Surau Ar-Rahman, Kg. Karamunting Baru

Surau Ar-Rahman, Kg. Karamunting Baru Perkembangan Aktiviti, Ceramah dan Majlis semasa yang diadakan untuk perkongsian baik

1 Muharram 1448H: Sambutan tahun baru 1448H disambut dgn bacaan doa akhir tahun slps waktu solat asar & bacaan doa awal ...
16/06/2026

1 Muharram 1448H: Sambutan tahun baru 1448H disambut dgn bacaan doa akhir tahun slps waktu solat asar & bacaan doa awal tahun pd waktu maghrib. Bacaan doa selamat yg dipimpin oleh Ustaz Imran & dihadiri oleh jemaah sekitar Kg. Karamunting Baru

Mari kita jadikan momentum fajar 1 Muharram ini sebagai titik permulaan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik, memperbaiki diri, dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Semoga tahun baharu Islam ini membawa keberkatan, kedamaian, dan ukhuwah yang lebih erat sesama kita. Saling memaafkan atas segala salah dan silap."



10 Zulhijjah 1447H: Sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dimulakan dgn solat sunat Hari Raya Aidiladha dgn kehadi...
27/05/2026

10 Zulhijjah 1447H: Sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dimulakan dgn solat sunat Hari Raya Aidiladha dgn kehadiran para jemaah dari penduduk sekitar dan juga anak2 perantauan yg balik bercuti utk merayakan sambutan bersama keluarga/rakan sempena raya kali ini.

Solat sunat disempurnakan dgn pimpinan Imam Y.Bhg Ustad Imran dan juga bacaan khutbah slps solat dibantu oleh bilal yg bertugas saudara Fairul Affendy dan Azlan Muluk. Bacaan tahlil ringkas dan doa selamat kg diadakan slps selesai bacaan khutbah utk memohon kesejahteraan serta rahmat bagi para jemaah yg menunaikan haji serta penduduk kampung sekitar sama ada yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia..

Semoga ibadah korban dan segala amal diterima, serta membawa keberkatan, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah buat anda dan keluarga.
Maaf zahir dan batin. 🀍



8 Zulhijjah 1447H: Persiapan menyambut tibanya Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dimulakan aktiviti gotong-royong di kw...
25/05/2026

8 Zulhijjah 1447H: Persiapan menyambut tibanya Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dimulakan aktiviti gotong-royong di kwsn luar surau pd waktu pagi dan diteruskan pd sebelah malam slps waktu Isyak di dlm kwsn surau. Aktiviti melibatkan AJK Surau dan jemaah melakukan kerja2 pembersihan bg memastikan para jemaah dpt melaksanakan ibadah solat sunat Aidiladha dlm keadaan yg selesa nnt.



21 Syawal 1447H, majlis ilmu mingguan diadakan antara waktu setelah maghrib dan sebelum Isyak bagi pengisian masa dikala...
10/04/2026

21 Syawal 1447H, majlis ilmu mingguan diadakan antara waktu setelah maghrib dan sebelum Isyak bagi pengisian masa dikalangan jemaah selepas menunaikan solat maghrib. Semoga dgn perkongsian melalui majlis ilmu ini dpt dijadikan panduan dan menambah ilmu pengetahuan dikalangan jemaah dlm kehidupan seharian..



With Azlan Muluk – I'm on a streak! I've been a top fan for 10 months in a row. πŸŽ‰
10/04/2026

With Azlan Muluk – I'm on a streak! I've been a top fan for 10 months in a row. πŸŽ‰

Malam 16 Syawal 1447H : Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 disambut & dihadiri oleh ahli2 keluarga AJK & je...
08/04/2026

Malam 16 Syawal 1447H : Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 disambut & dihadiri oleh ahli2 keluarga AJK & jemaah surau diadakan secara sederhana di mana AJK2 & jemaah yg terlibat masing2 membawa beraneka juadah & minuman serta menyumbangkan hadiah bg cabutan bertuah di dlm majlis ini.

Semoga dgn keberkatan majlis yg diadakan ini dpt memberi sedikit tanda penghargaan & kasih syg dlm kalangan ahli JK & jemaah surau, serta mengeratkan hubungan silaturahim..Aamiin yra...πŸ˜€πŸ€²



1 Syawal 1447H: Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa, kini tiba masa utk meraikan kemenangan. Mohon maaf atas se...
22/03/2026

1 Syawal 1447H: Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa, kini tiba masa utk meraikan kemenangan. Mohon maaf atas segala salah silap, terkasar bahasa, atau tersalah gurau dari seluruh warga JK Surau kali ini. Ribuan terima kasih diucapkan jg kpd semua pihak yg memberikan sumbangan & derma. Semoga kita semua dilindungi & dikurniakan Rahmat Allah S.W.T serta Semoga raya tahun ini membawa seribu kegembiraan buat kalian. Aamiin rba 🀲

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN



27 Ramadhan 1447H : Alhamdulillah, terima kasih kpd hamba-hamba Allah yg sudi menyumbang langsir utk keselesaan jemaah w...
17/03/2026

27 Ramadhan 1447H : Alhamdulillah, terima kasih kpd hamba-hamba Allah yg sudi menyumbang langsir utk keselesaan jemaah wanita di surau ini. Dgn adanya langsir ini, ruang solat kini lebih kemas dan selesa. Moga sumbangan ini menjadi amal jariah yg terus mengalir pahalanya buat para penyumbang. Amin Ya Rabbal Alamin 🀲



17 Ramadhan 1447H, Majlis Khatam Al-Quran diadakan & dipimpin oleh Ybhg. Ustd Muhammad Qasim dan barisan jemaah Surau. M...
08/03/2026

17 Ramadhan 1447H, Majlis Khatam Al-Quran diadakan & dipimpin oleh Ybhg. Ustd Muhammad Qasim dan barisan jemaah Surau. Majlis Khatam disusuli dgn majlis buka puasa dan Solat jemaah sehingga akhir Sunat Terawih.

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran 17 Ramadan. Marilah kita sama-sama menghayati mukjizat agung ini dengan memperbanyakkan bacaan, tadabbur, dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Semoga nur Al-Quran sentiasa menyinari hati dan mengukuhkan silaturahim sesama kita & setiap ayat yang dibaca menjadi syafaat buat kita di akhirat kelak.

Kejadian unik yg berlaku pada malam 14 Ramadan 1447H iaitu fenomena Gerhana Bulan Penuh (juga dikenali sebagai Blood Moo...
04/03/2026

Kejadian unik yg berlaku pada malam 14 Ramadan 1447H iaitu fenomena Gerhana Bulan Penuh (juga dikenali sebagai Blood Moon). Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan) secara berjemaah di mana setiap rakaat mempunyai dua kali berdiri (qiyam), dua kali bacaan Al-Fatihah, dan dua kali rukuk. Khutbah disampaikan oleh YBhg. Ustad Abuammar Ammar slps Solat Sunat Khusuf.

Antara intipati dalam teks khutbah yang disampaikan ialah;

Memperbanyakkan Zikir & Istighfar: Mengingati Allah dan memohon keampunan kpdNya, Memanjatkan doa kepada Allah SWT, bersedekah dan bertakbir. Mudah2an kt trgolong dlm hamba2 yg mendpt keampunan & rahmatNya lebih2 lg di bulan yg penuh Barokah ini. Aamiin yra..



Address

Kg. Karamunting Baru
Sandakan
90009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Ar-Rahman, Kg. Karamunting Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share