14/04/2026
โจ OLOF YOUTH FELLOWSHIP 1.0 (REKOLEKSI BELIA SEPAROKI)
๐ OUR LADY OF FATIMA, BELURAN
๐๏ธ 28 MAC 2026 (SABTU)
๐ 08:00 a.m. - 08:00 p.m.
Seramai 95 orang belia dari seluruh Paroki Beluran telah menyertai program OLoF Youth Fellowship 1.0 (2026) yang telah dianjurkan pada tarikh tersebut. Program dimulakan dengan sesi pendaftaran ๐ dari jam 8.00 hingga 8.30 pagi, diikuti dengan pentaktahan Alkitab ๐๐๐ป jam 8.30 pagi serta aktiviti Time of Life ๐ถ sebagai pengenalan dan pembuka suasana ๐ค๐ป.
Program ini merupakan pertemuan para belia dan sekaligus rekoleksi khas bagi menghimpunkan golongan belia separoki dalam suasana yang santai tetapi bermakna ๐ฟ. Objektif utama penganjuran program adalah untuk mempereratkan lagi hubungan dalam kalangan belia (pusat dan luar stasi) serta membantu mereka mendalami panggilan pelayanan mereka dan memperdalam hubungan peribadi dengan Tuhan melalui pengisian rohani, Misa Kudus dan aktiviti-aktiviti.
Antara pengisian utama program ini termasuklah sesi yang disampaikan oleh Sr. Noemi Mejia, FSIC dengan tajuk "Panggilan Pelayanan" serta sesi dari Rev. Fr. Stephen Esguerra "Berakar dalam Kristus" dan kedua-dua sesi ini telah memberi ruang kepada para peserta untuk merenung secara lebih mendalam tentang identiti diri, panggilan pelayanan, serta hubungan peribadi mereka dengan Tuhan.
Misa Kudus dirayakan pada jam 12.00 tengah hari sebagai kemuncak pengisian rohani program ini. Program diteruskan dengan aktiviti Conversation in the Spirit ๐ฃ๏ธ๐๏ธ๐ฟ yang dilaksanakan dalam kumpulan kecil, di mana para peserta berpeluang untuk berkongsi pengalaman iman serta mendengar satu sama lain dalam suasana doa dan penuh hormat. Sesi ini kemudian diakhiri dengan peneguhan sebagai dorongan untuk terus setia dalam pelayanan.
Bagi melengkapkan program, beberapa aktiviti permainan๐๐คพ turut dijalankan bagi memupuk semangat kerjasama, komunikasi dan persaudaraan dalam kalangan peserta. Aktiviti BBQ ๐ฝ๏ธ ๐ฅ๐๐ก juga dilaksanakan sebagai salah satu acara utama yang memberi peluang kepada para peserta untuk berinteraksi dalam suasana yang lebih santai dan mesra.
Program ini diakhiri dengan aktiviti gotong-royong ๐งน sebagai tanda kerjasama dan tanggungjawab bersama. Keseluruhan program telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 8.00 malam.
Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam memperkukuhkan iman, mempereratkan persaudaraan, serta membentuk belia yang berakar dalam Kristus, diperbaharui dalam iman, dan diutus untuk melayani ๐๐ป๐ฟ.