09/09/2024
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
*Pengumuman Lalu Lintas (Pembukaan Jalan Dua Hala Di dalam Kawasan Pembinaan) bagi projek Membina Jalan Baru Dari Persimpangan Jalan Redong Ke Selancar Hingga Jalan Masuk Ke Felda Redong, Segamat (Fasa 2)*
Orang awam adalah dimaklumkan bahawa Jalan Redong ke Selancar akan dibuka sepenuhnya mengikut pelan perancangan trafik di bawah. Pembukaan jalan ini akan bermula pada 2.00 petang pada hari Isnin bersamaan dengan 9hb September 2024.
Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihatkan untuk memandu dengan selamat, cermat dan memerhatikan papan tanda di sepanjang jalan serta berjaga-jaga dengan *lembu* melintas. Orang awam juga diingatkan untuk memberi *Signal* secukupnya sebelum memasuki simpang / jalan kebun dan adalah dilarang beradad di atas jalan pada sepanjang waktu bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.
Sukacitanya dimaklumkan Had laju bagi jalan baharu ini adalah *50 km/j* . Segala Kemalangan yang berlaku adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Harap Maklum.
Segala Aduan berkenaan Jalan baru boleh berhubung melalui talian hotline tertera
011-36206393 ( Pejabat Tapak FRF2 )
Terima kasih.