Masjid Naemah Kg Melayu Raya, Segamat

Masjid Naemah Kg Melayu Raya, Segamat Masjid Naemah mula dibina pada tahun 1949 dan siap pada 4 November 1952 bersamaan 10 Safar 1371.

AlhamdulillahSelesai mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Meraikan Bakal Haji & Hajah Peringkat Masjid Naem...
17/04/2026

Alhamdulillah
Selesai mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Meraikan Bakal Haji & Hajah Peringkat Masjid Naemah Kg Melayu Raya, Segamat
Terima kasih As-Sheikh Tuan Haji Nasri Bin Rahman. Kadi Daerah Muar yang menyampai kanceramah/nasihat.

Kepada bakal haji & hajah di doakan Semuga diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan disana. Semoga p**ang dengan haji yang Mabrur.

Kenapa Hati Rasa Susah Nak Beramal Selepas Ramadan?Selepas Ramadan pergi…ramai yang rasa berat untuk kembali beramal.Sol...
02/04/2026

Kenapa Hati Rasa Susah Nak Beramal Selepas Ramadan?

Selepas Ramadan pergi…
ramai yang rasa berat untuk kembali beramal.

Solat mula longgar, zikir makin hilang,
Al-Quran makin jarang dibuka…

Hakikatnya, bukan kerana kita “tak mampu”…
tetapi kerana kita lupa satu perkara:

Amal itu bukan dari kita…
tetapi dari rahmat Allah.

Kerana itu, sebelum kita tanya
“kenapa susah nak tambah amal?”
kita perlu semak niat dan kehambaan dalam diri kita.

Ada 4 hakikat amal yang kita perlu faham:

Kata Ibn al-Jawzi رحمه الله:

1. Petunjuk untuk beramal adalah rahmat Allah
Jika bukan kerana rahmat-Nya,
tidak akan lahir iman dan ketaatan dalam diri kita.

Maka bila susah nak beramal,
bukan sekadar kurang disiplin…
tetapi kita sedang kekurangan rahmat dan taufik Allah.

2. Hasil amal bukan hak kita, tetapi milik Allah
Ganjaran itu bukan “upah”…
tetapi kurnia daripada-Nya.

Bila kita rasa amal itu “usaha kita”…
di situlah hilang sifat kehambaan.

3. Syurga dimasuki dengan rahmat Allah
Namun darjat di dalamnya ditentukan oleh amal.

Amal bukan untuk “membayar syurga”…
tetapi sebagai bukti kehambaan kita.

4. Amal kita sedikit, rahmat Allah tidak terhitung
Balasan Allah bukan sekadar gantian,
tetapi limpahan rahmat yang tidak pernah terputus.

Jangan tunggu amal banyak baru nak dekat dengan Allah…
datanglah walaupun dengan amal yang sedikit.

Kesimp**an:

Bila kita susah nak beramal selepas Ramadan,
itu tanda kita perlu kembali belajar menjadi hamba.

Bukan tambah amal dulu…
tetapi minta rahmat dan taufik dari Allah.

Mulakan dengan doa:

“Ya Allah…
jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walau sesaat.
Kurniakan aku hati yang hidup untuk beramal.”

Rujukan: Fath al-Bari, 18/284.

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙Maaf Zahir & Batin“Semoga segala amalan kita diterima Allah,dilimpahkan rahmat, keberkat...
20/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙
Maaf Zahir & Batin

“Semoga segala amalan kita diterima Allah,
dilimpahkan rahmat, keberkatan dan keampunan.
Moga Aidilfitri ini mengeratkan silaturrahim
dan membawa kebahagiaan buat kita semua.”

Ikhlas daripada:
Pengerusi Masjid Naemah
Kg Melayu Raya, Segamat

19/03/2026

Alhamdulillah

Alhamdulilah,Kerja-kerja naik taraf dataran Masjid Naemah Kg Melayu Raya, Segamat telah siap sepenuhnya, sehingga ke mal...
17/03/2026

Alhamdulilah,
Kerja-kerja naik taraf dataran Masjid Naemah Kg Melayu Raya, Segamat telah siap sepenuhnya, sehingga ke malam mereka menyiapkan kerja demi memberikan keselesaan kepada para jemaah Masjid Naemah,
Terima kasih kepada Datuk Ayub Rahmat, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor atas kelulusan peruntukan.
Semoga ianya menjadi amal jariah yang berkekalan..
Amin Ya Rabbal Alamiin

