06/11/2023
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
TAZKIRAH MINGGUAN
6 NOVEMBER 2023// ISNIN
22 RABIULAKHIR 1445H
🌸KEISTIMEWAAN WANITA MENURUT ISLAM🌸
🌻Wanita yang solehah(baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
🌻Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
🌻Syurga itu dibawah telapak kaki seorang wanita(ibu).
🌻Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah SAW) di dalam syurga.
🌻Wanita apabila menunaikan solat lima waktu, puasa di bulan ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari mana-mana sahaja pintu syurga yang dia kehendaki.
🌻Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Rujukan :
✏️https://chancellery.utm.my/islamic-center-kl/ask-imaam-2/muslimat/40-keistimewaan-wanita-menurut-islam/
✏️https://www.ikim.gov.my/index.php/2022/04/13/mengangkat-kedudukan-wanita-di-institusi-islam/
DAKWAH DAN TARBIAH
PEMANGKIN GENERASI ISLAM