Masjid Wasatiyyah Batu Sapi

Directions

Masjid Wasatiyyah Batu Sapi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Wasatiyyah Batu Sapi, Mosque, Lupak Meluas, Sandakan, Sandakan.

Jom berinfak untuk Masjid Wasatiyyah Batu Sapi.
30/08/2026

Jom berinfak untuk Masjid Wasatiyyah Batu Sapi.

Dari pihak Masjid Wasatiyyah Batu Sapi mengucapkan Selamat menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Sabah serta Hari Malaysia ...
30/08/2026

Dari pihak Masjid Wasatiyyah Batu Sapi mengucapkan Selamat menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Sabah serta Hari Malaysia 2026 kepada seluruh warga batu Sapi dan ahli kariah serta seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai rakyat kita syukuri nikmat ini dan bertanggungjawab menjaganya. Moga nikmat ini kekal dinikmati oleh kita semua.







🇲🇾

Insya Allah esok pada 25 Ogos 2026 (Selasa) pihak Masjid Wasatiyyah Batu Sapi akan mengadakan Majlis Bercukur Jambul Ber...
24/08/2026

Insya Allah esok pada 25 Ogos 2026 (Selasa) pihak Masjid Wasatiyyah Batu Sapi akan mengadakan Majlis Bercukur Jambul Beramai-Ramai bermula pada jam 8.00 pagi. Muslimin & Muslimat dijemput hadir beramai-ramai.

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir beramai-ramai bagi mengambil kesempatan di malam Jumaat bersama di Masjid Wasatiyya...
18/08/2026

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir beramai-ramai bagi mengambil kesempatan di malam Jumaat bersama di Masjid Wasatiyyah Batu Sapi dan rasa mengimarahkan kehadiran bulan keputeraan baginda Rasulullah SAW.

Alhamdulillah dapat melawat Masjid Wasatiyyah Batu Sapi bersama Timb. Setiausaha kekanda Salim. ketika ini kawasan tanda...
30/06/2026

Alhamdulillah dapat melawat Masjid Wasatiyyah Batu Sapi bersama Timb. Setiausaha kekanda Salim. ketika ini kawasan tandas lelaki sedang dalam menaik taraf untuk fasa pertama dan insya Allah baik pulih ini juga melibatkan tandas perempuan dan bilik tandas OKU dan tandas khas.

Sebarang kesulitan kepada jemaah kami ketika ini pihak masjid memohon maaf. Insya Allah sekiranya sudah siap dengan sepenuhnya akan dimaklumkan kepada pihak para jemaah. Insya Allah dijangkakan bulan Ogos akan siap.

Pihak Masjid Wasatiyyah Batu Sapi ingin merakamkan terima kasih kepada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) atas penganju...
20/04/2026

Pihak Masjid Wasatiyyah Batu Sapi ingin merakamkan terima kasih kepada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) atas penganjuran Program Sentuhan Prihatin KESUMA 2026 di bawah inisiatif CSR Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) di Masjid Wasatiyyah Batu Sapi pada tengahari tadi selepas lawatan ke mangsa kebakaran di kg bahagia.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk, Pejabat Parlimen Batu Sapi serta agensi di bawah KESUMA dalam membantu masyarakat setempat.

Pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan, seperti 100 bakul makanan kepada golongan asnaf, serta perkhidmatan penyelenggaraan percuma kepada 100 penerima oleh pelajar ADTEC Sandakan.

Manakala saya selaku Pengerusi Masjid Wasatiyyah amat bersyukur atas Sumbangan CSR kepada Masjid Wasatiyyah iaitu 2 Biji Aircond 3HP dan juga 2 Biji Lampu Solar.

Sumbangan ini amat memberi manfaat kepada keselesaan jemaah serta menyokong penggunaan tenaga lestari.
Semoga segala usaha murni ini diberkati dan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Alhamdulillah, petang tadi dapat bersama pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid Wasatiyyah Batu Sapi bagi mengadakan sun...
20/03/2026

Alhamdulillah, petang tadi dapat bersama pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid Wasatiyyah Batu Sapi bagi mengadakan sungkai bersama. Kemudian penyerahan sumbangan raya oleh YBhg. Tuan Haji Mohd. Zharif Aizat Datuk Haji Samsudin, pengerusi Masjid Wasatiyyah kepada petugas-petugas masjid yang bertugas sepanjang bulan Ramadan.

Dikesempatan ini, juga pihak masjid ingin mengucapkan selamat ulang tahun hari kelahiran kepada YBhg. Tuan Pengerusi Haji Zharif Aizat, kaki mendoakan semoga dikurniakan umur yang berkat, kesihatan yang afiah, dimurahkan rezeki, dikurniakan ketenangan serta dipermudahkan segala apa saja hajat dan urusan kehidupan, ditetapkan keimanan dan Istiqamah dalam kebaikan.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Masjid iaitu Ustaz Imran Osman, Bendahari Masjid iaitu Tuan Asrakal Martinis dan Ustaz Jokoh Imam Kariah masjid. Bagi pihak masjid mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Pihak Ahli Jawatankuasa Masjid Wasatiyyah Batu Sapi mengambil kesempatan bagi mengucapkan selamat menyambut bulan Ramada...
18/02/2026

Pihak Ahli Jawatankuasa Masjid Wasatiyyah Batu Sapi mengambil kesempatan bagi mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan.

Seluruh umat Islam di Malaysia akan memulakan solat sunat Tarawih pada malam ini dan ibadah puasa. Semoga bulan Ramadan kali ini adalah Ramadan yang lebih baik.

Selamat beribadah

Tingkatkan amal soleh dibulan Rejab yang mulia.
25/12/2025

Tingkatkan amal soleh dibulan Rejab yang mulia.

Insya Allah program terdekat Masjid Wasatiyyah Batu Sapi iaitu Majlis Berkhatan (Bersunat) Beramai-Ramai pada 20 Disembe...
16/12/2025

Insya Allah program terdekat Masjid Wasatiyyah Batu Sapi iaitu Majlis Berkhatan (Bersunat) Beramai-Ramai pada 20 Disember 2025. Program kerjasama beberapa agensi dan Persatuan yang lain. Insya Allah seramai 100 orang yang telah menyertai program berkhatan ini.

Address

Lupak Meluas, Sandakan
Sandakan
90009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Wasatiyyah Batu Sapi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category