10/03/2026

Alhamdulilah

Alhamdulilah,Majlis Katam Al-Quran Masjid Naemah Kg Melayu Raya & Majlis Berbuka Puasa Masjid Naemah Kg Melayu Raya, Seg...
10/03/2026

Alhamdulilah,
Majlis Katam Al-Quran Masjid Naemah Kg Melayu Raya & Majlis Berbuka Puasa Masjid Naemah Kg Melayu Raya, Segamat telah selesai, terima kepada semua ahli Kariah yang dapat bersama menjayakan majlis dan terima kasih juga kepada yang menyumbang bagi menjayakan majlis

RAHSIA DAN CARA PALING MUDAH NAK BURU MALAM LAILATUL QADARRamai yang pening kepala fikir macam mana sebenarnya nak jumpa...
09/03/2026

RAHSIA DAN CARA PALING MUDAH NAK BURU MALAM LAILATUL QADAR

Ramai yang pening kepala fikir macam mana sebenarnya nak jumpa malam seribu bulan ni. Ada yang sanggup tunggu luar rumah nak tengok cahaya luar biasa, dan ada yang tertunggu-tunggu pokok sujud menyembah bumi.

Sebenarnya, cara yang Nabi Muhammad SAW ajar sangatlah praktikal untuk kita amalkan. Tuan-puan tidak perlu bersengkang mata sampai pucat lesi kalau tahu taktik yang betul.

Berikut adalah jalan paling mudah untuk kita sama-sama buru malam Lailatul Qadar tahun ini:

1. Jaga Solat Isyak Dan Subuh Berjemaah
Ini adalah 'hack' paling asas dan mudah. Terdapat hadis yang menyebut bahawa sesiapa yang mendirikan solat Isyak secara berjemaah, seolah-olah dia telah beribadah separuh malam. Kalau dia sambung p**a dengan Subuh berjemaah, nilainya sama macam dia beribadah sepanjang malam terus. Jadi, pastikan dua waktu ini kita tidak pandang remeh.

2. Selitkan Sedekah Setiap Malam
Tuan-puan cuba sediakan wang kecil seperti RM1 atau RM5. Boleh juga buat pemindahan wang dalam talian ke tabung masjid. Sedekahkan saja setiap malam secara berterusan dalam fasa 10 malam terakhir ini. Bayangkan kalau sedekah RM5 itu jatuh tepat pada malam Lailatul Qadar, nilainya menyamai Tuan-puan bersedekah setiap malam selama lebih 83 tahun!

3. Amalkan Doa Khusus Ajaran Nabi
Basahkan bibir dengan doa khusus yang baginda Nabi Muhammad SAW ajar. Bila ditanya oleh isteri baginda iaitu Saidatina Aisyah tentang apa yang patut dibaca, baginda pesan supaya baca doa minta keampunan. Sebut saja selalu, "Allahumma innaka 'afuwwun, tuhibbul 'afwa, fa'fu 'anni". Minta Allah padamkan semua dosa kita yang menggunung tu.

4. Jangan Pilih-Pilih Malam
Jangan pulun ibadah pada malam ganjil sahaja, lepas itu malam genap kita tidur lena. Kunci utama nak jumpa malam berharga ni adalah konsisten. Bangun seawal setengah jam sebelum waktu sahur pun jadilah. Bentang sejadah, buat solat sunat dua rakaat dan menangislah merintih minta hajat pada Allah.

5. Jadi, marilah kita ubah strategi sikit pada tahun ni. Biar buat sedikit, asalkan berterusan setiap malam daripada kita buat semua perkara tapi sekerat jalan.

Ahli Kariah Masjid Naemah Kg Melayu Raya, Segamat dijemput hadir meraikan majlis
08/03/2026

Ahli Kariah Masjid Naemah Kg Melayu Raya, Segamat dijemput hadir meraikan majlis

Selamat berbuka puasa semuanya...
28/02/2026

Selamat berbuka puasa semuanya...

24/02/2026

Ya Allah…
Ampunkan dosa kami yang lalu,
Perbaiki diri kami hari ini,
Dan jadikan Ramadan ini yang terbaik dalam hidup kami.

24/02/2026

Alhamdulillah 🤲
Hari ini sudah masuk Ramadan ke-6 — semoga semakin bertambah iman, sabar dan keikhlasan kita.

Address

Jalan No 4, Kg. Melayu Raya
Segamat
85000

Telephone

+60105208311

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Naemah Kg Melayu Raya, Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Naemah Kg Melayu Raya, Segamat:

Share

Category