbang bagi membantu kami merealisasikan pembinaan Surau di penempatan anak yatim dan asnaf ini.

562012113416
MAYBANK
PERTUBUHAN AL-FAKEH

Address

No. 502, Jalan Tanjung Ketom, Batu 4 Sepintas,, Sabak Bernam
Selangor Darul Ehsan
45200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Al-Fakeh Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pertubuhan Al-Fakeh Selangor:

Share