Masjid Asy Syakirin RTBK

Masjid Asy Syakirin RTBK Facebook Rasmi Masjid Asy Syakirin RTBK

•Jom Bersama Kita Imarahkan Masjid dan Majlis Ilmu•

*Pendaftaran Qurban Perdana Masjid Asy-Syakirin Kampung Belia Khas Kini Telah Di Buka❗❗❗*Kepada sesiapa yang berminat in...
09/04/2026

*Pendaftaran Qurban Perdana Masjid Asy-Syakirin Kampung Belia Khas Kini Telah Di Buka❗❗❗*

Kepada sesiapa yang berminat ingin menyertai saham akhirat bagi pelaksanaan *Ibadah Qurban* bagi tahun 2026 ini, bolehlah menghubungi nombor telefon seperti tertera di atas. Harga bagi pendaftaran per bahagian adalah sebanyak RM800.00 sahaja.

Sekian terima kasih.

*Jemputan Ke Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Asy-Syakirin Kampung Belia Khas & Jamuan Hari Raya Bagi Tahun 2026*Semua Ahl...
27/03/2026

*Jemputan Ke Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Asy-Syakirin Kampung Belia Khas & Jamuan Hari Raya Bagi Tahun 2026*

Semua Ahli Qariah adalah di jemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Asy-Syakirin beserta Jamuan Hari Raya Bagi Tahun 2026. Tarikh Masa Dan Tempat adalah seperti yang tertera.

Semua di jemput hadir. Terima kasih

Alhamdulillah telah selesai sudah Program Khatam Al-Quran Masjid Asy Syakirin RTBK bagi tahun 1447H bersama-sama kumpula...
13/03/2026

Alhamdulillah telah selesai sudah Program Khatam Al-Quran Masjid Asy Syakirin RTBK bagi tahun 1447H bersama-sama kumpulan Muslimin & Muslimah Qariah setempat. Semoga Al-Quran terus dekat di hati kita semua.

*Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H*🌙✨ Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan ketena...
18/02/2026

*Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H*🌙✨

Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan ketenangan dalam setiap langkah kehidupan kita.
Amin Ya Rabbal Alamin 🤲🏼


09/01/2026

Salam Jumaat Penuh Barakah.
Semoga hari ini, Allah swt memudahkan segala urusan kita semua

07/01/2026
Alhamdulillah, Kem "Remaja Hebat Masa Depan Berkat 2026" yang bertempat di Masjid Asy Syakirin RTBK bermula pada 5 hingg...
07/01/2026

Alhamdulillah, Kem "Remaja Hebat Masa Depan Berkat 2026" yang bertempat di Masjid Asy Syakirin RTBK bermula pada 5 hingga 6 Januari 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh makna. Dua hari satu malam yang singkat, namun sarat dengan ilmu, ukhuwah, dan jati diri anak-anak yang telah menyertai kem ini.

Kem ini juga adalah satu titik perjalanan pembentukan diri insan yang bersahsiah dalam menyatukan hati agar terus bangkit menjadi generasi yang memberi manfaat kepada ummah.

Terima kasih kepada semua peserta, urusetia, ibu bapa dan penduduk Kampung Belia Khas serta sekitarnya yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini. Semoga segala benih kebaikan yang ditanam terus tumbuh subur mekar dalam jiwa kita semua.

📸 Nikmatilah diari gambar dan rakaman video kenangan indah sepanjang kem tersebut. Terima kasih sekali lagi buat semua.

Anjuran bersama:
✨KAFA
✨Masjid Asy Syakirin RTBK
✨JPKK Kampung Belia Khas

:::  Kuliah Maghrib oleh Ustaz Fikri Mahmud  :::🔴 InshaAllah malam ni Kuliah Maghrib oleh Ustaz Fikri Mahmud akan diadak...
09/09/2025

::: Kuliah Maghrib oleh Ustaz Fikri Mahmud :::

🔴 InshaAllah malam ni Kuliah Maghrib oleh Ustaz Fikri Mahmud akan diadakan selepas solat Maghrib malam ini.
Jemput hadir buat jemaah semua.

:::  Kuliah Maghrib oleh Ustaz Safuan  :::🔴 InshaAllah malam ni Kuliah Maghrib oleh Ustaz Safuan akan diadakan selepas s...
08/09/2025

::: Kuliah Maghrib oleh Ustaz Safuan :::

🔴 InshaAllah malam ni Kuliah Maghrib oleh Ustaz Safuan akan diadakan selepas solat Maghrib malam ini.
Jemput hadir buat jemaah semua.

::: Kuliah Maghrib oleh Ustaz Riduan :::🔴 InshaAllah Kuliah Maghrib oleh Ustaz Riduan akan diadakan selepas solat Maghri...
05/09/2025

::: Kuliah Maghrib oleh Ustaz Riduan :::

🔴 InshaAllah Kuliah Maghrib oleh Ustaz Riduan akan diadakan selepas solat Maghrib malam ini.
Jemput hadir buat jemaah semua.

Salam Maulidur Rasul, tanggal 12 Rabiul Awal lahirnya seorang pahlawan sejati Islam Baginda Nabi Muhammad SAW seiring ta...
05/09/2025

Salam Maulidur Rasul, tanggal 12 Rabiul Awal lahirnya seorang pahlawan sejati Islam Baginda Nabi Muhammad SAW seiring tarikh penting bagi seluruh umat Islam dimana ia dapat menghasilkan keinsafan, kecintaan dan kasih kepada Baginda SAW.

Semoga kita sentiasa mencontohi akhlak mulia Baginda SAW dan memperbanyakkan selawat ke atasNya.

🆙 𝐋𝐢𝐤𝐞 & 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰
Masjid Asy Syakirin RTBK

Ikhlas dari: Pihak pentadbiran dan pengurusan Masjid As Syakirin RTBK






Address

Masjid Asy-Syakirin Kampung Belia Khas, Kubu Gajah
Selama
34130

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Asy Syakirin RTBK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Asy Syakirin RTBK:

Share

Category