Masjid Jamek Sandakan 1887

Masjid Jamek Sandakan 1887 Masjid tertua di Sabah tahun 1887

Masjid Jamek Hasabollah At-Tohiri juga dikenali dengan nama Masjid Jamek Bandar Sandakan kerana lokasinya yang terletak di pusat bandar. Masjid Jamek Hasabollah At-Tohiri telah dibina pada tahun 1887 dan merupakan masjid yang tertua di negeri Sabah (lebih dari 135 tahun). Dengan tempoh yang begitu lama dan sudah pun lebih dari 135 tahun, maka masjid ini telah diwartakan sebagai salah satu Jejak Wa

risan Sabah yang terdapat di daerah Sandakan. Masjid ini dikatakan telah dibuka sekiar tahun 1890 oleh seorang saudagar kain yang berasal dari India yang bernama Damsah dan lokasi asal tapak masjid ini juga dikatakan adalah di tapak Restoran Zakaria III yang berhadapan dengan Wisma Sandakan. Nama masjid ini pada asalnya adalah Masih Jamek yang digunakan dengan begitu lama dan kemudian telah ditukar kepada Masjid Jamek Hasabollah At-Tohiri pada 6 Disember 1991 sempena nama seorang guru agama yang sangat dikenali di daerah Sandakan. Semasa berlakunya Perang Dunia Ke-2, masjid ini telah dijadikan sebagai salah satu tempat berlindung oleh penduduk tempatan daripada pihak tentera Jepun. Oleh kerana pihak tentera Jepun merasakan ada kemungkinan tentera British atau Australia juga bersembunyi di masjid ini maka tentera Jepun telah beberapa kali membuat serangan keatas masjid ini. Walaupun Perang Dunia Ke-2 telah menghancurkan Bandar Sandakan dengan teruk sekali sehingga menyebabkan Pusat Pentadbiran Sabah yang berpusat di Sandakan terpaksa dipindahkan ke Kota Kinabalu, namun bangunan Masjid Jamek masih tetap teguh berdiri dan terus menjadi tempat beribadah bagi orang islam di sekitar daerah Sandakan. Sehingga kini, Masjid Jamek Hasabollah At-Tohiri masih tetap berdiri kukuh dan menjadi masjid utama penduduk islam di Sandakan untuk menunaikan ibadah seperti solat 5 waktu, solat jumaat dan tempat umat islam belajar agama islam. Selain itu masjid ini juga masih terdapat tiang seri asal yang terletak di bahagain dalam ruangan solat disamping reka bentuk asal masjid juga masih terus dikekalkan.

Address

Sandakan
90000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Sandakan 1887 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share